Ikuti Kami:

Pesta Muzik D.I.Y Terbesar! JABAT ERAT Gegar OdeonKL Jun Ini, Himpun Lebih 20 Band Tempatan & Antarabangsa

Pesta Muzik D.I.Y Terbesar! JABAT ERAT Gegar OdeonKL Jun Ini, Himpun Lebih 20 Band Tempatan & Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Peminat muzik dan pencinta seni tempatan pastinya sudah tidak sabar menantikan ketibaan bulan Jun ini! Rockstation Event & Entertainment Sdn. Bhd. baru-baru ini telah melancarkan festival Jabat Erat (Festival Kesenian Frinjan), sebuah gerakan komuniti berteraskan semangat seni bebas (independent) dan budaya D.I.Y yang akan menggegarkan ibu kota.

Berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula Jumaat, 5 Jun hingga Ahad, 7 Jun 2026, Jabat Erat bakal menjadi acara perasmian tidak rasmi bagi meraikan pembukaan semula pawagam ikonik OdeonKL, yang kini berwajah baharu sebagai pusat tumpuan budaya Fringe Arts.

Pesta Muzik D.I.Y Terbesar! JABAT ERAT Gegar OdeonKL Jun Ini, Himpun Lebih 20 Band Tempatan & Antarabangsa

Pengarah Urusan Rockstation Event & Entertainment Sdn. Bhd., Mozylir Mokhtarudin, menegaskan bahawa Jabat Erat bukan sekadar penganjuran konsert atau festival biasa. Ia adalah manifestasi kepada budaya D.I.Y, di mana segala aspek berkaitan muzik seperti pengeluaran rekod (vinyl, kaset, CD), penghasilan merchandise, perancangan jelajah band, hinggalah kepada proses jualan dilaksanakan sendiri oleh pengkaryanya.

“Ini adalah hab rangkaian untuk Malaysia, Asia Tenggara, dan seluruh dunia. Kita satukan penganjur independent, venue, peminat, band, label rakaman, barisan artis ‘otai’, serta emerging bands (band baharu) dalam pelbagai rentak muzik ‘rock and roll’,” jelas Mozylir dengan penuh bersemangat.

Selain memupuk penglibatan belia dalam persekitaran hiburan yang selamat dan raw, festival ini disasarkan menjadi jambatan pertukaran budaya seni antarabangsa, di samping menggilap bakat homegrown untuk diperkenalkan ke persada dunia. Jabat Erat juga akan menampilkan usahawan bebas dan perniagaan tempatan bagi memeriahkan suasana.

Pesta Muzik D.I.Y Terbesar! JABAT ERAT Gegar OdeonKL Jun Ini, Himpun Lebih 20 Band Tempatan & Antarabangsa

Tidak kira apa jua selera muzik anda, daripada Punk, Grunge, Shoegaze, Hardcore, hinggalah ke Electro Pop—Jabat Erat menjanjikan seleksi muzik umpama ‘mixtape’ kegemaran anda. Lebih daripada 20 persembahan artis dari dalam dan luar negara telah disenaraikan. Antara nama-nama antarabangsa yang menjadi tarikan utama termasuklah Yellow Fang (Thailand), Dom 65 (Indonesia), Megumi Acorda (Filipina), dan Coaltar of the Deepers (Jepun).

Selain itu, band-band dan artis indie tempatan seperti Faye Faire, Bayangan, Tripping Haze Ceremony, The Impatient Sisters, Hawa, Amrita Soon, dan ramai lagi turut dijangka memanaskan pentas OdeonKL kelak.

Dalam satu perkembangan berkaitan, penganjuran Jabat Erat turut menyaksikan termeterainya kerjasama strategik antara pihak lokasi, OdeonKL, bersama platform penyedia tiket, LOKÉT. LOKÉT akan bertindak sebagai Rakan Rasmi Tiket bagi memastikan proses pembelian dan pengurusan acara yang lebih lancar dan bersistematik untuk para peminat.

Pesta Muzik D.I.Y Terbesar! JABAT ERAT Gegar OdeonKL Jun Ini, Himpun Lebih 20 Band Tempatan & Antarabangsa

Pengarah ODEON KL, Puan Zarimah Mohamed, menyifatkan kolaborasi jangka panjang ini sebagai satu inisiatif mampan dalam membantu memperkukuhkan ekosistem industri kreatif tempatan menerusi integrasi teknologi tinggi dan analisis data.

Bagi mereka yang tidak mahu melepaskan peluang merasai kehangatan pesta D.I.Y terbesar ini, tiket Pra-jualan kini ditawarkan bermula dari RM118 hingga RM218, manakala tiket Jualan Umum dijual pada harga RM138 hingga RM238. Tempahan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web rasmi di www.jabaterat.com.my. Simpan tarikh ini dan jangan lepaskan peluang anda!

Loading...