Ikuti Kami:

AEON Rombak Strategi Peruncitan, Perkenal ‘Festive Preview 2026’ Berkonsepkan Ekosistem Holistik

AEON Rombak Strategi Peruncitan, Perkenal ‘Festive Preview 2026’ Berkonsepkan Ekosistem Holistik

SHAH ALAM – Dalam langkah strategik untuk mentakrifkan semula landskap peruncitan bermusim negara, AEON Malaysia secara rasmi melancarkan evolusi acara tahunan ketengahannya melalui pengenalan AEON Festive Preview (AFP) 2026.

Menariknya, acara yang sebelum ini sinonim dengan nama AEON Fashion Preview kini telah dijenamakan semula dan dirombak secara menyeluruh. Daripada sebuah platform yang tertumpu kepada fesyen semata-mata, AFP 2026 kini beralih arah menjadi platform peruncitan perayaan berbilang kategori yang lebih komprehensif.

Transformasi ini menyaksikan penggabungan segmen fesyen, barangan kelengkapan rumah, gaya hidup, kecantikan, serta program libat urus komuniti di bawah satu ekosistem bersepadu.

AEON Rombak Strategi Peruncitan, Perkenal 'Festive Preview 2026' Berkonsepkan Ekosistem Holistik

Penolong Pengurus Besar Pemasaran AEON CO. (M) BHD. Thomas Tan menyempurnakan pelancaran AFP 2026 serta Kempen Raya AEON – Cerita Raya, semalam di AEON Shah Alam

 

Perubahan hala tuju ini mencerminkan visi AEON untuk mewujudkan platform perayaan yang lebih inklusif, imersif, dan berpaksikan keperluan holistik pelanggan masa kini.

Ketua Pegawai Operasi (Peruncitan) AEON CO. (M) BHD., Audrey Lim, menyifatkan peralihan ini sebagai satu langkah penting untuk membina hubungan emosi yang lebih kukuh dengan para pelanggan.

“AEON Festive Preview 2026 mewakili lebih daripada sekadar penjenamaan semula dimana ia mencerminkan evolusi strategik dalam cara kami berhubung dengan pelanggan dan komuniti. Dengan mengubah AFP menjadi platform pelbagai kategori, kami mencipta pengalaman yang melangkaui sekadar membeli-belah,” jelas beliau semasa majlis pelancaran tersebut.

Beliau turut menekankan bahawa AFP 2026 direka untuk menjadi pusat interaksi di mana seisi keluarga boleh meneroka, mengambil bahagian, dan meraikan persiapan musim perayaan bersama-sama, sekali gus mengukuhkan posisi AEON sebagai sebahagian daripada gaya hidup komuniti di Malaysia.

AEON Rombak Strategi Peruncitan, Perkenal 'Festive Preview 2026' Berkonsepkan Ekosistem Holistik

Pada pelancaran tersebut, AEON turut melancarkan Kempen Raya 2026, Cerita Raya, sebagai tema teras bagi kitaran AEON Festive Preview (AFP) Raya, satu langkah strategik untuk memperkukuh kedudukan jenama dalam segmen runcit musim perayaan. Dibina berasaskan emosi pertemuan semula, kemeriahan dan kenangan bersama, kempen ini diinspirasikan daripada kisah dan tradisi peribadi yang membentuk pengalaman Hari Raya setiap keluarga.

Cerita Raya menekankan detik-detik utama musim perayaan bermula daripada pakaian keluarga sedondon dan dekorasi rumah yang dikurasi rapi hingga ke aroma masakan tradisional serta suasana riuh pertemuan sanak saudara. Dengan menggabungkan elemen-elemen ini, kempen tersebut menyasarkan penyampaian pengalaman runcit yang menyeluruh dan penuh emosi merentasi kategori fesyen, dekorasi rumah, makanan dan gaya hidup.

Melalui gabungan aktiviti pop-up AFP, penceritaan dalam kedai, kandungan digital dan inisiatif libat urus komuniti, AEON menjadikan Cerita Raya lebih daripada sekadar tema pemasaran dimana ia berfungsi sebagai platform penyatu untuk meningkatkan hubungan pelanggan dan mengukuhkan peranan AEON sebagai rakan dipercayai dalam persiapan musim perayaan.

Inisiatif ini menggariskan komitmen AEON untuk meningkatkan landskap runcit perayaan di Malaysia, dengan memanfaatkan relevansi budaya dan pengalaman pelanggan bagi memacu penglibatan yang lebih kukuh serta impak komersial bagi musim perayaan 2026.

Loading...