Ikuti Kami:

AJL 40: ‘Kamu’, ‘Lemah’ & ‘Tak Adil’ Tepati Ramalan, Lolos Ke Pentas Akhir!

AJL 40: ‘Kamu’, ‘Lemah’ & ‘Tak Adil’ Tepati Ramalan, Lolos Ke Pentas Akhir!

SHAH ALAM – Detik yang dinantikan oleh seluruh peminat industri muzik tempatan akhirnya tiba apabila teka-teki mengenai senarai lagu yang layak ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL 40) akhirnya terjawab.

Seperti yang dijangkakan oleh para pemerhati seni, karya-karya gah seperti Kamu, Lemah, dan Tak Adil cemerlang menempatkan diri ke pusingan akhir. Membawa semangat ‘Generasi Selamanya Juara’, saingan Separuh Akhir AJL 40 (AJL40 SA) telah melabuhkan tirainya dengan mempertandingkan 20 buah karya hebat. Persaingan kali ini disifatkan cukup sengit dengan himpunan pelbagai nuansa muzik, bermula daripada genre balada yang meruntun jiwa hinggalah kepada irama eksperimental yang segar.

Setiap penyanyi dan komposer tampil berani mempertaruhkan naratif tersendiri demi memikat hati barisan juri profesional. Sistem penjurian bagi edisi saringan kali ini diketuai oleh pemuzik berkaliber, Dato Acis, yang menilai setiap karya secara teliti dan menyeluruh. Aspek pemarkahan bukan sahaja mengambil kira ketelitian dari segi gubahan muzik, malah melihat kepada kualiti vokal penyanyi serta impak keseluruhan persembahan mereka di atas pentas.

AJL 40: 'Kamu', 'Lemah' & 'Tak Adil' Tepati Ramalan, Lolos Ke Pentas Akhir!

Selepas proses penilaian yang rapi, barisan juri telah mencapai kata sepakat bagi memuktamadkan 10 buah lagu terbaik yang layak berentap di pentas AJL 40 kelak.Berikut merupakan senarai penuh 10 buah lagu yang berjaya menempah tiket ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 40:

  1. Kamu – Aina Abdul
  2. Lemah – Dayang Nurfaizah
  3. Tak Adil – Aisha Retno
  4. Nurcinta – Amir Masdi
  5. Tangisan Seorang Pendosa – Marsha Milan
  6. Tiwikarma – K.O.I
  7. Semacam Pandora – Hazama
  8. Cak Cak Cekuk – Wani Kayrie
  9. Ke Mana Ni – Luca Sickta, Kmy Kmo & Salammusik
  10. Lumangad Oku Dika – Ryenald Guntabid

Acara saringan yang berlangsung mendebarkan selama dua malam itu telah dikemudi dengan cemerlang oleh dua pengacara wanita, Fiza Frizzy dan Sissy Imann. Tenaga dan keserasian gandingan ini berjaya memastikan kelancaran setiap momen, di samping mengekalkan momentum rancangan buat penonton di studio dan juga di rumah.

Bukan sekadar debaran menanti keputusan semata-mata, pentas AJL40 SA turut dihangatkan dengan persembahan pembukaan dan interlud yang mencuri perhatian penonton. Pada hari pertama, pentas disajikan dengan paduan mantap persembahan yang sudah lama dinantikan daripada dua anak penyanyi legenda, iaitu Zaki Yamani dan Ahmad Merrah. Manakala pada malam kedua pula, pentas terus disemarakkan dengan kolaborasi dinamik di antara Tuju dan Kaka Azraff.

Loading...