Ikuti Kami:

‘Rayuan Perempuan Gila’ Memang Berhantu! Viviana & Ani Maiyuni Kuasai Pentas Minggu Kedua TTMM 2

‘Rayuan Perempuan Gila’ Memang Berhantu! Viviana & Ani Maiyuni Kuasai Pentas Minggu Kedua TTMM 2

KUALA LUMPUR – Pentas konsert minggu kedua program realiti hangat, Talk To My Manager (TTMM) Musim Ke-2 terus bergegar dengan persembahan memukau daripada Viviana yang bernaung di bawah pengurusan penyanyi dangdut berpengalaman, Ani Maiyuni. Pasangan ini cemerlang menawan hati barisan juri sekaligus mendominasi kedudukan teratas dan menguasai pentas bagi saingan minggu ini!

Mengangkat tema “LEPASKANLAH..” yang memberikan tugasan kepada para pengurus untuk memilih lagu yang mampu menonjolkan kekuatan vokal serta identiti sebenar artis mereka, percaturan Ani Maiyuni ternyata membuahkan hasil lumayan.

'Rayuan Perempuan Gila' Memang Berhantu! Viviana & Ani Maiyuni Kuasai Pentas Minggu Kedua TTMM 2

Viviana tampil luar biasa mendendangkan lagu hit Rayuan Perempuan Gila, nyanyian asal bintang seberang, Nadin Amizah. Ekspresi, dinamik vokal, dan penghayatan emosi yang mendalam nyata memberi kelebihan buat bakat muda ini untuk berdiri pada kelasnya yang tersendiri berbanding sembilan bintang yang lain.

Persembahan penuh jiwa itu bukan sahaja mengundang sorakan gemuruh penonton di studio, malah berjaya melumpuhkan kritikan barisan juri profesional. Untuk minggu kedua ini, persembahan peserta telah dinilai oleh juri tetap, Dato AC Mizal, bersama Che Puan Sarimah yang telah kembali dari bercuti.

'Rayuan Perempuan Gila' Memang Berhantu! Viviana & Ani Maiyuni Kuasai Pentas Minggu Kedua TTMM 2

Lebih memberi tekanan kepada para peserta, pentas TTMM minggu ini turut membawa masuk bintang bervokal lantang negara, Aina Abdul, yang menduduki kerusi juri jemputan. Namun, kualiti yang ditonjolkan Viviana berjaya melepasi piawaian ketat barisan juri berkaliber ini.

Selain Viviana, konsert minggu ini menyaksikan saingan sengit daripada pasangan-pasangan lain yang turut memberikan tentangan hebat. Antara persembahan yang turut mewarnai pentas adalah Anggrek di bawah pengurusan Adira (membawa lagu Aku Tak Percaya Cinta), Cik B bersama Dato’ Seri Vida (Salahku), Fariedz Fazley dengan Dato’ Fazley (Aku Di Matamu), serta Amarra di bawah bimbingan Pak Azad (Kini Kau Tiada). Berikut ialah senarai keputusan Konsert TTMM (Talk To My Manager 2) – Minggu 2

  1. Ani Mayuni & Viviana — 89.00%
  2. Jamilulhayat & Hussain — 84.33%
  3. Safura & Kim Khairi — 84.00%
  4. Dato’ A. Aida & Azeva — 82.00%
  5. Nana Mahazan & Althea — 80.00%
  6. Dato’ Sri Vida & Cik B — 77.67%
  7. Dato’ Fazley & Fariedz — 77.33%
  8. Adira & Anggrek — 72.00%
  9. Pak Azad & Amarra — 66.67%
  10. Linda Jasmine & Ratu — 66.33%

'Rayuan Perempuan Gila' Memang Berhantu! Viviana & Ani Maiyuni Kuasai Pentas Minggu Kedua TTMM 2

Konsert TTMM Minggu ke-2 menyaksikan Ani Mayuni diberi pengiktirafan Anugerah Inspirasi Kasih ‘Eskayvie’ dan membawa wang tunai RM2 ribu sementara Dato’A.Aida diangkat sebagai ‘Manager Paling Perform’ untuk konsert minggu ke-2 ini. Sebagai habuan, Dato’A.Aida memilih tambahan markah 10% untuk konsert akan datang.

Pasangan Linda Jasmine & Ratu pula menjadi mangsa ‘drama’ segmen penyingkiran penuh debaran yang dikendalikan hos popular, Pak Nil, apabila suasana tegang menyelubungi pentas keputusan. Namun, saat yang dinanti-nantikan bertukar menjadi kejutan apabila tiada penyingkiran diumumkan pada minggu ini, sekali gus menyelamatkan mereka dan melayakkan pasangan tersebut mara ke minggu berikutnya.

Sementara itu, kemenangan Viviana minggu ini pastinya memberi isyarat amaran kepada peserta lain bahawa persaingan merebut gelaran juara TTMM Musim Ke-2 semakin memuncak. Adakah anak didik Ani Maiyuni ini mampu mengekalkan momentum ‘gila’ beliau pada konsert minggu hadapan? Kita tunggu dan lihat!

Loading...