Ikuti Kami:

Strategi ‘Discover Local’ Pacu Mercure Living Putrajaya Perkukuh Pasaran Sempena Ulang Tahun Ke-4

Strategi ‘Discover Local’ Pacu Mercure Living Putrajaya Perkukuh Pasaran Sempena Ulang Tahun Ke-4

PUTRAJAYA – Mercure Living Putrajaya mengukuhkan kedudukannya dalam sektor hospitaliti dan perkhidmatan acara perniagaan menerusi pelancaran strategi baharu “Discover Local” bersempena sambutan ulang tahun pengoperasiannya yang ke-4.

Langkah strategik di bawah jenama Accor ini diumumkan sempena Sesi Libat Urus Bersama Tetamu Korporat Kerajaan dan Rakan Media di Infinity Hall, bertujuan menyatukan elemen kebudayaan, komuniti, dan keunikan cita rasa tempatan dalam perkhidmatan hospitaliti mereka.

Saji Menu ‘Discover Local’ & Sokong PKS Tempatan

Strategi 'Discover Local' Pacu Mercure Living Putrajaya Perkukuh Pasaran Sempena Ulang Tahun Ke-4

Mercure Living Putrajaya tonjol inovasi gastronomi tempatan, perkenal siri Thematic Buffet & Tea Break.

 

Menerusi pendekatan ini, hotel berkenaan memperkenalkan siri kulinari Thematic Buffet & Tea Break yang direka khas mengikut kehendak pelanggan korporat dan kerajaan. Penawaran ini merangkumi konsep Healthy Tea Break, Sports Tea Break, dan Muhibbah Tea Break yang mengadunkan gaya hidup sihat serta kepelbagaian budaya Malaysia.

Di samping penawaran bufet interaktif di restoran Volcano Shabu-Shabu & Grill, pihak hotel turut menjalin kerjasama bersama pengusaha tempatan menerusi penggunaan pemanis mulut berasaskan madu kelulut sebagai usaha menyokong kelestarian perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

 

Pengurus Besar Mercure Living Putrajaya, Wan Enderi Mohd Saad menegaskan bahawa inisiatif ini bukan sekadar sajian makanan, tetapi komitmen untuk menghubungkan tetamu dengan warisan negara.

“Melalui ‘Discover Local’, kami mahu setiap tetamu bukan sahaja menikmati penginapan yang selesa, malah membawa pulang pengalaman yang bermakna menerusi cita rasa tempatan dan kerjasama komuniti,” jelas Wan Enderi.

Strategi 'Discover Local' Pacu Mercure Living Putrajaya Perkukuh Pasaran Sempena Ulang Tahun Ke-4

Mercure Living Putrajaya lancar hala tuju baharu ‘Discover Local’, perkasa pengalaman tetamu dan komuniti setempat. – Pengurus Besar Mercure Living Putrajaya, Wan Enderi Mohd Saad.

 

Lancar Nurtaj Spa & Perkasakan Kemudahan Moden

Sempena sambutan ulang tahun ke-4, Mercure Living Putrajaya turut memperkenalkan Nurtaj Spa & Beauty yang terletak di Aras 3 hotel tersebut. Kemudahan spa terbaharu ini menawarkan enam pilihan terapi urutan yang diinspirasikan daripada warisan urutan tradisional Malaysia serta rawatan Deep Tissue Massage, sekali gus memberikan pengalaman kesejahteraan yang menyeluruh kepada para tetamu yang mengutamakan kesihatan fizikal dan keseimbangan minda.

Nurtaj Spa & Beauty juga telah mengharumkan nama Mercure Living Putrajaya di peringkat antarabangsa apabila menerima pengiktirafan Best Muslim Friendly Spa & Beauty dalam World Islamic Tourism Awards. Pencapaian ini mencerminkan komitmen hotel dalam menyediakan perkhidmatan kesejahteraan yang mesra Muslim tanpa mengabaikan standard hospitaliti bertaraf global.

Strategi 'Discover Local' Pacu Mercure Living Putrajaya Perkukuh Pasaran Sempena Ulang Tahun Ke-4

Mercure Living Putrajaya perkenal Nurtaj Spa & Beauty, lengkapi ekosistem hospitaliti bertaraf antarabangsa.

 

Diuruskan oleh Ulster Waves Sdn Bhd, Mercure Living Putrajaya merupakan sebuah hartanah setinggi 36 tingkat yang menawarkan 299 unit pangsapuri servis moden. Setiap unit dilengkapi dengan dapur kecil yang serba lengkap, kemudahan dobi serta ruang tamu berasingan, menjadikannya pilihan ideal untuk penginapan jangka pendek mahupun jangka panjang bagi pelancong dan pengembara perniagaan.

Strategi 'Discover Local' Pacu Mercure Living Putrajaya Perkukuh Pasaran Sempena Ulang Tahun Ke-4

Mercure Living Putrajaya perluas daya tarikan pelancongan dan korporat dengan penawaran baharu bertaraf global.

 

Dari segi kemudahan, hotel ini turut menyediakan pelbagai fasiliti premium termasuk kolam infiniti air masin sepanjang 52 meter, gimnasium yang beroperasi 24 jam sehari, gelanggang badminton serta ruang mesyuarat dan acara yang moden. Kemudahan-kemudahan ini direka bagi memenuhi keperluan pelbagai segmen pelanggan, khususnya pelanggan korporat, agensi kerajaan dan pelancong domestik serta antarabangsa.

Keseluruhan pembaharuan dan penambahbaikan yang diperkenalkan sempena ulang tahun ke-4 ini mengukuhkan lagi kedudukan Mercure Living Putrajaya sebagai salah satu destinasi hospitaliti utama di Putrajaya.

Dengan gabungan penginapan berkualiti, kemudahan bertaraf antarabangsa, pengalaman gastronomi unik serta penawaran kesejahteraan yang komprehensif, hotel ini terus menjadi pilihan utama bagi pengembara perniagaan, pelancong domestik dan pelanggan korporat di pusat pentadbiran negara.

Loading...