Percutian & Kerja Dalam Satu Klik! Mercure Kuala Lumpur Glenmarie Tawar Pakej ‘Staycation’ Berbaloi
- oleh Editor MYBUZZ
- 6 Jun 2026 1:15 pm
SHAH ALAM – Menghampiri musim percutian dan hari minggu, pencarian lokasi ‘staycation’ yang ideal serta mesra keluarga pastinya menjadi agenda utama bagi warga kota. Memahami kehendak tersebut, Hotel Mercure Kuala Lumpur Glenmarie kini tampil menawarkan dua promosi penginapan eksklusif yang direka khas untuk memenuhi keperluan percutian keluarga serta pengembara perniagaan moden.
Bagi mereka yang merancang percutian bersama anak-anak, pakej “Famtastic Getaway” dilihat sebagai pilihan terbaik untuk meluangkan masa berkualiti.

Pakej yang direka khusus untuk seisi keluarga ini menawarkan sarapan harian percuma untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak berumur di bawah tujuh tahun. Bukan itu sahaja, bagi memastikan anak-anak sentiasa terhibur, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan sepanjang penginapan termasuklah bengkel seni dan kraf serta aktiviti menghias kek cawan.
Pakej menarik ini turut dilengkapi dengan diskaun sebanyak 20 peratus bagi hidangan à la carte di semua premis makanan dan minuman (F&B) hotel, selain kemudahan tempat letak kenderaan dan akses Wi-Fi secara percuma. Tempoh penginapan dan tempahan bagi promosi keluarga ini bermula dari 28 Ogos sehingga 6 September 2026.

Sementara itu, buat golongan profesional dan korporat yang mementingkan fleksibiliti, hotel yang terletak di Shah Alam ini turut memperkenalkan pakej “Stay 24 Hours – Your Time, Your Rules”.
Pakej yang menawarkan tempoh penginapan penuh selama 24 jam ini membolehkan tetamu menguruskan waktu daftar masuk dan daftar keluar mengikut keselesaan jadual kerja mereka sendiri.
Sepanjang penginapan 24 jam tersebut, tetamu bakal menikmati akses penuh kepada kemudahan hotel, internet Wi-Fi berkelajuan tinggi, serta potongan diskaun 20 peratus untuk sarapan pagi, menu à la carte, dan juga pesanan khidmat bilik (room service).
Promosi istimewa yang memberikan kebebasan mutlak buat pengembara moden ini dibuka untuk tempahan dan penginapan bermula dari 6 Mei sehingga 31 Ogos 2026. Terletak strategik di Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Shah Alam, kedua-dua tawaran hebat daripada Mercure Kuala Lumpur Glenmarie ini boleh ditempah secara terus menerusi laman web rasmi ALL.com.


