Ikuti Kami:

Naturals by Watsons Lancar Rangkaian Manggis Edisi Terhad, Angkat Khazanah Tempatan Sempena Merdeka

Naturals by Watsons Lancar Rangkaian Manggis Edisi Terhad, Angkat Khazanah Tempatan Sempena Merdeka

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, jenama penjagaan diri “Naturals by Watsons” melancarkan siri produk edisi terhad berasaskan manggis yang diinspirasikan daripada “Ratu Buah-Buahan” tempatan pada 11 September lalu.

Pelancaran yang bertepatan dengan kemuncak musim manggis ini menggabungkan kebaikan bahan semula jadi tempatan bersama kekayaan warisan budaya menerusi rangkaian penjagaan kulit dan acara khas bercirikan Malaysia.

Naturals by Watsons Lancar Rangkaian Manggis Edisi Terhad, Angkat Khazanah Tempatan Sempena Merdeka

97% bahan semulajadi, rangkaian Mangosteen Naturals by Watsons tawar kelembapan sehingga 72 jam.

 

Formulasi Semula Jadi & Kelembapan 72 Jam

Rangkaian terbaharu ini diformulasikan menggunakan 97 peratus bahan bersumberkan alam semula jadi dan diperkaya dengan ekstrak manggis yang tinggi sifat antioksidan untuk melindungi serta menyuburkan kulit.

Produk ini berupaya memberikan kelembapan berpanjangan sehingga 72 jam bagi memastikan kulit kekal segar dan sihat. Koleksi Manggis ini menawarkan rangkaian lengkap penjagaan diri harian:

  • Gel mandian (shower gel).
  • Losen badan (body lotion).
  • Semburan badan (body mist).
  • Set saiz perjalanan (travel size) yang mengandungi gel mandian dan losen badan.

Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia, Danny Hoh berkata, langkah mengangkat buah manggis ke dalam pentas kecantikan membolehkan rakyat Malaysia menikmati khasiat semula jadi ikon tropika berkenaan dalam rutin harian mereka.

Pihaknya berbangga dapat membawakan kisah identiti tempatan menerusi cara yang relevan dan menarik buat pelanggan.

Naturals by Watsons Lancar Rangkaian Manggis Edisi Terhad, Angkat Khazanah Tempatan Sempena Merdeka

Dari Kebun Ke Rutin Kecantikan, Naturals by Watsons Angkat Potensi Manggis Malaysia. – Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia, Danny Hoh

 

Sentuhan Seni Warisan & Acara Khas KL DEX

Bagi menyerlahkan lagi elemen kebudayaan Malaysia, Naturals by Watsons bekerjasama dengan ilustrator tempatan, Wonders of Eqa, untuk mereka bentuk pembungkusan edisi terhad eksklusif. Rekaan pembungkusan tersebut menampilkan motif seni tradisional seperti corak kain sarung dan permainan wau.

Selain itu, Watsons turut menjalin kerjasama dengan KL DEX menerusi penganjuran acara Durian & Mangosteen Eating Party sempena Hari Malaysia pada 16 September. Menerusi acara di KL DEX ini, pengunjung berpeluang menikmati gabungan “Raja Buah” (durian) dan “Ratu Buah” (manggis) segar sambil mencuba tekstur serta keharuman siri produk Manggis ini.

 

Naturals by Watsons Lancar Rangkaian Manggis Edisi Terhad, Angkat Khazanah Tempatan Sempena MerdekaBawa pulang keunikan Malaysia dengan rangkaian kecantikan Manggis edisi terhad.

 

Tawaran Eksklusif & Harga Mampu Milik

Rangkaian edisi terhad Naturals by Watsons Mangosteen kini boleh didapati secara eksklusif di seluruh cawangan Watsons Malaysia dan portal dalam talian pada harga bermula RM23.90.

Bagi menghargai pembeli, pelanggan yang berbelanja RM40 dan ke atas untuk siri Manggis ini berpeluang menerima patung plushie emoji Manggis percuma yang diberikan secara rawak selagi stok masih ada.

Loading...