Ikuti Kami:

Dua Minggu No.1! Aku Pilih Pelangi ‘Meletup’ Dengan 39 Juta Tontonan

Dua Minggu No.1! Aku Pilih Pelangi ‘Meletup’ Dengan 39 Juta Tontonan

KUALA LUMPUR: Siri drama Viu Original terbaharu, Aku Pilih Pelangi terus melakar fenomena dan mencetuskan perbualan hangat apabila berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai naskhah No. 1 di platform penstriman Viu selama dua minggu berturut-turut semenjak ia dilancarkan.

Bukan sekadar mendominasi carta platform berkenaan, drama ini juga mencatatkan impak tontonan yang luar biasa di alam maya. Aku Pilih Pelangi berjaya meraih lebih 39 juta tontonan secara keseluruhan di platform media sosial utama, berdasarkan penganalisisan data daripada TikTok Analytics dan Meta.

Kejayaan ‘meletup’ drama Aku Pilih Pelangi sekali gus membuktikan sokongan serta penerimaan padu para penonton terhadap keserasian gandingan mantap pelakon utamanya, iaitu Mira Filzah, Zahiril Adzim, dan penyanyi rap sensasi, Noki K-Clique.

Dua Minggu No.1! Aku Pilih Pelangi ‘Meletup’ Dengan 39 Juta Tontonan

Lebih membanggakan, gelombang drama ini turut mengheret runut bunyi rasminya (OST) ke puncak populariti. Lagu bertajuk 1000 Kali Sakit nyanyian Mohsein Kush kini mencuri tontonan ramai dengan rekod lebih 1.4 juta tontonan di platform media sosial, menurut data dari Universal Digital Dashboard.

Seiring dengan sambutan luar biasa ini, serta bagi menyokong inisiatif Bekerja Dari Rumah (WFH) yang disarankan kerajaan, Viu tidak melepaskan peluang untuk melancarkan kempen istimewa bergelar ‘Watch From Home’.

Dua Minggu No.1! Aku Pilih Pelangi ‘Meletup’ Dengan 39 Juta Tontonan

Menerusi kempen promosi ini, para penonton berpeluang menikmati tawaran potongan harga sebanyak 50 peratus untuk langganan bulanan Viu Premium, khas bagi dua bulan yang pertama.

Sambil meluangkan masa di rumah, pelanggan bukan sahaja boleh menyaksikan siri Aku Pilih Pelangi, malah bebas menikmati pelbagai kandungan premium popular yang menduduki carta 10 teratas Viu, termasuklah Running Man, Phantom Lawyer, dan Climax dalam kualiti definisi tinggi (HD) tanpa sebarang gangguan iklan.

Dua Minggu No.1! Aku Pilih Pelangi ‘Meletup’ Dengan 39 Juta Tontonan

Bagi mereka yang tidak mahu ketinggalan melayan drama nombor satu ini serta merebut tawaran berbaloi tersebut, langganan boleh dibuat segera dengan memuat turun aplikasi Viu di peranti pintar atau melayari laman web rasmi di www.viu.com.

Loading...