KUALA LUMPUR- Carlo Rino menyambut musim baharu dengan The Wandering Stitch, koleksi Musim Luruh/Sejuk 2026 (AW26) yang diinspirasikan oleh semangat kembara (wanderlust), imaginasi, dan penemuan diri.
Berlatarbelakangkan dunia seperti dalam mimpi yang penuh dengan istana tersembunyi, taman yang subur, dan laluan yang tenang, koleksi ini mengikuti seorang pemimpi yang penuh sifat ingin tahu semasa beliau menerokai dunia yang sarat dengan inspirasi.
Sepanjang perjalanan itu, setiap penemuan bertindak sebagai kenangan dan cerita yang dizahirkan melalui helaian reka bentuk yang meraikan gaya peribadi serta keindahan pengembaraan tersebut.

Di tengah-tengah keunikan The Wandering Stitch ialah gagasan bahawa fesyen boleh menjadi sebahagian daripada perjalanan, satu inspirasi yang melangkaui sekadar pakaian yang kita sarungkan. Koleksi ini menampilkan pelbagai barisan reka bentuk utama termasuk Koleksi Matrix Trunkette, di samping beg, kasut, dan aksesori yang direka khas untuk menemani wanita moden mengharungi pengembaraan harian mereka.
Daripada perincian yang dipertimbangkan dengan teliti hinggalah kepada silhouettes yang versatil, setiap produk dicipta untuk membawa lebih daripada sekadar barangan keperluan. Ia menjadi teman kepada segala kenangan, rahsia, dan cerita yang dikumpul sepanjang perjalanan tersebut.

Melalui sentuhan pertukangan yang penuh whimsical ini, Carlo Rino mengajak para wanita untuk melihat setiap pengembaraan sebagai peluang untuk meneroka sesuatu yang baharu, sambil membawa kisah tersendiri sepanjang perjalanan. The Wandering Stitch, koleksi Musim Luruh/Sejuk 2026 Carlo Rino akan dilancarkan tidak lama lagi. Terus nantikan perkembangan terkini melalui saluran media sosial rasmi dan butik Carlo Rino.

