PUTRAJAYA – Arena fesyen pakaian lelaki di Malaysia terus meriah dengan pembukaan rasmi cawangan keempat jenama fesyen terkenal dari China, CABBEEN, yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya.
Langkah ini menandakan pencapaian terbaharu jenama berkenaan dalam meluaskan pengaruhnya di rantau ini sambil membawakan gabungan rekaan kontemporari, budaya jalanan, dan estetik avant-garde kepada peminat fesyen tempatan.




Majlis pelancaran cawangan baharu itu dimeriahkan dengan kehadiran ramai personaliti terkenal, artis, serta pemimpin pendapat utama (KOL), termasuk pelakon popular menerusi drama Kudrat 1968: High Council, Evertts Gomes, manakala pengacara radio Fiqrie bertindak sebagai hos majlis. Para jemputan hadir memakai koleksi terbaharu CABBEEN yang menampilkan potongan siluet unik, perincian jahitan teliti, serta elemen rekaan moden yang mementingkan gaya individualiti. Selain sesi suai kenal dan acara bersulang, majlis turut diserikan dengan pelbagai permainan interaktif.
Diasaskan pada tahun 1997, CABBEEN berpegang kepada falsafah jenama “Reshape The Trend” yang menekankan rekaan asli serta gaya yang berpandangan ke hadapan dengan menggabungkan rujukan seni tradisional dan gaya hidup moden. Di negara asalnya, CABBEEN mempunyai lebih daripada 650 cawangan fizikal, selain pernah menempah nama di peringkat antarabangsa melalui pertunjukan fesyen di New York Fashion Week serta tersenarai di Bursa Saham Hong Kong sejak tahun 2013.




Kemasukan CABBEEN ke pasaran Malaysia bermula pada Jun 2025 menerusi pembukaan cawangan pertamanya di Lot 2.21.00, Aras 2 (Zon Oren), Pavilion Bukit Jalil, diikuti cawangan kedua di L2-46, Sunway Velocity Mall pada bulan yang sama.
Jenama ini kemudiannya melebarkan sayap ke unit F-037 di Mid Valley Megamall pada Ogos 2026 sebelum membuka cawangan terbaharunya di unit G-67, IOI City Mall pada September 2026. Selain jenama utamanya, CABBEEN turut memperkenalkan sub-jenama 2AM ke pasaran tempatan bagi menawarkan pilihan fesyen kontemporari berteraskan trend buat golongan muda, di samping merancang peluasan pasaran seterusnya pada tahun 2027.
Bukan sekadar fokus pada perniagaan runcit, CABBEEN turut memainkan peranan aktif dalam menyokong industri kreatif tempatan dengan menjadi Penaja Kehormat bagi program Music Boleh bagi mendorong perkembangan muzik asli serta pengkarya seni Malaysia. Inisiatif ini mencerminkan komitmen CABBEEN untuk menghubungkan dunia fesyen, muzik, dan budaya belia di Malaysia melalui platform kreativiti dan kebebasan berekspresi.

