Ikuti Kami:

Smartwills Wasiatku Dilancarkan, Sasar 10,000 Pelanggan Muslim Dalam Tempoh Setahun

Smartwills Wasiatku Dilancarkan, Sasar 10,000 Pelanggan Muslim Dalam Tempoh Setahun

KUALA LUMPUR — SmartWills Berhad menerusi anak syarikatnya, Wasiatku Fintech Sdn Bhd, hari ini secara rasmi melancarkan platform digital perancangan harta pusaka Islam baharu dikenali sebagai SmartWills Wasiatku. Platform ini dibangunkan bagi memodenkan serta memudahkan pengurusan Wasiat, Hibah, Faraid dan pentadbiran harta pusaka Islam agar lebih praktikal, telus dan mudah diakses oleh masyarakat di negara ini.

Sempena majlis pelancaran yang berlangsung di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya, SmartWills Wasiatku secara rasmi memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) kerjasama strategik bersama Palladium Trustee Berhad. Kerjasama ini menggabungkan kecekapan teknologi perancangan digital dengan kepakaran profesional syarikat pemegang amanah yang berpengalaman luas. Menerusi integrasi ini, pelanggan bakal menikmati kemudahan pengurusan pentadbiran wasiat Semudah 1, 2, 3, di mana proses pengisian maklumat hanya mengambil masa kira-kira 15 minit sebelum dokumen wasiat terus dijana secara automatik menerusi sistem.


Foto dari kiri, Pengarah Strategik SmartWills Wasiatku, Encik Norazmi Samsuri; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SmartWills, Encik Dylan Ng dan Pengarah Urusan Palladium Trustee Berhad, Puan Julia Binti Mustaffa di temui media selepas selesai majlis pelancaran Smartwills Wasiatku hari ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SmartWills, Encik Dylan Ng berkata, platform baharu ini diperkenalkan khas bagi memudah cara pengurusan harta pusaka umat Islam di negara ini.

“Bagi memudahkan urusan wasiat pelanggan beragama Islam, SmartWills Wasiatku dilancarkan untuk melancarkan pentadbiran harta sekiranya berlaku kematian. Pelantikan pemegang amanah (trustee) yang patuh Syariah juga dapat membantu dan memberi kemudahan kepada para pelanggan,” katanya.

Tambah beliau lagi, SmartWills kini menyelia kira-kira 20,000 pelanggan sedia ada yang bukan beragama Islam dan pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 10,000 pelanggan beragama Islam untuk menyertai platform baharu ini dalam tempoh satu tahun.

Sementara itu, Pengarah Strategik SmartWills Wasiatku, Encik Norazmi Samsuri menjelaskan bahawa kerjasama ini memberi penyelesaian yang komprehensif dari sudut sokongan teknologi mahupun perundangan:

“Kerjasama ini membolehkan kami menawarkan penyelesaian yang lebih menyeluruh kepada pengguna. Ia bukan sekadar menyediakan kemudahan teknologi, malah turut disokong kepakaran profesional dalam pelaksanaan wasiat, amanah, pentadbiran harta pusaka serta penyimpanan dokumen,” jelas beliau.

Pengarah Urusan Palladium Trustee Berhad, Puan Julia Binti Mustaffa pula menambah, kerjasama tersebut membolehkan kepakaran peramanahan Islam digabungkan secara langsung dengan teknologi digital demi kemudahan orang ramai:

“Melalui kerjasama dengan SmartWills Wasiatku ini, kami dapat menggabungkan pengalaman dan kepakaran Palladium Trustee Berhad dalam peramanahan Islam serta pentadbiran harta pusaka dengan kemudahan teknologi digital, sekali gus menjadikan perancangan harta pusaka Islam lebih mudah diakses oleh masyarakat,” katanya.

Menerusi kerjasama ini, Palladium Trustee Berhad dilantik sebagai syarikat pemegang amanah tunggal bagi ekosistem SmartWills Wasiatku untuk menjalankan fungsi sebagai Wasi, Pentadbir Harta Pusaka, Pemegang Amanah, dan Penjaga Aset. Platform SmartWills Wasiatku turut menawarkan tiga pelan utama iaitu Wasiatku Plan (Wasiatku Asas, Wasiatku Lanjutan, dan Wasiatku PLUS Series), SmartHibah Plan (SmartHibah Direct dan SmartHibah Care), serta SmartFaraid untuk permohonan Faraid dalam talian.

Bagi memperkukuh sokongan perundangan di seluruh negara, SmartWills Wasiatku turut memeterai kerjasama rasmi bersama Penasihat Undang-Undang dan Panel Peguam Syariah di setiap negeri, di samping mengalu-alukan penglibatan ejen Takaful dan perancang kewangan Syariah bagi memperluas akses perkhidmatan ini kepada masyarakat.

Loading...