Ayam Brand Perkukuh Inovasi Produk, Lancar Tiga Perisa Baharu Ayam Carik Untuk Pacu Pertumbuhan Pasaran
- oleh Editor MYBUZZ
- 4 Sep 2026 12:25 am
Ayam Carik Ayam Brand kini boleh didapati di Jaya Grocer dan cawangan terpilih di seluruh negara.
SUBANG JAYA – Jenama makanan warisan terkemuka, Ayam Brand™, terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran barangan pengguna cepat laris (FMCG) dengan melancarkan tiga perisa baharu bagi siri produk Ayam Carik (Pulled Chicken).
Langkah peluasan ini dirangka khas bagi penuhi trend gaya hidup masyarakat moden yang mengutamakan penyediaan hidangan pantas, versatil dan bernutrisi tanpa membelakangkan aspek kelazatan.
Gandingan Citarasa Antarabangsa & Tempatan
Pengenalan tiga variasi baharu itu menyaksikan gabungan elemen kulinari popular iaitu Sos Teriyaki, Sos Gochujang Korea Pedas, serta Lada Hitam yang diadun daripada lada hitam asli dari Sarawak. Ini sekali gus menambah pilihan sedia ada kepada lima variasi perisa secara keseluruhannya.
Setiap pilihan perisa dicipta untuk memberikan fleksibiliti penyediaan pelbagai jenis sajian harian — sama ada dipadankan bersama nasi, mi, roti, burger, sandwic, salad, mahupun dijadikan bekal praktikal ke pejabat dan hidangan ringkas keluarga.

Dari Teriyaki ke Gochujang, Ayam Brand tambah tiga perisa baharu produk Ayam Carik untuk penuhi selera pengguna moden.
- Sos Teriyaki: Menawarkan profil rasa manis dan savuri yang serasi untuk hidangan berasaskan nasi, mi, dan sandwic.
- Sos Gochujang Korea Pedas: Membawakan sentuhan kulinari Korea yang pedas dan menyelerakan bagi pencinta makanan berempah.
- Lada Hitam Sarawak: Menggunakan lada hitam berkualiti tinggi dari Sarawak yang memberikan aroma yang lebih menonjol dan kaya dengan rasa berempah.
“Keluaran perisa baharu ini mencerminkan komitmen berterusan Ayam Brand dalam menawarkan penyelesaian hidangan yang sesuai dengan rentak kehidupan pantas pengguna masa kini, sama ada untuk dinikmati di rumah atau sebagai bekalan pantas,” menurut kenyataan syarikat itu.
Siri Jelajah Enam Hari & Ganjaran Eksklusif
Pelancaran rasmi rangkaian baharu ini disempurnakan oleh Ketua Jualan Ayam Brand; Loke Wing Hoong bersama Ketua Merchandising (Makanan) Jaya Grocer; Kantan Kolandivellu (Kanthan), di cawangan Jaya Grocer, Sunway Pyramid bersempena siri jelajah (roadshow) khas yang berlangsung selama enam hari bermula 1 hingga 6 September 2026.

Ayam Brand anjur jelajah (roadshow) enam hari, perkenal generasi baharu produk Ayam Carik.
Sepanjang tempoh berkenaan, para pengunjung berpeluang menikmati sesi pensampelan produk secara percuma serta menyertai pelbagai aktiviti interaktif dan tawaran ganjaran promosi:
- Pembelian RM20 & Ke Atas: Pelanggan yang membeli sekurang-kurangnya satu tin Ayam Carik bakal menerima beg makan tengah hari eksklusif Ayam Brand secara percuma.
- Pembelian RM30 & Ke Atas: Pembeli layak menerima beg makan tengah hari serta penyertaan dalam permainan Stack Challenge untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.
Memperkasakan Warisan 134 Tahun Dalam Industri FMCG
Pengenalan variasi ini sekali lagi membuktikan daya saing Ayam Brand™ yang telah bertapak di Malaysia dan Asia selama 134 tahun. Berada dalam senarai 10 Jenama Pilihan FMCG Malaysia menerusi Kajian Jejak Jenama Asia Kantar Worldpanel, syarikat ini konsisten menawarkan produk bebas bahan pengawet dan tanpa MSG tambahan.
Rangkaian produk Ayam Carik baharu ini kini boleh didapati di cawangan Jaya Grocer serta pasar raya terpilih di seluruh negara.
