Ikuti Kami:

Kempen ‘Cherish Reunions’: AEON MALL Saji Keunikan Perayaan Kuih Bulan, Sokong Aspirasi Visit Malaysia 2026

Kempen ‘Cherish Reunions’: AEON MALL Saji Keunikan Perayaan Kuih Bulan, Sokong Aspirasi Visit Malaysia 2026

BUKIT TINGGI – Rangkaian pusat membeli-belah terkemuka, AEON MALL merancakkan lagi suasana sambutan perayaan tempatan menerusi pelancaran Kempen Pesta Kuih Bulan 2026 bertemakan “Cherish Reunions” bertempat di AEON MALL Bukit Tinggi.

Inisiatif yang berlangsung dari 23 Julai hingga 25 September 2026 ini dijayakan menerusi kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia serta jenama terkemuka seperti JDX, Tea Garden, Souper Tang, dan UOB.

Penganjuran ini dilaksanakan sejajar dengan persediaan menyokong kempen Visit Malaysia 2026 bagi mengetengahkan sambutan Pertengahan Musim Luruh sebagai warisan kebudayaan yang unik kepada rakyat tempatan dan pelancong antarabangsa.

Kempen 'Cherish Reunions': AEON MALL Saji Keunikan Perayaan Kuih Bulan, Sokong Aspirasi Visit Malaysia 2026

Sinergi Budaya & Tarikan Pelancongan

Pesta Kuih Bulan kali ini menterjemahkan komitmen AEON MALL sebagai pusat gaya hidup sekeluarga yang tidak hanya berfokus kepada sektor peruncitan, malah bertindak sebagai ejen perpaduan komuniti.

Menerusi jalinan kerjasama bersama Tourism Malaysia, keunikan kepelbagaian rasa kuih bulan tradisi dan moden dijadikan antara elemen untuk memperlihatkan keharmonisan serta kekayaan budaya Malaysia di persada antarabangsa.

Kempen 'Cherish Reunions': AEON MALL Saji Keunikan Perayaan Kuih Bulan, Sokong Aspirasi Visit Malaysia 2026

Tawaran Eksklusif & Pakej Ganjaran Pengunjung

Bagi menyemarakkan sambutan, AEON MALL turut menawarkan pelbagai program ganjaran dan promosi menarik buat para pengunjung di cawangannya seluruh negara sepanjang tempoh kempen:

  • Set Hadiah AEON MALL x Souper Tang: Ahli AEON atau pemegang kad UOB yang berbelanja RM400 (atau RM600 bagi bukan ahli) menerusi maksimum tiga resit gabungan pada hari yang sama layak menebus Set Hadiah Teh Bunga (Floral Tea Gift Set).
  • Peraduan Tea Garden Spend & Win: Pengbelanjaan minimum RM30 dalam satu resit melayakkan pembeli menyertai peraduan cabutan bertuah untuk memenangi Set Hadiah Kuih Bulan Edisi Terhad yang disediakan buat 50 pemenang.
  • Keistimewaan Pemegang Kad UOB: Pembelian kuih bulan bernilai RM150 ke atas dengan menggunakan kad UOB layak menerima Baucar Hadiah AEON bernilai RM20.

Di samping penawaran hadiah dan barangan perayaan, pelbagai acara sampingan seperti bengkel kraf kebudayaan dan perarakan tanglung turut diadakan di cawangan terpilih bagi memastikan pengunjung dapat merasai pengalaman perayaan yang meriah dan bermakna bersama keluarga.

Loading...