Gandingan Dybesol dan Phytoglutide Terajui Era Baharu Inovasi Nutraseutikal Tempatan di Persada Cipta 2026
- oleh Editor MYBUZZ
- 4 Jul 2026 2:59 pm
Foto (Tengah) Presiden Annems Group of Companies, YBhg. Datuk Dr. Faridah Hanim binti Haron telah merasmikan Persada Cipta 2026 pada semalam bersama dengan Pengarah Urusan NUSANUTRA®, Encik Ahmad Zahin Ilman bin Othman (Kanan). Pengarah Eksekutif NUSANUTRA®,Puan Nor Ashikin binti Zakaria (kiri). Gambar Janaan AI.
SHAH ALAM – Syarikat pemakanan kesihatan NUSANUTRA® telah melancarkan jenama rasminya secara rasmi menerusi pengenalan platform inovasi baharu yang dikenali sebagai Persada Cipta 2026. Bertemakan “Memperkasa Warisan, Menerajui Inovasi”, platform ini bertujuan untuk menghubungkan institusi penyelidikan, universiti, dan pemain industri bagi mempercepatkan pemindahan teknologi khazanah biodiversiti tempatan ke pasaran komersial. Pelancaran yang berlangsung di Hotel De Palma Shah Alam ini turut mengetengahkan lima produk yang pernah memenangi Anugerah Emas International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) bagi tempoh 2023 hingga 2026. Sebagai pengisian utama acara, portfolio syarikat tersebut kini diperluaskan menerusi pengenalan rasmi dua produk nutraseutikal terbaharu iaitu Dybesol dan Phytoglutide.
Majlis pelancaran berkenaan memaparkan lima inovasi hasil daripada kerjasama strategik antara NUSANUTRA® bersama tiga institusi utama negara, iaitu Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Lima produk yang mendapat pengiktirafan Anugerah Emas ITEX tersebut terdiri daripada Terungold, Femiluv, Vegejelly, Dybesol, dan Phytoglutide.
Dua daripada produk berkenaan telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran pengguna buat kali pertama. Produk pertama ialah Phytoglutide, yang merupakan produk pengurusan berat badan yang dibangunkan melalui projek penyelidikan dalaman pertama syarikat berasaskan teknologi molekul kecil pelbagai sasaran (multi-target) serta saringan saintifik in-silico. Pembangunan formula cecair praktikal ini dirangka secara menyeluruh untuk menyokong beberapa laluan metabolik utama termasuk pencernaan karbohidrat, pencernaan lemak, laluan hormon incretin, serta menguruskan tekanan oksidatif dan tindak balas keradangan.
Produk kedua ialah Dybesol, sebuah produk nutraseutikal tempatan berasaskan formulasi gabungan botani tradisional seperti ekstrak bawang pangan, daun salam, dan peria katak yang dikaji bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk menyokong kesejahteraan metabolik dan sistem pertahanan antioksidan badan. Inovasi ini memfokuskan kepada pengurusan tekanan oksidatif melalui sokongan terhadap aktiviti enzim semula jadi tubuh seperti superoxide dismutase (SOD) dan catalase (CAT), sekali gus menjadi contoh bagaimana khazanah biodiversiti tempatan berjaya diterjemahkan ke peringkat komersial menerusi kerjasama akademia dan industri.

Foto dari kiri Ketua Program Induk Semulajadi & Mikrobiom Marin, Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Ts. Dr. Fadzilah @ Adibah Binti Abd. Majid, (Tengah) Pengarah Urusan NUSANUTRA®, Encik Ahmad Zahin Ilman bin Othman, (Kanan) Pengarah Eksekutif NUSANUTRA®,Puan Nor Ashikin binti Zakaria
Pengarah Urusan NUSANUTRA®, Encik Ahmad Zahin Ilman bin Othman, dalam kenyataannya menekankan bahawa cabaran utama sektor sains tempatan kini bukan lagi tertumpu kepada penghasilan kajian semata-mata, sebaliknya adalah memastikan hasil makmal dapat diterjemahkan menjadi produk sedia pasaran yang memberi manfaat ekonomi dan sosial.
“Warisan memberi inspirasi. Sains memberi keyakinan. Inovasi membawa perubahan. Namun pengkomersialan memastikan manfaat penyelidikan benar-benar sampai kepada masyarakat. Persada Cipta diwujudkan bagi menghubungkan keseluruhan rantaian tersebut supaya lebih banyak inovasi tempatan berjaya menembusi pasaran,” kata Ahmad Zahin.
Bagi fasa perancangan lima tahun akan datang, syarikat tersebut menyasarkan perluasan jaringan kerjasama dengan lebih banyak universiti tempatan, mematangkan beberapa produk yang kini berada dalam fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta meneroka potensi eksport ke rantau Asia dan Eropah. Menerusi pelancaran platform fizikal ini, pihak syarikat turut memperkenalkan portal digital rasmi mereka, nusanutra.com, sebagai medium penyebaran maklumat serta hab rujukan bagi kerjasama industri pada masa hadapan.
