Ikuti Kami:

Drama Viu Originals ‘Bidadari Tanpa Syurga’ Jadi Fenomena, Netizen Bahas Bahaya Gaslighting Dan Manipulasi Agama Dalam Perkahwinan

Drama Viu Originals ‘Bidadari Tanpa Syurga’ Jadi Fenomena, Netizen Bahas Bahaya Gaslighting Dan Manipulasi Agama Dalam Perkahwinan

KUALA LUMPUR – Sebuah drama rantaian terbaharu terbitan Viu Original, Bidadari Tanpa Syurga, kini bukan sekadar mencetuskan fenomena di skrin televisyen, malah telah bertukar menjadi satu gelombang kesedaran sosial yang hangat dalam kalangan netizen. Segalanya bermula apabila satu hantaran di aplikasi Threads oleh pengguna @leaazman bertajuk “This is what we called narcissist guys” tular dengan meraih puluhan ribu tanda suka serta ribuan perkongsian.

Hantaran yang memaparkan potongan babak daripada drama tersebut dengan pantas membuka ‘kotak pandora’ apabila netizen mula membahaskan secara mendalam mengenai isu narcissistic abuse, teknik gaslighting, dan yang paling merisaukan, manipulasi agama di dalam ikatan perkahwinan.

Menerusi perbincangan hangat tersebut, rata-rata netizen tidak lagi bercakap tentang sinopsis drama semata-mata, sebaliknya mengupas profil psikologi watak Azlan yang disifatkan sebagai cerminan sebenar lelaki narsisistik di alam realiti.

Drama Viu Originals Bidadari Tanpa Syurga Jadi Fenomena, Netizen Bahas Bahaya Gaslighting Dan Manipulasi Agama Dalam Perkahwinan

Antara komen yang paling mencuri tumpuan adalah daripada pengguna @97amirahnajihah yang menjelaskan bagaimana seorang narsisistik akan menggunakan apa sahaja ruang untuk mengawal orang lain.

“Isu utamanya adalah si suami seorang narcissist… bila dia tidak dapat apa yang dia mahu, dia akan gunakan perkara yang boleh membuatkan orang lain rasa bersalah (guilt trip). Bila mangsa sudah hilang sabar dan meletup, golongan narcissist ini akan mula memainkan watak mangsa (play victim) kerana mereka sangat bijak menyembunyikan keburukan di sebalik kebaikan,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, beberapa pengguna lain seperti @fath_dybv turut menambah bahawa taktik gaslighting yang digunakan watak tersebut sangat licik, di mana walau apa pun yang berlaku, mangsa akan sentiasa dituduh sebagai pihak yang bersalah.

Drama Viu Originals Bidadari Tanpa Syurga Jadi Fenomena, Netizen Bahas Bahaya Gaslighting Dan Manipulasi Agama Dalam Perkahwinan

Aspek yang paling mengundang kemarahan dan perdebatan dalam kalangan penonton adalah apabila watak suaminya menggunakan hujah agama semata-mata untuk menundukkan isteri. Netizen seperti @dreamyart.co dan @miss_sinovia bersetuju bahawa golongan penunggang agama sering menggunakan taktik ini bagi memastikan pasangan sentiasa diselubungi rasa berdosa.

Sementara itu, pengguna @frah_.na meluahkan rasa jelik melihat bagaimana dalil sunnah atau hadis hanya dipetik apabila ia memberikan keuntungan kepada sebelah pihak sahaja, namun tanggungjawab sebagai suami diabaikan.

Hebatnya impak siri ini, ia turut menjadi medium ‘terapi’ dan perkongsian buat bekas-bekas mangsa hubungan toksik di luar sana. Ramai yang mengakui watak Azlan membuatkan mereka trauma dan teringat kepada kisah silam masing-masing.

  • @yus.rusmi_: “Pernah berada 11 tahun dalam dunia serba salah sebegini.”
  • @norfdzr._: “Lelaki jenis ini pernah hadir dalam hidup saya sekali, dan moga ia tidak akan pernah menemui saya lagi.”
  • @ceqten: “Alhamdulillah, tak jadi berkahwin dengan orang macam ini.”

Drama Viu Originals Bidadari Tanpa Syurga Jadi Fenomena, Netizen Bahas Bahaya Gaslighting Dan Manipulasi Agama Dalam Perkahwinan

Kejayaan Bidadari Tanpa Syurga mencetuskan impak sebesar ini bertumpu kepada lakonan yang sangat kemas dan berkesan daripada dua pelakon hebat tanah air, iaitu Dato’ Aaron Aziz sebagai Azlan dan Nadiya Nisaa sebagai Farhah. Gandingan mantap mereka berjaya mengangkat isu kesihatan emosi yang sering dipandang sepi oleh masyarakat ke platform yang lebih luas.

Bagi penonton yang mahu menyaksikan sendiri naskhah yang sedang menjadi bualan ramai ini, siri Bidadari Tanpa Syurga ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman Viu dengan episod baharu disiarkan pada setiap hari Khamis dan Jumaat. Aplikasi Viu boleh dimuat turun secara percuma menerusi App Store, Google Play, dan Huawei AppGallery.

Loading...