Iftar Di Bawah Langit Terbuka: Saloma KL Rai Ramadan 2026 Dengan Juadah ‘Rare’ & Semangat Kebersamaan
- oleh Editor MYBUZZ
- 17 Feb 2026 6:23 pm
KUALA LUMPUR – Apabila tiba bulan Ramadan, suasana berbuka puasa sering kali dikaitkan dengan kemeriahan juadah. Namun, bagi Saloma Kuala Lumpur (Saloma KL), tahun 2026 membawa dimensi yang lebih mendalam menerusi pengenalan konsep terbaharu mereka, “Di Bawah Langit Yang Sama”.
Bukan sekadar tema bermusim, falsafah ini mengangkat nilai kebersamaan, kesederhanaan, dan kemanusiaan sebagai teras utama pengalaman berbuka puasa tahun ini.
Menurut Presiden Saloma Kuala Lumpur, Datin Sri Dr. Riza Dato’ Che Umar, tema ini dipilih sebagai refleksi bagaimana Ramadan mampu menyatukan manusia tanpa mengira latar belakang atau budaya.
“Walau siapa pun kita dan dari latar mana sekalipun, kita semua bernaung di bawah langit yang sama — berkongsi waktu berbuka, berkongsi rezeki dan mensyukuri nikmat Ramadan bersama,” ujar beliau dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Berbeza dengan dewan tertutup yang formal, Saloma KL memilih untuk membuka ruang berbuka puasa di kawasan luar (outdoor). Langkah ini bertujuan mewujudkan suasana yang lebih santai, inklusif, dan dekat dengan jiwa Ramadan yang sebenar.
Bagi memastikan tetamu dapat beribadah dengan tenang, kemudahan ruang khas untuk solat fardu dan tarawih turut disediakan, membolehkan para pengunjung menghayati malam Ramadan tanpa perlu bergegas pulang.

Tahun ini Saloma Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman berbuka puasa selama sebulan yang penuh istimewa, menggabungkan hidangan tradisional dan moden Malaysia dalam suasana berinspirasikan warisan ikonik Saloma. Setiap menu dipilih dengan teliti untuk memastikan rasa asli, persembahan berkualiti dan suasana Ramadan yang hangat.
Saloma KL sekali lagi menaikkan standard pengalaman berbuka puasa dengan seleksi kulinari yang bukan sahaja memikat selera, tetapi juga membawa tetamu merasai kehangatan tradisi melalui konsep live cooking dan live stall yang penuh interaksi.
Antara hidangan utama yang pasti mencuri perhatian ialah Nasi Kambing Kebuli, nasi berempah kaya rasa yang menjadi tarikan pertama setiap pengunjung; Udang Lemak Daun Chekur yang memadukan kelembutan santan dengan aroma herba segar; serta Bubur Lambuk Rusuk Kiri, hidangan wajib Ramadan yang diolah dengan sentuhan istimewa dan penuh karakter. Mee Udang Tergolek dan pencuci mulut istimewa Ais “Teller” Pak Belalang turut melengkapkan pengalaman dengan sentuhan unik yang menyegarkan.
Lebih mengujakan, tetamu juga akan disambut dengan stesen kambing bakar serta aneka sajian panggang yang dimasak panas-panas di hadapan mata, menjadikan pengalaman berbuka puasa di Saloma KL bukan sekadar menjamu selera, tetapi sebuah perjalanan rasa yang memanjakan deria. Sentuhan premium, pilihan menu yang dipertingkat dan suasana penuh kehangatan menjadikan tawaran Ramadan 2026 di Saloma KL sesuatu yang tidak boleh dilepaskan.

Pilih tarikh kegemaran anda dan rasai sendiri momen berbuka yang benar‑benar tidak dapat dilupakan bersama keluarga, rakan atau rakan sekerja. Tempah tempat anda sekarang melalui laman rasmi di https://events.salomagroup.com/product/30-ramadhan-saloma/, dan ikuti Saloma KL di Facebook (Saloma Kuala Lumpur) serta Instagram (@salomakualalumpur) untuk kemas kini terkini. Untuk pertanyaan lanjut atau tempahan Ramadan, hubungi terus di 1700 828 576.









