Ikuti Kami:

Diuji, Diragui, Kini Berjaya! Kedai Emas Sri Semantan Lancar Cawangan Ke-16 di Bangi

Diuji, Diragui, Kini Berjaya! Kedai Emas Sri Semantan Lancar Cawangan Ke-16 di Bangi

BANGI: Biarpun pernah berdepan ujian, diragui, dan diperlekehkan pada awal kemunculannya, Kedai Emas Sri Semantan (KESS) membuktikan keutuhan empayar perniagaan mereka apabila berjaya merasmikan cawangan yang ke-16 di Bangi. Acara perasmian pembukaan cawangan terbaru KESS tersebut berlansung secara meriah malam semalam.

Pengasas merangkap Pengerusi KESS,  Mohamad Hafizal Hj. Mahmood dalam ucapan perasmiannya meluahkan rasa penuh syukur dan terharu melihat sokongan luar biasa yang berterusan daripada ahli setia Emas Sri Semantan serta masyarakat umum.

Beliau menyifatkan kejayaan pelancaran cawangan ke-16 ini sebagai satu langkah bermakna yang terhasil daripada doa, usaha, kesabaran, dan keyakinan yang tidak pernah pudar.

Diuji, Diragui, Kini Berjaya! Kedai Emas Sri Semantan Lancar Cawangan Ke-16 di Bangi

Majlis perasmian cawangan terbaharu Kedai Emas Sri Semantan disempurnakan oleh Pengasas merangkap Pengerusi KESS,  Mohamad Hafizal Hj. Mahmood (tengah) semalam. Cawangan terbaharu KESS terletak di Pusat Komersial Bangi Sentral.

 

Tegasnya, pembukaan premis ini tidak seharusnya dilihat sebagai sebuah kedai fizikal semata-mata, sebaliknya ia diangkat sebagai simbol perjuangan, kepercayaan, serta harapan. Ia membawa aspirasi agar masyarakat semakin sedar mengenai kepentingan perancangan kewangan yang kukuh.

“Harapan (kami) bahawa emas bukan sekadar dipandang sebagai perhiasan, tetapi sebagai pelindung nilai dan warisan masa depan,” jelas beliau.

Mengulas lanjut mengenai perjalanan syarikat, beliau mengakui bahawa kepercayaan teguh daripada pelanggan dan rakan niaga telah menjadi kekuatan utama KESS untuk terus melangkah teguh walaupun jenama itu pernah diuji dan diragui sebelum ini.

Menyentuh mengenai perkembangan pesat syarikat yang semakin rancak membuka cawangan baharu, beliau menjelaskan bahawa langkah tersebut bukanlah bertujuan untuk menyaingi atau berlumba dengan mana-mana pihak.

Cawangan ke-16 Kedai Emas Sri Semantan (KESS) tanda kepercayaan pelanggan terus utuh. (Gambar) Pengerusi KESS,  Mohamad Hafizal Hj. Mahmood

 

Sebaliknya, perluasan perniagaan ini digerakkan atas rasa tanggungjawab yang besar untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai rakyat Malaysia. KESS komited untuk mendidik masyarakat agar memahami fungsi emas sebagai aset sebenar yang mampu menjadi benteng pertahanan ketika berdepan waktu sukar, serta bertindak sebagai sandaran kewangan pada masa hadapan.

Menurut beliau lagi, tindakan menyimpan emas yang disusuli dengan ilmu dan kefahaman yang betul bukan sekadar menyimpan nilai, bahkan ia mampu membina ketenangan, keyakinan, serta jaminan masa depan buat institusi keluarga.

Melangkah ke hadapan, KESS meletakkan azam dan visi yang besar untuk memposisikan jenama mereka sebagai Syurga Emas Preloved Nombor Satu di Malaysia. Beliau mensasarkan pembinaan sebuah platform yang bukan sahaja dipercayai ramai, tetapi juga berupaya memberikan manfaat yang sebenar kepada seluruh lapisan masyarakat.

Cawangan terbaharu Soorga Emas Preloved ini beroperasi di Pusat komersial dan gaya hidup bersepadu, Bangi Sentral yang turut dikenali sebagai “Hub Fesyen” pakaian busana Muslimah dan Melayu moden di Malaysia.

Loading...