Ikuti Kami:

Skandal Terbongkar! Che Puan Sarimah Ibrahim ‘Kacau’ Rumahtangga Zamarul Hisham Dalam ‘Bila Cinta Menjadi Dosa’

Skandal Terbongkar! Che Puan Sarimah Ibrahim ‘Kacau’ Rumahtangga Zamarul Hisham Dalam ‘Bila Cinta Menjadi Dosa’

KUALA LUMPUR – Bersedialah untuk menghayati satu lagi naskhah penuh emosi dan pengkhianatan di kaca televisyen anda! TV3 kembali menghangatkan slot Lestary dengan naskhah terbaharu yang pastinya membuatkan anda tidak senang duduk berjudul Bila Cinta Menjadi Dosa.

Drama arahan pengarah berbakat Shuhaimi Lua ini bakal bersiaran sebanyak 30 episod dan akan menemui penonton bermula 27 Februari 2026. Peminat tegar drama tempatan boleh menyaksikannya setiap hari Jumaat hingga Ahad pada jam 9.00 malam.

Skandal Terbongkar! Che Puan Sarimah Ibrahim 'Kacau' Rumahtangga Zamarul Hisham Dalam Bila Cinta Menjadi Dosa

Menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Che Puan Sarimah Ibrahim, Zamarul Hisham, Zairi Aziz, Alya Iman, Nelissa Nizam, Elizad Sharifuddin, dan Maria Farida, drama ini menyelami kepincangan sebuah keluarga yang mula goyah akibat bayangan masa silam.

Pergolakan bermula apabila Zhafran (lakonan Zairi Aziz) pulang ke pangkuan ibu bapanya, Dato’ Yusof (Zamarul Hisham) dan Datin Kalsom (Maria Farida), selepas sekian lama membawa diri. Namun, kepulangan tersebut rupa-rupanya mencetuskan ketegangan yang selama ini dilindungi oleh kemewahan dan reputasi keluarga mereka.

Skandal Terbongkar! Che Puan Sarimah Ibrahim 'Kacau' Rumahtangga Zamarul Hisham Dalam Bila Cinta Menjadi Dosa

Di sinilah bermulanya babak yang mendebarkan! Keharmonian keluarga kaya ini mula terancam teruk dengan kemunculan Eva (Che Puan Sarimah Ibrahim), seorang wanita misteri yang mendakwa dirinya mempunyai hubungan sulit dengan Dato’ Yusof.

Keadaan menjadi bertambah rumit buat Zhafran apabila bekas kekasihnya, Nurul Yasmeen (Alya Iman), tiba-tiba muncul kembali dalam hidupnya, kini bergelar setiausaha kepada bapanya sendiri. Pertemuan-pertemuan yang tidak dijangka ini bakal mengheret kembali segala kesilapan dan janji-janji lama yang pernah dimungkiri.

Skandal Terbongkar! Che Puan Sarimah Ibrahim 'Kacau' Rumahtangga Zamarul Hisham Dalam Bila Cinta Menjadi Dosa

Bercakap mengenai wataknya, Zairi Aziz mendedahkan bahawa Zhafran pada asalnya tidak menyangka kepulangannya akan mencetuskan masalah, namun dia terpaksa bangkit menjadi pelindung tatkala keluarganya diancam bahaya.

Manakala pelakon veteran Zamarul Hisham pula menyifatkan wataknya, Dato’ Yusof, sebagai seorang lelaki tegas yang memegang prinsip kawalan untuk kestabilan, namun terpaksa berhadapan dengan padah akibat rahsia gelapnya yang mula terbongkar.

Persoalannya, mampukah segala kepincangan ini terus disimpan rapi, atau adakah ia bakal meruntuhkan seluruh institusi keluarga mereka?. Bagi penonton yang tidak sabar untuk mengetahui nasib keluarga Dato’ Yusof, anda juga boleh menstrim episod baharu Bila Cinta Menjadi Dosa 24 jam lebih awal menerusi platform www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

Loading...