Ikuti Kami:

Philips Cipta Rekod Baharu Malaysia Book of Records: Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Sejam

Philips Cipta Rekod Baharu Malaysia Book of Records: Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Sejam

KUALA LUMPUR, 28 Julai 2026 – Philips Domestic Appliances Malaysia mencipta sejarah baharu dalam bidang peralatan rumah moden apabila berjaya menggosok 49 helai kemeja sekolah dalam tempoh 60 minit di Harvey Norman Mid Valley KL Flagship Store. Kejayaan ini secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi kategori “Kemeja Sekolah Terbanyak Berjaya Digosok dalam Tempoh Sejam 2026”.

Pencapaian ini digapai menerusi penggunaan model seterika PerfectCare Steam Generator (PSG) 8000 series yang telah dinaiktaraf, di mana ia berupaya mengurangkan masa menggosok sehingga hampir separuh berbanding kaedah biasa.


Foto Puan Patt Sue Ann, Pengarah Komersial Philips Domestic Appliances Malaysia

Pengarah Komersial Philips Domestic Appliances Malaysia, Patt Sue-Ann menyatakan bahawa inovasi ini bertujuan membantu meringankan beban tugas harian keluarga di Malaysia yang sentiasa sibuk. Beliau menambah bahawa memberi tumpuan kepada pakaian seragam sekolah amat bermakna memandangkan Kementerian Pendidikan Malaysia menganggarkan terdapat kira-kira lima juta murid bersekolah di seluruh negara.


Foto Ketua Pegawai Operasi (COO) Malaysia Book of Records, Jwan Heah, dan Pegawai Rasmi, Megat Faris Megat Muzzafar Shah, sedang memeriksa kemeja-kemeja yang telah digosok

Percubaan mencatat rekod tersebut disempurnakan oleh Perunding Kreatif dan Penggaya Fesyen, Nik Erwan Nik Roseli (“Ironman” Philips). Berbekalkan 20 tahun pengalaman mengendalikan pelbagai fabrik, Nik Erwan berjaya menyiapkan sehelai kemeja sekolah dalam masa tidak sampai satu minit.


Foto Nik Erwan Nik Roseli, Perunding Kreatif dan Penata Gaya bagi percubaan Philips mencipta rekod dalam The Malaysia Book Records

Seterika Philips PerfectCare Steam Generator (PSG) 8000 series dilengkapi dengan pelbagai ciri utama yang canggih, termasuk kadar wap berkuasa tinggi yang mengeluarkan wap 215g/seminit serta lonjakan wap antara 750g hingga 850g. Selain itu, ia dikuasakan oleh Teknologi OptimalTemp yang mengalirkan wap serta-merta apabila digerakkan dan dijamin tidak membakar fabrik. Rekaan fleksibel seterika ini membolehkan ia digunakan secara mendatar mahupun menegak, disokong oleh tangki air boleh tanggal berkapasiti 1.4 liter. Bagi mengutamakan keselamatan pengguna, seterika ini turut mempunyai fungsi pemadaman automatik secara kendiri jika tidak digunakan dalam tempoh 4 minit.

Turut hadir menilai dan mengesahkan rekod ini ialah jurucakap Malaysia Book of Records, Megat Faris Megat Muzzafar Shah, serta Penolong Pengurus Besar Bahagian Peralatan Elektrik Kecil & Penjagaan Diri Harvey Norman Malaysia, Yvonne Chin. Acara ini juga disaksikan oleh barisan selebriti dan pempengaruh tempatan seperti Norreen Iman, Catriona Ross Bahrin, dan Kenzo Katarmo.

Loading...