Ikuti Kami:

‘Bila Bersama, Lagi Jadi’: Astro Umum Sajian Raya Menyeluruh Merentasi TV, Radio dan Digital Sempena Syawal 2026

‘Bila Bersama, Lagi Jadi’: Astro Umum Sajian Raya Menyeluruh Merentasi TV, Radio dan Digital Sempena Syawal 2026

KUALA LUMPUR – Menjelang sambutan Syawal yang bakal tiba, syarikat peneraju industri hiburan negara, Astro, menjanjikan kemeriahan luar biasa dengan lambakan pengisian raya yang segar dan komprehensif merentasi platform televisyen, radio, dan juga digital.

Mengangkat tema ‘Bila Bersama, Lagi Jadi’, rangkaian kandungan istimewa pada tahun ini direka khusus untuk menghidupkan detik-detik kebersamaan dengan menghadirkan penceritaan, muzik, serta hiburan yang menyatukan emosi penonton di mana jua mereka berada.

‘Bila Bersama, Lagi Jadi’: Astro Umum Sajian Raya Menyeluruh Merentasi TV, Radio dan Digital Sempena Syawal 2026

Tumpuan utama sambutan pastinya terarah kepada barisan 16 buah telefilem khas raya yang bakal menemui penonton bermula 1 Syawal menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Prima (Saluran 105).

Menjanjikan kepelbagaian genre daripada drama menyentuh hati hingga komedi pecah perut, antara naskhah yang dinanti-nantikan termasuklah Dia Bukan Syurga Raya (lakonan Nazim Othman dan Ezzanie Jasny), Rumah Tanpa Luka Raya (lakonan Syukri Yahya dan Nadhir Nasar), serta Kerikil Depan Rumah lakonan Diana Danielle dan Amir Ahnaf.

Astro Prima pula bakal meruntun emosi penonton dengan kisah keinsafan dalam Doa Sang Pendosa lakonan primadona Datuk Hajah Fauziah Nawi, selain mengundang gelak tawa menerusi Menantu Mentua Pujaan yang dibintangi oleh Datuk Jalaluddin Hassan dan Sherry Al Hadad.

Selain himpunan telefilem, Astro turut membawakan pelbagai program hiburan berskala besar seperti Konsert GenKRU, Majlis Tertinggi Rockqueen Ella 2026, dan Sembilu The Reunion Live In Concert.

Bagi peminat sukan, kemeriahan Syawal tetap dirasai menerusi program sukan khas di Astro Arena, di mana penonton akan dihiburkan dengan celoteh personaliti sukan tanah air menerusi Arena Ketupat Rendang.

Tidak ketinggalan, pawagam rumah anda menerusi Astro First bakal menyajikan filem animasi Papa Zola The Movie dan drama kekeluargaan Abah Saya Uncle Mike, sementara Astro Shaw pula bersedia menggegarkan pawagam seluruh negara dengan dua naskhah blokbuster iaitu Malaikat Malam dan Mikael: Pemburu Dua Alam.

‘Bila Bersama, Lagi Jadi’: Astro Umum Sajian Raya Menyeluruh Merentasi TV, Radio dan Digital Sempena Syawal 2026

Keterujaan ini turut disambut meriah di platform digital Astro Gempak menerusi pengisian menarik seperti siri Travel Balik Utara dan edisi istimewa Gempak Most Wanted Raya. Melengkapkan ekosistem hiburan ini, stesen-stesen radio di bawah naungan Astro Audio juga tampil dengan pelbagai inisiatif interaktif bersama pendengar.

Buat julung kalinya, hampir 20 orang penyampai radio daripada rangkaian ERA, SINAR, THR GEGAR, dan ZAYAN bergabung suara merakamkan sebuah lagu raya khas berjudul Inilah Raya. Sebagai menghargai kelestarian warisan budaya, visual kempen raya Astro pada kali ini turut mendapat sentuhan istimewa hasil kolaborasi bersama Novak Batik, menggabungkan keindahan seni corak klasik dengan cita rasa kontemporari.

Bagi menikmati kesemua sajian raya istimewa ini, orang ramai boleh melanggan Pek Astro One bermula dari harga RM49.99 dengan melayari laman web rasmi Astro atau menghubungi mereka menerusi platform WhatsApp. Memang sah, raya tahun ini dengan Astro, bila bersama, lagi jadi!

Loading...