Wayang

Naskhah Aksi Penuh Emosi, Orang Perang Martabat Pengorbanan Orang Asli Di Layar Perak

Oleh

Naskhah Aksi Penuh Emosi, Orang Perang Martabat Pengorbanan Orang Asli Di Layar Perak

KUALA LUMPUR: Jarang sekali kita melihat naskhah filem tempatan yang mengangkat kisah kepahlawanan masyarakat Orang Asli secara mendalam. Menyedari kekosongan itu, syarikat produksi 3LINE MEDIA SDN BHD dan NANORD STUDIO PRODUCTION bakal membawa penonton menyelusuri sebuah naskhah epik aksi sarat emosi menerusi filem terbaharu, Orang Perang.

Diarahkan oleh pengarah berkaliber, Hashim Rejab, naskhah yang diinspirasikan daripada kisah benar kaum Semai ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 1 Oktober 2026.

Naskhah Aksi Penuh Emosi, Orang Perang Martabat Pengorbanan Orang Asli Di Layar Perak

‘Orang Perang’ angkat kisah benar Semai, Niezam Zaidi pimpin epik aksi lawan Komunis 1 Oktober Ini di pawagam seluruh Malaysia. – Poster rasmi filem ‘Orang Perang’

 

Majlis tayangan gala filem Orang Perang berlansung malam tadi di TGV Suria KLCC yang dihadiri barisan pelakon, pengarah, penerbit dan pihak media bersama-sama para peminat filem melayu yang dijemput secara eksklusif bagi menyaksikan filem tersebut lebih awal.

Berlatarbelakangkan era darurat pada tahun 1950-an di Tanah Melayu, filem ini bukan sekadar menyajikan babak pertempuran bersenjata di dalam hutan, malah menyelami konflik dalaman, nilai persahabatan, serta kesetiaan ketika berdepan ancaman pengganas komunis.

KLIK! |  ‘Orang Perang’ Bongkar Perjuangan Pahlawan Orang Asli Menentang Komunis

Konflik ‘Bah Tangga’, Senoi Praaq & Pengkhianatan

Plot utama Orang Perang tertumpu kepada watak Bah Tangga, seorang pemuda Orang Asli yang direkrut secara paksa oleh pihak komunis. Setelah melihat sendiri kekejaman komunis terhadap bangsanya, Bah Tangga bertindak melarikan diri ke dalam hutan bersama sahabatnya, Bah Ayob.

Keadaan menjadi lebih dramatik apabila pelarian mereka berakhir di tangan pasukan Jungle Squad pimpinan Inspektor Syed Zainal.

Naskhah Aksi Penuh Emosi, Orang Perang Martabat Pengorbanan Orang Asli Di Layar Perak

Dari mangsa paksaan ke pejuang, Bah Tangga temui makna perjuangan dalam ‘Orang Perang’

 

Menariknya, filem ini menonjolkan transisi emosi Bah Tangga yang pada awalnya dipenuhi rasa benci terhadap orang Melayu dan Inggeris akibat dakyah komunis, namun mula berubah hasil pendekatan berhemah Inspektor Syed Zainal.

Penonton akan dibawa melihat perjalanan pemuda ini menyertai latihan intensif di bawah seliaan British SAS untuk bergelar anggota Senoi Praaq, sebuah pasukan yang terkenal dengan kepakaran menjejaki pergerakan di dalam rimba.

Emosi penonton pastinya direntap apabila Bah Tangga terpaksa berhadapan dengan sahabat lamanya, Bah Pelangkin, yang kini memilih untuk terus setia berada di pihak komunis.

Naskhah Aksi Penuh Emosi, Orang Perang Martabat Pengorbanan Orang Asli Di Layar Perak

Hashim Rejab gabung bintang berpengalaman dan bakat baharu dalam’Orang Perang’. Fauzi Nawawi menghidupkan watak Inspektor Syed Zainal memimpin pasukan ‘Jungle Squad’ Polis Hutan memerangi Komunis di Perak.

 

Barisan Pelakon Hebat & OST Berprestij

Filem ini mempertaruhkan gandingan mantap pelakon berpengalaman dan bakat baharu. Watak-watak utama diterajui oleh Niezam Zaidi (Bah Tangga), Syazwan Zulkifli (Bah Ayob), Ammar Alfian (Bah Pelangkin), dan Fauzi Nawawi (Inspektor Syed Zainal).

Bintang-bintang lain yang turut memantapkan filem ini termasuklah Adam Corrie, Vanida Imran, Kazar Sarsi, Azhan Rani, Hairi Safwan, dan ramai lagi. Bagi menghidupkan realiti era darurat, produksi telah memilih lokasi hutan sebenar yang mencabar seperti Perdik Fall di Ulu Langat, Kem Asia di Semenyih, serta Bukit Tunku.

Naskhah Aksi Penuh Emosi, Orang Perang Martabat Pengorbanan Orang Asli Di Layar Perak

‘Orang Perang’ satukan Niezam Zaidi, Syazwan Zulkifli, Ammar Alfian Fauzi Nawawi, Adam Corrie, Azhan Rani, Josiah Hogan, Dewa Arteh, Fadhli Masoot, Izuan Razali, Hairi Safwan dan ramai lagi dalam kisah darurat. 

 

Bagi menyempurnakan naskhah epik ini, sebuah lagu runut bunyi asal (OST) berjudul Sumpah Leluhur telah dihasilkan. Ia merupakan hasil ciptaan Achoi Floor 88, penulis lirik yang pernah menjulang trofi Juara Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).

Lagu yang mengangkat tema kasih dan perjuangan ini dinyanyikan secara berduet oleh Niezam Zaidi bersama Elly Langkasuka, juara Anugerah Lagu Indie 2025 (ALI2025).

Fakta Menarik Filem Orang Perang:

  • Tarikh Tayangan: 1 Oktober 2026 di pawagam seluruh negara.
  • Teras Penceritaan: Berinspirasikan kisah benar pengorbanan kaum Semai menentang komunis pada era 1950-an.
  • Elemen Unik: Mengetengahkan kepakaran pasukan Senoi Praaq dalam ilmu menjejak di hutan.

Orang Perang bukan sekadar sebuah filem aksi, tetapi sebuah penghormatan bermakna buat semangat juang serta pengorbanan masyarakat Orang Asli dalam mempertahankan kedaulatan tanah air yang jarang didendangkan.

, , , , , , , , ,

Verified by MonsterInsights