Ikuti Kami:

Gara-Gara Konflik Cerai Talak Tiga, Drama ‘Cinta Kedua’ Buat Penonton Tak Boleh Berhenti Menstrim!

Gara-Gara Konflik Cerai Talak Tiga, Drama ‘Cinta Kedua’ Buat Penonton Tak Boleh Berhenti Menstrim!

KUALA LUMPUR – Fenomena drama bersiri terbaharu, ‘Cinta Kedua’ nyata sukar dibendung apabila naskhah tersebut dilaporkan sedang mendominasi carta tayangan dengan rekod tontonan yang cukup luar biasa. Drama yang menampilkan plot penceritaan penuh emosi itu berjaya mencatatkan lonjakan jumlah penstriman melebihi 40 peratus.

Lebih mengagumkan, masa tontonan (watch time) siri ini turut merekodkan peningkatan ketara lebih 50 peratus pada minggu kedua tayangannya berbanding minggu pertama. Pencapaian cemerlang berserta momentum tontonan yang terus meningkat dari minggu ke minggu itu sekaligus meletakkan ‘Cinta Kedua’ kukuh berada dalam kedudukan tiga teratas bagi senarai drama paling banyak distrim di platform Tonton sejak ia mula ditayangkan pada 20 April lalu.

 

Gara-Gara Konflik Cerai Talak Tiga, Drama 'Cinta Kedua' Buat Penonton Tak Boleh Berhenti Menstrim!

Apakah rahsia di sebalik kejayaan luar biasa ini? Ramai yang mula mengaitkan fenomena lonjakan ini sebagai ‘penangan’ pelakon utamanya, Hafidz Roshdi. Naskhah padat sebanyak 28 episod ini membariskan lakonan mantap Hafidz Roshdi yang bergandingan bersama Raden Zaharatul dan Syarul Ezani.

Ia rancak menghidangkan penonton dengan pertembungan emosi, konflik cinta, serta rahsia keluarga menerusi perjalanan hidup karakter Bella Ammara dan Daniel Rizki.

Penceritaan berpusat kepada watak Ammara (lakonan Raden Zaharatul) yang sedang bergelut untuk membina semula kehidupannya selepas diceraikan dengan talak tiga. Takdir bagaimanapun mempertemukan dia semula dengan seorang lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya, Rizki (lakonan Hafidz Roshdi), pada waktu yang paling tidak disangka-sangka.

Gara-Gara Konflik Cerai Talak Tiga, Drama Cinta Kedua Buat Penonton Tak Boleh Berhenti Menstrim!

Kini memasuki fasa separuh kedua tayangan, plot drama ini dilaporkan sedang bergerak ke arah penceritaan yang lebih emosional dan sarat dengan elemen kejutan yang sukar dijangka.

Penonton pastinya tertanya-tanya sama ada Ammara bersedia untuk kembali membuka ruang di hatinya buat Rizki selepas mereka dipertemukan semula oleh takdir, ataupun rahsia yang masih tersembunyi bakal memusnahkan segalanya sebelum cinta mereka sempat bersatu. Diumpamakan seperti luka yang belum benar-benar sembuh, kisah hubungan antara Ammara dan Rizki ini juga mungkin masih jauh dari penghujungnya.

Bagi mengikuti kesudahan konflik penuh debaran ini, penonton boleh terus menstrim kisah ‘Cinta Kedua’ secara eksklusif di platform Tonton pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 12.00 tengah malam.

Maklumat lanjut serta perkembangan terkini mengenai drama ini juga boleh didapati dengan mengikuti akaun media sosial rasmi Tonton di platform Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram menerusi @tontonmy.

Loading...