Anker Malaysia Lancar Pengecas Paparan Pintar Berteknologi AI, Pengecasan Kini Lebih Pantas & Bergaya
- oleh Editor MYBUZZ
- 25 Feb 2026 12:12 pm
KUALA LUMPUR – Anker, yang diiktiraf sebagai jenama peneraju utama teknologi pengecasan global nombor satu dunia, telah melancarkan barisan peranti pengecasan pintar berpaparan (Smart Display Charging) terbaharunya di pasaran Malaysia.
Selari dengan kempen dan slogan jenama tersebut, “See your power, Trust your Charge”, inovasi terbaharu ini direka khusus untuk mengubah pengalaman gaya hidup digital pengguna dengan menjadikan proses pengecasan lebih pantas, selamat, dan intuitif merentas pelbagai peranti dengan pemantauan melalui satu skrin sahaja.

Bintang utama pelancaran kali ini adalah Anker Prime Smart Display Charger (160W) (A2687), iaitu pengecas paling maju dan pintar yang pernah dihasilkan oleh jenama tersebut. Diiktiraf sebagai penerima anugerah CES 2026 Innovation Awards Honoree untuk rekaan dan prestasinya, gajet bersaiz tapak tangan ini dilengkapi dengan tiga port USB-C yang memberikan jumlah output kuasa sebanyak 160W.
Walaupun bersaiz 43% lebih kecil berbanding pengecas 140W keluaran Apple, peranti ultra-kompak ini tampil bergaya dengan paparan masa nyata yang membolehkan pengguna memantau kadar output, status pengecasan, dan suhu. Dari segi prestasi, ia diperkasakan oleh teknologi pengoptimuman AI, PowerIQ™ 5.0, untuk memastikan kecekapan agihan kuasa yang optimum.

Selain model perdana tersebut, Anker turut memperkenalkan Anker Nano Smart Display Charger (100W) (A121B) yang sangat ideal untuk menampung keperluan pengguna yang memiliki berbilang peranti sama ada di rumah, pejabat, mahupun ketika percutian hujung minggu.
Pengecas rekaan tiga port ini mampu menyalurkan output berterusan 100W yang kekal stabil biarpun selepas 50 minit penggunaan tanpa henti. Lebih menarik, pengagihan kuasanya turut dipacu oleh AI untuk mengimbangi tenaga secara pintar.
Ciri ini memastikan pengecasan efisien apabila pengguna mengecas peranti berkuasa tinggi (seperti komputer riba) serentak bersama gajet kecil (seperti telefon atau fon telinga pintar), sekali gus mengelakkan berlakunya lebihan bebanan kuasa atau masalah kepanasan melampau.

Turut memeriahkan pelancaran ekosistem pintar ini adalah peranti sampingan lain seperti Anker Nano Smart Display Charger (140W), variasi Anker Prime Powerbanks (300W dan 220W), serta Anker Nano Laptop Powerbank (165W) yang hadir dengan kabel USB-C boleh tarik.
Bagi pengguna yang berminat untuk menaik taraf gaya hidup mudah alih mereka, Anker Prime Smart Display Charger (160W) ditawarkan pada harga RM489, manakala Anker Nano Smart Display Charger (100W) pula berharga RM229. Kesemua peranti ini boleh dibeli bermula 25 Februari 2026 menerusi peruncit gaya hidup dan elektronik terkemuka, serta saluran e-dagang rasmi Anker di platform Lazada, Shopee, dan TikTok Shop.
