Ikuti Kami:

remadesia Catat Sejarah Dalam Malaysia Book of Records Melalui ‘Beg Tarpaulin Upcycle Terbesar’

remadesia Catat Sejarah Dalam Malaysia Book of Records Melalui ‘Beg Tarpaulin Upcycle Terbesar’

KUALA LUMPUR — Jenama tempatan remadesia mencipta detik bersejarah apabila secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Beg Tarpaulin Upcycle Terbesar” di Pavilion Bukit Jalil hari ini, bersempena dengan penganjuran Malaysia Circular Economy & Sustainability Week 2026. Majlis berkenaan turut diseri dengan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang berkenan mencemar duli melawat pameran kelestarian dan ekonomi kitaran tersebut.


Foto barisan pengurusan dan pasukan remadesia bergambar kenang-kenangan bersama Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj ketika melawat pameran dan menyaksikan pihak remadesia menerima trofi dan sijil pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records di Pavilion Bukit Jalil hari ini.

Pemasangan gergasi berasaskan sisa dan tarpaulin industri yang diperoleh semula itu berukuran 410 cm tinggi, 225 cm lebar, serta 120 cm kedalaman, yang mana pembinaannya mengambil masa kira-kira dua minggu. Menerangkan asal usul nama jenama itu, Jan Teo, Pengurus Pembangunan Perniagaan remadesia memaklumkan bahawa nama ReMYSEIA diambil daripada frasa ‘Remake in Malaysia’.


Foto dari kiri Pengasas Bersama, Puan Cindy Wong;Pengasas Remadedia, Encik Alfred Kong;Perunding Rekod MBOR, Encik Megat Faris Hussein dan Pengurus Pembangunan Peniagaan remadesia,Cik Jan Teo bergambar bersama trofi dan sijil pengiktirafan MBOR

“Kita nak membuat satu upcycle product yang boleh membuat sustainability around the whole world. Di Malaysia sekarang tak banyak orang yang ambil industrial material untuk buat upcycling, jadi kita kena kembangkan. Kita nak ada satu platform yang besar untuk menunjukkan upcycling ini sebenarnya lebih baik daripada recycling biasa,” katanya.

Menurut Pengasas remadesia Encik Alfred Kong memberitahu setiap reka bentuk beg keluaran mereka mempunyai keunikan dan kisah tersendiri (one-of-a-kind) yang dihasilkan daripada bahan tahan lasak serta disertakan jaminan waranti 10 tahun. “Beg ini memang ada ‘temperature’ atau ‘warm’ sebab kain yang sepatutnya dibuang menjadi sampah, kita kutip, cuci dan berikan ia ‘second life’. Jadi ia tidak akan terus terbuang ke tapak pelupusan sampah (landfill),” jelaskannya sambil menambah produk berkenaan ditawarkan pada julat harga RM39 hingga RM329.

Selain aspek alam sekitar, pemodelan perniagaan remadesia turut menekankan pemberdayaan sosioekonomi tempatan menerusi kerjasama bersama Persatuan PSJKM. Menerusi inisiatif ini, peluang pekerjaan dan pendapatan tambahan dicipta bagi golongan wanita B40, ibu tunggal, komuniti Orang Asli, serta penghuni penjara wanita yang dilatih untuk mengendalikan proses jahitan beg. Menurut Pengasas remadesia, Encik Alfred Kong, integrasi sosial ini memastikan impak upcycling dapat dinikmati secara inklusif oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Menyentuh mengenai visi jangka panjang, pihak pengurusan remadesia menyatakan sasaran mereka untuk membuka butik jenama sendiri menjelang tahun 2027 serta menambah baik mutu rekaan bagi fasa pengeluaran seterusnya. Dalam pada itu, Pengasas bersama remadesia, Puan Cindy Wong mengimpikan agar koleksi beg remadesia dapat diangkat sebagai cenderamata ikonik buatan Malaysia yang dibanggakan oleh pelancong tempatan mahupun antarabangsa kerana membawa mesej kelestarian, kerja tangan, dan nilai komuniti yang tinggi.

Bagi pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai remadesia dan inisiatif upcycling mereka, sila layari laman sesawang remadesia.com.my untuk meneroka kisah di sebalik jenama ini serta pelbagai rekaan produk mesra alam yang ditawarkan.

Loading...