Ikuti Kami:

Pentas ‘Malam Ini Kita Punya’ Jadi Milik Anggrek & Adira, Bawa Pulang RM30K!

Pentas ‘Malam Ini Kita Punya’ Jadi Milik Anggrek & Adira, Bawa Pulang RM30K!

SHAH ALAM: Gelanggang pertandingan program realiti popular Talk To My Manager (TTMM) Musim 2 akhirnya melabuhkan tirainya malam tadi dengan menyaksikan pasangan anak dan ibu popular, Anggrek dan pengurusnya, Adira, dinobatkan sebagai juara mutlak.Kejayaan hebat itu membolehkan pasangan duo ini membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM30,000 beserta trofi.

Pada konsert kemuncak yang bertemakan “Malam Ini Kita Punya”, tugasan terakhir para pengurus adalah memilih pilihan lagu yang mampu mengangkat gandingan artis mereka sebagai juara.

Pentas ‘Malam Ini Kita Punya’ Jadi Milik Anggrek & Adira, Bawa Pulang RM30K

WOW! Anggrek & Adira juara TTMM2 — Persembahan mereka memang ‘Next Level’!

 

Adira dan Anggrek ternyata memukau barisan juri serta penonton menerusi persembahan bertenaga menerusi lagu solo Aku Stacy (nyanyian asal Stacy) serta lagu duet Sutera (nyanyian asal Aisha Retno).

Pentas akhir yang berlangsung sengit di Auditorium MBSA, Shah Alam itu menyaksikan saingan hebat daripada gandingan Jamilulhayat dan Hussain yang terpaksa berpuas hati dengan gelaran Naib Juara. Pasangan ini membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai berjumlah RM15,000 beserta trofi.

Hussain memberikan saingan yang sangat sengit menerusi seleksi lagu Sumpah Dan Cinta Matiku (nyanyian asal Nidji) serta lagu duet Kisah Ku Inginkan (duet asal Dato Sri Siti Nurhaliza & Hafiz Suip) bersama penyanyi jemputan, Datin Alyah.

Pentas ‘Malam Ini Kita Punya’ Jadi Milik Anggrek & Adira, Bawa Pulang RM30K

Sementara itu, pasangan ibu dan anak yang sentiasa mencuri tumpuan, Dato’ Sri Vida dan Cik B menduduki tempat ketiga selepas menggegarkan pentas dengan lagu ikonik Bohemian Rhapsody (nyanian asal Queen) dan lagu duet Haa Tepok (nyanyian asal MeerFly ft Kidd Santhe & MK K-Clique) yang menampilkan penyanyi rap terkenal, MK K-Clique. Pasangan ini berjaya membawa pulang hadiah kemengan bernilai RM5,000 beserta trofi.

Pentas ‘Malam Ini Kita Punya’ Jadi Milik Anggrek & Adira, Bawa Pulang RM30K

Tempat keempat pula menjadi milik produser terkenal, Datuk A. Aida dan Azeva yang mempertaruhkan lagu antarabangsa Titanium (SIA) serta lagu Muara Hati berduet bersama Hafiz Suip. Manakala pasangan Safura & Kim Khairii sekadar berpuas hati di tempat kelima selepas mendendangkan lagu Berhenti Berharap (Shiela On 7) dan lagu Ayuh bersama Aman Ra. Kedua-dua pasangan pengurus dan artis ini berjaya membaw pulang hadiah kemenangan berjumlah RM5000 beserta trofi.

Konsert akhir TTMM Musim 2 yang penuh prestij ini dihoskan oleh pengacara popular Aznil Hj Nawawi @Pak Nil dan diadili oleh juri tetap Che Puan Sarimah Ibrahim dan Dato’ AC Mizal, selain turut dibantu oleh juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat serta Hael Husaini.

 

Keputusan Penuh Pentas Akhir TTMM Musim 2:

Juara: Adira & Anggrek

Naib Juara: Jamilulhayat & Hussain.

Tempat Ketiga: Dato’ Sri Vida & Cik B

Tempat Keempat: Datuk A. Aida & Azeva

Tempat Kelima: Safura & Kim Khairii

Loading...