Ikuti Kami:

Qri, Eunjung, Hyomin & Jiyeon Kembali! T-ARA Umum Fan-Con Istimewa Di Kuala Lumpur

Qri, Eunjung, Hyomin & Jiyeon Kembali! T-ARA Umum Fan-Con Istimewa Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Berita gembira buat peminat tegar muzik K-Pop! Kumpulan legenda generasi kedua, T-ARA, bakal kembali menggegarkan Malaysia menerusi penganjuran acara T-ARA FAN-CON IN MALAYSIA 2026 [Summer Again] yang dijadualkan berlangsung pada 9 Ogos 2026.

Acara yang dibawakan khas oleh penganjur T-Rex Studio Sdn Bhd itu akan bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur bermula jam 5 petang. Lebih istimewa, pentas ini bakal menyaksikan penyatuan semula empat anggotanya iaitu Qri, Eunjung, Hyomin, dan Jiyeon untuk menghiburkan peminat tempatan yang sudah lama merindui mereka.

Qri, Eunjung, Hyomin & Jiyeon Kembali! T-ARA Umum Fan-Con Istimewa Di Kuala Lumpur

Penampilan Solo Pertama Di Malaysia

Penganjuran fan-con ini mencatat sejarah peribadi buat T-ARA kerana ia menandakan penampilan solo pertama mereka di negara ini. Sebelum ini, kumpulan jelita tersebut hanya tampil di Malaysia sebagai sebahagian daripada festival atau konsert gabungan yang menghimpunkan pelbagai artis K-Pop lain.

Antara memori kemunculan T-ARA bersama peminat tempatan sebelum ini termasuklah menerusi showcase pada tahun 2012, konsert terbuka di Johor Bahru (2015), K-Pop Music Wave Concert di Pulau Pinang (2017), dan The Ye!loO Concert di Kuala Lumpur pada 2025. Oleh itu, kehadiran mereka kali ini dijangka menjadi acara paling dinantikan kerana peminat berpeluang menikmati persembahan dan fokus sepenuhnya kepada T-ARA.

Qri, Eunjung, Hyomin & Jiyeon Kembali! T-ARA Umum Fan-Con Istimewa Di Kuala Lumpur

Nostalgia Ratu K-Pop

Ditubuhkan pada tahun 2009, T-ARA sentiasa dikenali sebagai antara kumpulan wanita paling berpengaruh dan gah dalam memacu gelombang kedua K-Pop ke seluruh dunia. Nama ‘T-ARA’ itu sendiri diambil daripada perkataan ‘tiara’ yang melambangkan mahkota serta cita-cita besar mereka untuk bergelar “ratu” dalam industri muzik. Pengaruh tersebut jelas terbukti apabila mereka masih memiliki kelompok peminat setia yang dikenali sebagai ‘Queen’s’.

Sepanjang lebih 17 tahun bergelar anak seni, T-ARA popular dengan keberanian mereka bereksperimen dengan pelbagai genre muzik termasuk pop, retro, dance, sehinggalah EDM. Sudah pasti, peminat tidak sabar untuk kembali menyanyi dan menari bersama deretan lagu berhantu mereka seperti Bo Peep Bo Peep, Roly-Poly, Lovey-Dovey, Cry Cry, Day by Day, Sexy Love, Number Nine, dan Sugar Free.

 

Qri, Eunjung, Hyomin & Jiyeon Kembali! T-ARA Umum Fan-Con Istimewa Di Kuala Lumpur

Manfaat Eksklusif Untuk Peminat!

Bagi peminat yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini, tiket bagi T-ARA FAN-CON IN MALAYSIA 2026 [Summer Again] mula dijual pada 7 Julai 2026, jam 12 tengah hari menerusi platform dalam talian, Ticketing Tix dan GimmeTix.

Tiket ditawarkan dalam tujuh kategori harga iaitu RM888, RM788, RM688, RM588, RM488, RM388, dan RM338.

Qri, Eunjung, Hyomin & Jiyeon Kembali! T-ARA Umum Fan-Con Istimewa Di Kuala Lumpur

Menariknya, penganjur tidak lokek menyediakan pelbagai manfaat eksklusif buat pemegang tiket. Antara kelebihan yang menanti termasuklah:

  • Sesi ramah mesra atau Hi-Bye
  • Pemberian album bertandatangan
  • Pemberian poster bertandatangan
  • Gambar polaroid bertandatangan
  • Peluang bergambar bersama ahli kumpulan dalam format 4:1, 4:5, 4:10, atau 4:20 mengikut kategori tiket yang dibeli

Lebih berbaloi, pemegang tiket berharga RM888 dijamin akan menerima satu sesi bergambar secara terus yang akan dijalankan sama ada dalam format 4:1, 4:5, atau 4:10.

Penyatuan semula T-ARA di ibu kota pastinya bukan sekadar mengubat kerinduan, malah menjadi pentas terbaik buat generasi baharu menyaksikan sendiri aura salah sebuah kumpulan K-Pop paling legenda yang pernah mewarnai industri.

Loading...