Ikuti Kami:

Ramai Menangis, Ramai Ketagih! Cinta Dalam Sekam Kini Drama Paling Popular Di Viu

Ramai Menangis, Ramai Ketagih! Cinta Dalam Sekam Kini Drama Paling Popular Di Viu

KUALA LUMPUR – Belum pun sampai seminggu ditayangkan, drama terbaharu Viu Original, Cinta Dalam Sekam, sudah mencetuskan fenomena luar biasa apabila berjaya merampas kedudukan No. 1 sebagai drama paling popular di platform Viu Malaysia!

Naskhah hebat arahan pengarah tersohor, Feroz Kader, yang mengangkat kisah cinta, pengorbanan, dan rahsia silam berlatarbelakangkan era 1980-an (1988) itu nyata berjaya mencuri hati ribuan penonton penstriman tanah air.

Fenomena drama ini turut ‘meletup’ di alam maya apabila tanda pagar #CintaDalamSekam merekodkan angka fantastik dengan lebih 21 juta tontonan di platform media sosial seperti TikTok dan Meta menerusi perkongsian klip drama serta perbincangan hangat pengguna.

Ramai Menangis, Ramai Ketagih! Cinta Dalam Sekam Kini Drama Paling Popular Di Viu

Jalan Cerita ‘Top-Notch’, Penonton Menangis Episod Tiga

Tinjauan di media sosial seperti Threads mendapati rata-rata penonton meluahkan rasa ‘ketagih’ dan tidak sabar menantikan episod seterusnya. Ramai memuji gabungan skrip yang dekat dengan realiti, sinematografi retro 80-an yang memukau, serta mutu lakonan mantap barisan pelakonnya.

Ramai Menangis, Ramai Ketagih! Cinta Dalam Sekam Kini Drama Paling Popular Di Viu

Malah, ada penonton yang mengakui tidak mampu menahan sebak sehingga menitiskan air mata seawal episod ketiga kerana begitu terkesan dengan permainan emosi yang dipersembahkan.

Pujian turut dihamburkan kepada barisan pelakon utama seperti Siti Khadijah Halim, Amir Ahnaf, dan Haidar Hasanudin. Ekspresi wajah Haidar yang memegang watak Shafiq disifatkan amat semula jadi dan menyentuh jiwa, manakala watak ‘Abang Sudin’ yang dijayakan oleh Riz Amin turut disifatkan antara karakter paling berkesan dalam menghidupkan penceritaan.

OST ‘Sang Penikam’ Dominasi iTunes & YouTube

Bukan sahaja dramanya yang meletup, lagu runut bunyi (OST) rasmi berjudul Sang Penikam nyanyian duet Noh Salleh dan Aina Abdul turut melakar kejayaan tersendiri apabila menduduki tangga No. 1 di iTunes Malaysia serta berada di kedudukan No. 6 YouTube Trending.

Ramai Menangis, Ramai Ketagih! Cinta Dalam Sekam Kini Drama Paling Popular Di Viu

Penyanyi utama, Noh Salleh, meluahkan rasa syukur dan menyifatkan kolaborasi ini sebagai medan terbaik untuk memperkenalkan lagu berkenaan kepada khalayak ramai.

“Saya amat menghargai peluang untuk menghiasi Cinta Dalam Sekam menerusi lagu Sang Penikam nyanyian bersama Aina Abdul.

“Bagi saya, tiada platform yang lebih sesuai untuk memperkenalkan lagu ini selain sebuah drama bersiri yang mempunyai jalan cerita dan emosi yang begitu kuat. Saya berharap lagu ini dapat memberi dimensi yang lebih mendalam kepada perjalanan cerita serta menyentuh hati para penonton,” katanya.

Cinta Dalam Sekam yang turut menampilkan pelakon lain seperti Husna Mustaffa kini boleh distrim secara eksklusif menerusi aplikasi Viu di semua peranti pintar dan TV pintar.

Loading...