Ikuti Kami:

Himpun Lebih 185 Jenama Global, Watsons Beautopia 2026 Buka Tirai Pesta Kecantikan Terbesar Negara

Himpun Lebih 185 Jenama Global, Watsons Beautopia 2026 Buka Tirai Pesta Kecantikan Terbesar Negara

KUALA LUMPUR – Jenama peruncitan kesihatan dan kecantikan nombor satu negara, Watsons Malaysia sekali lagi mengagumkan pencinta kecantikan tempatan menerusi penganjuran ekspo interaktif terbesarnya, Watsons Beautopia 2026.

Berlangsung dari 23 hingga 26 Julai 2026 di Pusat Pameran Pavilion (Pavilion Exhibition Centre), Bukit Jalil (Aras 5, Zon Merah Jambu), acara ini menjadi destinasi utama bagi rakyat Malaysia untuk meneroka, merasai, dan meraikan inovasi terbaharu dalam dunia penjagaan diri.

Penganjuran edisi kali ini disifatkan lebih istimewa memandangkan Watsons turut meraikan ulang tahun ke-185 penubuhannya di peringkat global dalam memperkasakan gaya hidup masyarakat yang lebih sihat dan ceria.

Sempena ulang tahun bersejarah itu, Beautopia 2026 menghimpunkan lebih 185 jenama terkemuka dari seluruh dunia. Pengunjung berpeluang menjadi yang terawal mencuba formulasi terbaharu serta teknologi kecantikan terdepan merangkumi variasi K-Beauty, J-Beauty, C-Beauty, jenama kegemaran antarabangsa, hinggalah produk tempatan M-Beauty di bawah satu bumbung.

Himpun Lebih 185 Jenama Global, Watsons Beautopia 2026 Buka Tirai Pesta Kecantikan Terbesar Negara

Beautopia 2026 satukan dunia kecantikan, kesihatan dan kesejahteraan di bawah satu bumbung.

 

Pengarah Urusan Serantau Kesihatan & Kecantikan Asia AS Watson merangkap Pengarah Eksklusif Serantau Watsons Antarabangsa, Caryn Loh berkata, penganjuran Beautopia diwujudkan khusus untuk menyatukan seluruh ekosistem kecantikan dan kesihatan.

“Watsons Beautopia diwujudkan untuk menyatukan seluruh dunia kesihatan, kecantikan, dan kesejahteraan di bawah satu bumbung. Ia merupakan platform di mana jenama, pakar kecantikan, pencipta kandungan, dan pengguna berkumpul untuk meneroka inovasi terbaharu, bertukar idea, serta meraikan kecantikan dalam pelbagai bentuk.

“Meraikan ulang tahun ke-185 Watsons, Beautopia menterjemahkan minat dan komitmen berterusan kami dalam menyediakan pengalaman bermakna yang mampu membina keyakinan serta kesejahteraan buat semua,” katanya.

Bukan sekadar lokasi membeli-belah, pelbagai kategori produk ditawarkan merangkumi penjagaan kulit, solekan, penjagaan rambut, wangian, penjagaan diri, kebersihan mulut, hingga ke suplemen kesihatan dan nutrisi.

Himpun Lebih 185 Jenama Global, Watsons Beautopia 2026 Buka Tirai Pesta Kecantikan Terbesar Negara

Dari K-Beauty ke M-Beauty, Beautopia 2026 jadi syurga pencinta kecantikan.

 

Selain itu, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti interaktif menarik. Antaranya termasuk demonstrasi produk secara langsung, analisis kulit dan kulit kepala secara personal, sesi konsultasi pakar, sampel produk percuma, serta jualan kilat Happy Hour sepanjang empat hari acara berlangsung.

Bagi yang mahukan lebih pengetahuan, siri Bengkel Kesihatan & Kecantikan yang dikendalikan oleh pakar industri dan pempengaruh terkemuka turut diadakan bagi membantu pengguna membuat pilihan kecantikan secara lebih tepat.

Pengalaman pengunjung terutamanya ahli Watsons Club dimeriahkan lagi dengan tawaran ganjaran eksklusif. Ahli yang membuat perbelanjaan bernilai RM100 dan ke atas berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik, diskaun khas, serta penebusan promosi yang hanya sah sepanjang Beautopia 2026.

Loading...