Ikuti Kami:

Rafizi Dan Nik Nazmi Mengosongkan Kerusi Ahli Parlimen Kuat Kuasa Hari Ini

Rafizi Dan Nik Nazmi Mengosongkan Kerusi Ahli Parlimen Kuat Kuasa Hari Ini

Foto : Surat Peletakan Jawatan Sebagai Ahli Parlimen (Sumber Foto FB : Rafizi Ramli & Nik Nazmi)

KUALA LUMPUR – Industri politik tanah air dikejutkan dengan pengumuman peletakan jawatan serta-merta oleh dua tokoh utama Pakatan Harapan (PH), Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Pandan dan Setiawangsa. Melalui satu kenyataan bersama yang dikeluarkan, kedua-dua pemimpin tersebut mengesahkan bahawa surat rasmi mengenai peletakan jawatan mereka telah pun dihantar kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. Tindakan mengosongkan kerusi Parlimen P0100 (Pandan) dan P0118 (Setiawangsa) ini diambil berikutan keputusan mereka untuk meneroka agenda politik baharu yang berbeza daripada haluan sebelum ini.

Menyedari tanggungjawab moral terhadap sokongan rakyat, mereka menegaskan bahawa memulangkan kembali mandat kepada para pengundi merupakan satu langkah yang paling tepat dan terhormat. Ini memandangkan kedua-dua penyandang tersebut telah dipilih oleh rakyat di atas tiket Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas. Dalam kesempatan yang sama, Rafizi dan Nik Nazmi menzahirkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh pengundi di parlimen Pandan dan Setiawangsa atas kepercayaan yang diberikan untuk mewakili suara mereka di Dewan Rakyat selama dua penggal berturut-turut.

Bagi memastikan kebajikan masyarakat setempat tidak terabaikan pasca-peletakan jawatan ini, mereka memberi jaminan bahawa Pusat Khidmat Rakyat di kedua-dua parlimen berkenaan akan tetap beroperasi seperti biasa untuk menyalurkan sebarang bentuk bantuan dan khidmat masyarakat. Di samping itu, kedua-dua tokoh politik ini turut membayangkan hala tuju masa depan mereka dengan mengumumkan hasrat untuk kembali bertanding di parlimen Pandan dan Setiawangsa. Bagaimanapun, bagi saingan pilihan raya yang akan datang, mereka bakal membawa cabaran baharu dan bertanding di bawah platform parti atau pakatan yang dikenali sebagai BERSAMA.

Loading...