Ikuti Kami:

Restoran Sajian Nenda Hidupkan Suasana Ramadan Dengan Seleksi 45 Menu Tradisi Melayu & Nusantara

Restoran Sajian Nenda Hidupkan Suasana Ramadan Dengan Seleksi 45 Menu Tradisi Melayu & Nusantara

KUALA LUMPUR – Pada anda yang masih tercari cari dimana ada tawaran bufet Ramadan dengan hidangan bertaraf hotel pada harga mampu bayar, Restoran Sajian Nenda yang terletak di Setiawangsa mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk menikmati aneka hidangan lazat di sepanjang bulan Ramadan ini.

Meneruskan konsep yang sudah menjadi identiti mereka dikalangan pelanggan tetap, seleksi bufet yang telah bermula sejak 20 Februari 2026 yang lalu, akan berlansung sehingga 18 Mac 2026 nanti dengan lebih 45 jenis menu juadah eksklusif terdiri daripada hidangan tradisional Melayu bakal tersedia dengan tema Negeri yang berbeza pada setiap hari.

Restoran Sajian Nenda Hidupkan Suasana Ramadan Dengan Seleksi 45 Menu Tradisi Melayu & Nusantara

Namakan sahaja, sajian Semenanjung Malaysia sehingga ke Sabah dan Sarawak, sajian Nusantara dari Indonesia serta Brunei pastinya akan menambat selera mereka yang merasainya kelak.

Buat mereka yang mengenali pasangan suami isteri Cef Haji Fauzi dan Cef Hajah Norziah yang juga merupakan pemilik serta cef di restoran Ummis Hijau Kasturi yang pernah beroperasi di Sentul Point sebelum ini, sudah pasti sedia mengetahui akan kehebatan air tangan mereka dalam menyediakan aneka sajian.

Pengalaman pasangan suami isteri ini yang pernah berkhidmat sebagai cef peribadi di Istana dan kerabat DiRaja Brunei sehingga kini dikongsikan menerusi santapan Istana yang akan turut disertakan bersama dalam seleksi bufet berbuka puasa Restoran Sajian Nenda yang baru beroperasi sejak awal Januari lalu di premis yang terletak di 20G, Jalan Setiawangsa 10, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Antara menu Istana Brunei yang menjadi sorotan utama Ramadan ini adalah Nasi Kebuli, Kurma Ayam, Daging Pindang Brunei, Ikan Liking, Gulai Lemak Rebung Dengan Pucuk Manis, Masak Hitam Hati Buyah (Paru Lembu), Sambal Ikan Tahai, Pais Daging, Sambal Urat-Uratan, Kelupis Brunei dan Kuih Serabai Durian.

Dengan harga RM35.90 (bersih) untuk dewasa dan RM17.90 (bersih) untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* dan warga emas berumur 60 tahun ke atas, Restoran Sajian Nenda sekaligus menjadi antara bufet Ramadan yang termurah di ibu negara pada tahun ini.

Restoran Sajian Nenda Hidupkan Suasana Ramadan Dengan Seleksi 45 Menu Tradisi Melayu & Nusantara

Dalam masa yang sama, Restoran Sajian Nenda turut mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) pengendalian restoran. Untuk itu, pihak mereka telah menetapkan hanya menerima 80 orang pengunjung dalam satu masa sahaja bagi menjamin keselesaan setiap pengunjung di restoran ini.

Sebagai info, restoran ini juga dibuka pada setiap hari di luar bulan Ramadan untuk sajian Melayu Asli, Nusantara dan Barat. Perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.

Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan untuk 2 minggu terakhir Ramadan ini atau sebarang acara lain, sila hubungi talian 019-9023622

Loading...