Ikuti Kami:

236 Juta Strim! “Masing Masing” Ernie Zakri & Ade Govinda Rangkul Pengiktirafan Asia Book of Records

236 Juta Strim! “Masing Masing” Ernie Zakri & Ade Govinda Rangkul Pengiktirafan Asia Book of Records

KUALA LUMPUR – Karya fenomena nyanyian Ernie Zakri, “Masing Masing”, terus melakar sejarah luar biasa di persada muzik antarabangsa apabila berjaya mengumpul lebih 236 juta penstriman di platform Spotify. Naskhah istimewa yang turut mendapat sentuhan magis komposer dan pemain gitar Indonesia, Ade Govinda, ini telah melakar pencapaian baharu apabila ia secara rasmi diiktiraf oleh Asia Book of Records.

Pengiktirafan berprestij ini diberikan susulan kejayaan karya tersebut mencatatkan rekod sebagai lagu berbahasa Melayu dan Indonesia yang terpantas memecahkan angka 200 juta penstriman menjelang Ogos 2025. Pencapaian mega ini bukan sahaja memperkukuhkan kedudukan “Masing Masing” sebagai salah sebuah lagu serantau yang paling berjaya pada dekad ini , malah ia terus menjulang profil seni Ernie Zakri selepas kemenangan besarnya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada bulan Disember 2025.

236 Juta Strim! Masing Masing Ernie Zakri & Ade Govinda Rangkul Pengiktirafan Asia Book of Records

Penganugerahan daripada Asia Book of Records ini disifatkan sebagai satu platform pengiktirafan kredibel yang mampu melebarkan lagi pendedahan media di seluruh Asia, selain menghubungkan pencipta rekod dengan pelbagai inovator dan tokoh di rantau ini. Ia sekali gus menjadi bukti kukuh bahawa kolaborasi muzik serantau mampu menembusi sempadan antarabangsa menerusi penyatuan karya yang jujur dan sarat emosi.

Mengulas mengenai kejayaan bersejarah ini, Ernie mengakui bahawa beliau sama sekali tidak pernah menjangkakan sambutan di tahap sedemikian ketika lagu tersebut mula-mula dihasilkan.

“Saya sangat terharu dan bersyukur bila dapat tahu ‘Masing Masing’ mencapai lebih 236 juta penstriman di Spotify dan diiktiraf oleh Asia Book of Records,” luah penyanyi bervokal lantang itu.

Tambahnya lagi, matlamat utama sewaktu menghasilkan naskhah ini bersama Ade Govinda hanyalah untuk memberikan penceritaan yang jujur dari segi emosi.Ernie turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat para peminat setianya, Ernienators, yang tidak putus-putus memberikan sokongan padu yang menjadi tulang belakang kerjaya seninya selama ini.

 

236 Juta Strim! Masing Masing Ernie Zakri & Ade Govinda Rangkul Pengiktirafan Asia Book of Records

Sejak dipasarkan, “Masing Masing” mencetuskan fenomena tersendiri apabila bukan sahaja berjaya menawan hati peminat di Malaysia dan Indonesia, tetapi turut meraih tempat istimewa dalam kalangan pendengar di seluruh Asia Tenggara. Lagu ini mencatat penerimaan luar biasa kerana kekuatan emosi dan mesejnya yang mudah dihayati oleh pelbagai lapisan pendengar.

Menurut Ernie, keistimewaan utama “Masing Masing” terletak pada jalan ceritanya yang dekat dengan realiti kehidupan ramai orang. Beliau menjelaskan bahawa walaupun lagu ini dinyanyikan dalam bahasa Melayu dan Indonesia, emosi yang dibawakan bersifat universal, sekali gus membolehkan pendengar dari mana-mana negara merasakan keterikatan dengan kisah yang disampaikan.

Kolaborasi Ernie bersama Ade Govinda turut dianggap faktor penting yang mengangkat lagu ini ke tahap luar biasa. Susunan muzik yang ringkas tetapi sarat dengan jiwa memberi ruang kepada penceritaan dan emosi lagu untuk menyerlah, menjadikan “Masing Masing” naskhah yang diterima dengan begitu meluas di seluruh rantau.

 

 

Loading...