Terokai penjimatan eReader dan kupon eBook RM120 dengan setiap pembelian peranti Kobo dari 21–30 September, berserta diskaun 30% untuk pembelian eBook pertama anda menggunakan kod COLOUR30.
KUALA LUMPUR – Mungkin anda pernah membawa sebuah novel ke mana sahaja, tetapi akhir-akhir ini senarai bacaan anda bertambah lebih pantas daripada masa untuk menikmatinya. Mungkin hanya sebuah buku yang bagus untuk mengingatkan anda kembali tentang perasaan hanyut dalam sesebuah cerita. Zaman bacaan baharu boleh bermula pada saat-saat kecil setiap hari: satu kisah di dalam tren, menyelak beberapa muka surat sambil menikmati kopi, atau malam yang tenang menyelami karya pengarang yang seolah-olah berbicara terus kepada hati anda.
Bulan September ini, Rakuten Kobo mengajak rakyat Malaysia untuk menikmati saat-saat tersebut menerusi kempen “Your Reading Era, in Colour”. Daripada kulit buku yang berwarna-warni dan sorotan bermakna hinggalah kepada cerita-cerita yang menawarkan perspektif baharu, kempen ini meraikan pelbagai cara pembacaan dapat menyerikan kehidupan seharian. Berlangsung dari 21 hingga 30 September 2026, kempen ini menampilkan harga istimewa untuk eReader Kobo terpilih serta kupon eBook bernilai RM120 dengan setiap pembelian peranti Kobo. Sama ada anda kembali kepada genre kegemaran, meneroka sesuatu yang baharu, atau menjadikan pembacaan sebahagian daripada rutin harian anda, ia adalah satu jemputan untuk memulakan bab seterusnya.

Bagi pembaca yang mencari lebih banyak masa untuk buku, Kobo Clara Colour menggabungkan paparan E Ink berwarna bersaiz 6 inci dengan reka bentuk yang kompak dan mudah alih. Semak imbas kulit buku berwarna, serlahkan baris kegemaran, dan selami semula cerita anda semasa perjalanan LRT atau rehat di kafe antara temujanji. Semasa kempen ini berlangsung, ia ditawarkan dengan diskaun 10% pada harga RM768 (turun daripada RM849), lengkap dengan kupon eBook bernilai RM120.

Bagi pembaca yang suka berhenti seketika, merenung, and mencatat apa yang terlintas di fikiran semasa membaca, Kobo Libra Colour menampilkan paparan E Ink berwarna bersaiz 7 inci serta serasi dengan Kobo Stylus 2. Luangkan masa pagi hujung minggu menerokai bahan bacaan yang mencetuskan fikiran, membuat anotasi pada petikan bermakna, dan merakamkan idea untuk dirujuk semula kemudian. Ia boleh didapati dengan diskaun 10% pada harga RM1,028 (turun daripada RM1,149), lengkap dengan kupon eBook bernilai RM120. Kobo Stylus 2 dijual secara berasingan.

For readers whose ideal evening involves settling into a good story, Kobo Clara BW features a glare-free E Ink Carta 1300 HD screen and ComfortLight PRO, which allows readers to adjust brightness and colour temperature. Its classic black-and-white reading experience keeps the focus on the words, whether you are winding down with a reflectiveread or following the twists of a thriller. It is available for RM749, with a RM120 eBook coupon included.
Bagi pembaca yang menggemari malam yang tenang di dalam selubung cerita yang menarik, Kobo Clara BW menampilkan skrin E Ink Carta 1300 HD bebas silau serta ComfortLight PRO, yang membolehkan pembaca melaraskan kecerahan dan suhu warna. Pengalaman pembacaan hitam-putih klasiknya mengekalkan tumpuan pada kata-kata, sama ada anda sedang berehat dengan bacaan yang mendalam atau mengikuti liku-liku cerita ngeri. Ia boleh didapati pada harga RM749, lengkap dengan kupon eBook bernilai RM120.

Tersedia dalam Bahasa Melayu, bacaan reflektif ini menerokai tekanan untuk hidup mengikut jangkaan orang lain. Melalui refleksi yang mudah difahami dan panduan ringkas, Kim Suhyun menggalakkan pembaca untuk menerima diri sendiri dan menemui lebih kepuasan dalam kehidupan mereka sendiri – teman yang bernilai untuk detik-detik ketenangan dalam muhasabah diri.

Panduan Bahasa Melayu ini meneliti tingkah laku berbahaya di tempat kerja serta menawarkan pendekatan komunikasi dan cara melindungi kesejahteraan diri. Bagi pembaca yang cuba memahami dinamik tempat kerja yang mencabar, ia menyediakan perspektif praktikal untuk menghadapi interaksi sukar dengan lebih kefahaman dan keyakinan.

Amalia Maganti boleh berkomunikasi dengan hantu. Apabila beliau mendapati bahawa lukisan mendiang bapanya adalah portal ke alam tersembunyi, pencariannya untuk mencari kebenaran di sebalik kematian bapanya mengambil dimensi baharu yang berbahaya. Berlatarkan pantulan fantasi Alor Setar era 1990-an, novel berbahasa Inggeris ini menggabungkan kisah ghaib, rahsia keluarga, dan dendam.

Bagaimana jika kehidupan yang lebih bermakna bermula dengan melepaskan keperluan untuk menjadi luar biasa? Ichiro Kishimi meneroka bagaimana usaha menjauhi persaingan dan perbandingan yang berterusan dapat mewujudkan ruang untuk keyakinan dan kepuasan diri. Pilihan yang penuh refleksi bagi pembaca yang ingin memperlahankan ritma hidup dan menilai semula apa yang benar-benar penting bagi mereka.

Penulis Lowen Ashleigh menerima tawaran untuk menyiapkan siri terlaris seorang pengarang yang cedera, namun akhirnya membongkar sebuah manuskrip yang sarat dengan pendedahan meresahkan. Apabila beliau mula terheret ke dalam kehidupan keluarga tersebut, pelbagai rahsia dan tarikan merumitkan apa yang dipercayainya. Sebuah bacaan gelap dan penuh suspen buat sesiapa sahaja yang sering menjadikan malam yang tenang sebagai alasan “satu bab lagi”.

Sejauh manakah pencapaian kita bergantung pada dunia di sekeliling kita? Dalam Situated, pengarang buku Grit meneroka bagaimana persekitaran, hubungan, dan situasi harian kita membentuk tingkah laku kita, serta cara mengubah keadaan tersebut untuk membantu menyerlahkan potensi terbaik kita. Pilihan yang bernas buat pembaca yang suka menterjemahkan idea baharu kepada perubahan praktikal.
Bagi membantu pembaca kali pertama memulakan langkah dengan eBook, Kobo menawarkan diskaun 30% untuk pembelian eBook pertama menggunakan kod COLOUR30, sah sehingga 31 Oktober 2026. Pembaca yang mencari eReader dan aksesori Kobo boleh melawati kedai rasmi Kobo di Lazada Malaysia untuk senarai lokasi runcit sah dan pilihan beli-belah dalam talian. Terokai koleksi eBook di Kobo Malaysia.

