Ikuti Kami:

Yayasan MR D.I.Y. Anjur ‘Him & Her Health Run 2026’ Demi Kesedaran Jantung & Kanser

Yayasan MR D.I.Y. Anjur ‘Him & Her Health Run 2026’ Demi Kesedaran Jantung & Kanser

KUALA LUMPUR – Yayasan MR D.I.Y. telah melancarkan sebuah inisiatif peringkat kebangsaan buat julung kalinya, iaitu Him & Her Health Run 2026. Acara larian ria sejauh lima kilometer (5KM) ini dianjurkan dengan matlamat untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam mempromosikan kesihatan jantung serta meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kanser.

Direka khas untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat, acara ini menjemput para individu, rakan-rakan, dan keluarga untuk bersama-sama berjalan, berlari, dan meraikan kesejahteraan kesihatan. Acara ini bakal berlangsung di tiga lokasi berasingan bermula di Pulau Pinang pada 17 Mei 2026, diikuti oleh Sarawak pada 19 Julai 2026, dan lokasi terakhir di Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2026.

 

Yayasan MR D.I.Y. Anjur 'Him & Her Health Run 2026' Demi Kesedaran Jantung & Kanser

Menariknya, platform inklusif yang menyatukan komuniti ini terbuka kepada para peserta seawal usia lima tahun dan ke atas. Menerusi inisiatif ini, Yayasan MR D.I.Y. menyasarkan untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar mengambil langkah proaktif ke arah kesihatan yang lebih baik, di samping membina kesedaran yang lebih mendalam terhadap penyakit jantung dan kanser.

Ia bukan sekadar satu aktiviti larian, malah ia merupakan satu pergerakan bagi menghimpunkan masyarakat dalam menyokong amalan hidup yang sihat. Segala dana yang berjaya dikumpul daripada acara tersebut akan disalurkan kepada organisasi dan program berfokuskan kesihatan yang merangkumi aspek pencegahan, pendidikan, sokongan rawatan, dan juga penjagaan pesakit.

Antara badan penerima manfaat sumbangan tersebut termasuklah Yayasan Jantung Malaysia, Persatuan Kanser Kanak-Kanak Sarawak (Sarawak Children’s Cancer Society), Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak (CAKNE), dan Kumpulan Ibu Bapa Dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS).

Penganjuran larian ini turut diperkukuhkan lagi dengan sokongan rangkaian rakan strategik yang hebat, termasuk CUCKOO International (M) Berhad, Kumon Education Malaysia, Health Lane Family Pharmacy, The Mines Resorts and Hotels, Merdeka Waterfront Hotel, Delfi Marketing, Chuan Sin Sdn Bhd, serta NCS Science Sdn Bhd.

Sebagai tanda penghargaan, kesemua peserta yang mengambil bahagian akan membawa pulang kit larian ria yang mengandungi sehelai kemeja-T acara, tuala edisi terhad, topi perlumbaan, bib perlumbaan, dan pingat penamat.Pendaftaran kini telah pun dibuka kepada umum.

Tarikh tutup pendaftaran adalah mengikut kawasan penganjuran, iaitu pada 3 Mei 2026 untuk Pulau Pinang , 1 Julai 2026 bagi Sarawak , dan 1 Oktober 2026 untuk acara di Kuala Lumpur.Orang ramai amat digalakkan untuk mendaftar awal bagi menempah slot penyertaan mereka. Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan rasmi di https://www.mrdiy.com/him-her-health-fun-run-2026 untuk menjadi sebahagian daripada pergerakan kebangsaan demi kesihatan dan komuniti ini.

Loading...