Ikuti Kami:

vivo Tetapkan Penanda Aras Baharu Industri Dengan V80 Lite 5G Bateri 10,000mAh

vivo Tetapkan Penanda Aras Baharu Industri Dengan V80 Lite 5G Bateri 10,000mAh

KUALA LUMPUR – vivo Malaysia secara rasmi menetapkan penanda aras baharu industri telefon pintar tempatan menerusi pelancaran model terbaharu, vivo V80 Lite 5G, yang dibekalkan bateri gergasi BlueVolt berkapasiti 10,000mAh pada harga bermula RM1,399.

Diperkenalkan sempena majlis pelancaran di Lot 10 Bukit Bintang yang turut menampilkan kemunculan khas pelakon popular Aedy Ashraf, peranti ini menjadi model siri V pertama melangkaui saiz bateri 10,000mAh dengan keupayaan bertahan seharian.

Ketahanan peranti ini turut mendapat pengiktirafan Guinness World Records selepas menyempurnakan ujian produk elektronik secara siaran langsung selama 32 jam 37 minit tanpa henti.

vivo Tetapkan Penanda Aras Baharu Industri Dengan V80 Lite 5G Bateri 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G mendapat pengiktirafan Guinness World Records bagi siaran langsung ujian produk elektronik paling lama dengan tempoh mengagumkan selama 32 jam 37 minit. – Penampilan khas oleh pelakon popular Malaysia, Aedy Ashraf di Lot 10 Bukit Bintang sewaktu majlis pelancaran peranti itu semalam.

 

Teknologi Bateri Generasi Baharu & Ketahanan 6 Tahun

Meskipun memuatkan kapasiti tenaga yang besar, vivo V80 Lite 5G kekal tampil nipis dan selesa dipegang menerusi integrasi teknologi anod silikon generasi keempat serta pembungkusan Magic Cube Battery Packaging.

vivo Tetapkan Penanda Aras Baharu Industri Dengan V80 Lite 5G Bateri 10,000mAh

Untuk pra-tempahan sehingga 11 September 2026 akan menerima hadiah eksklusif vivo bernilai sehingga RM1,145

 

Bateri ini turut beroperasi secara stabil sehingga suhu 45°C dan mampu menyokong penggunaan intensif sehingga 16 jam. Syarikat itu turut memperkenalkan beberapa inovasi penting pada unit kuasa peranti berkenaan:

  • Sistem Penyejukan 3.8K Ultra Large VC: Memastikan peranti kekal sejuk dan berprestasi optimum walaupun digunakan di bawah terik matahari.
  • Ketahanan Bateri Sehingga 6 Tahun: Menggunakan algoritma pengecasan tersendiri dan sistem perlindungan enam lapisan, kapasiti bateri disasar kekal sekurang-kurangnya 80 peratus walaupun selepas enam tahun penggunaan.
  • Fungsi ‘Reverse Charging’ & Extender: Boleh bertindak sebagai bank kuasa mudah alih untuk mengecas aksesori lain seperti fon telinga tanpa wayar (TWS), manakala fungsi Battery Life Extender membolehkan panggilan kecemasan dilakukan walau baki bateri hanya tinggal satu peratus.

vivo Tetapkan Penanda Aras Baharu Industri Dengan V80 Lite 5G Bateri 10,000mAh

vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh, dijual pada harga bermula RM1,399.

 

Ujian Gred Ketenteraan & Fungsi RAM Tambahan

Bagi menghadapi cabaran kegunaan harian, vivo V80 Lite 5G telah melepasi ujian ketahanan bertaraf ketenteraan yang ketat. Peranti ini berupaya menahan impak kejatuhan dari ketinggian sehingga tiga meter di atas permukaan berkarpet dan satu meter di atas permukaan keras.

Bagi meningkatkan pengalaman aplikasi multitugas yang lebih lancar, vivo akan melancarkan penambahbaikan perisian teknologi Extended RAM khusus untuk model ini bermula 24 September depan.

Ditawarkan dalam pilihan warna ikonik Afterglow Pink, vivo V80 Lite 5G kini boleh didapati di seluruh cawangan sah vivo di Malaysia.

Loading...