Ikuti Kami:

Misi Cari Permata Tersembunyi Bermula, Astro Perkenal Borneo Rising

Misi Cari Permata Tersembunyi Bermula, Astro Perkenal Borneo Rising

KUALA LUMPUR – Industri hiburan tanah air bakal digoncang dengan ledakan bakat baharu dari Timur Malaysia menerusi program realiti nyanyian terbaharu, Borneo Rising, terbitan gergasi penstriman dan penyiaran Astro.

Platform pencarian bakat berskala besar yang dianjurkan sepenuhnya dari Sabah ini bermatlamat untuk mencungkil, membimbing, dan mengangkat suara-suara tersembunyi anak-anak Borneo ke pentas pengiktirafan nasional mahupun antarabangsa.

Pentas Mega Dari Penampang, Kemunculan Pengacara & Juri Sensasi

Program terbaharu ini bakal memulakan siaran sulungnya pada 6 September 2026, bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146). Penonton juga boleh menyaksikan persaingan ini menerusi penstriman On Demand di Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

Pertandingan lapan minggu ini bakal memuncak pada konsert akhir yang dijadualkan berlangsung pada 25 Oktober 2026, secara langsung dari ITCC Mall, Penampang, Sabah.

Misi Cari Permata Tersembunyi Bermula, Astro Perkenal Borneo Rising

Borneo Rising tampil Zizan, Sherry, Noh Salleh, Marsha dan Shila Amzah sebagai taruhan utama.

 

Menambah kemeriahan suasananya, Borneo Rising menampilkan gandingan duo ikonik pengacara popular tanah air, Zizan Razak dan Sherry Alhadad. Sementara itu, tugas penjurian pula dipertanggungjawabkan kepada barisan bintang berprestij seperti vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh; finalis Akademi Fantasia yang juga pemilik vokal terbaik, Marsha Milan; serta penyanyi berkelas antarabangsa, Shila Amzah.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, program ini disifatkan sebagai satu penghormatan terhadap kesenian warisan budaya, genre muzik, dan semangat kreatif di Sabah serta Sarawak.

Beliau menegaskan bahawa menerusi gabungan latihan dan persembahan langsung, Borneo Rising akan menjadi medan terbaik melahirkan nama yang dikenali di peringkat nasional dan antarabangsa.

Format Penjurian Sengit & Kerjasama Strategik

Mengenai sistem pemarkahan, Borneo Rising menetapkan 80 peratus markah di bawah penentuan juri profesional, manakala 20 peratus lagi adalah hasil undian langsung penonton. Barisan juri turut diberi kuasa imuniti untuk menyelamatkan peserta pilihan serta menetapkan pusingan battle bagi memutus nasib mana-mana peserta yang berada di kedudukan bahaya.

Juara utama bakal membawa pulang pakej ganjaran hebat merangkumi sebuah single baharu beserta video muzik, pembangunan kandungan digital, sokongan pemasaran merentas platform TV, radio dan digital Astro, serta wang tunai dan trofi sumbangan Astro.

Program ini dibawakan khas oleh CelcomDigi selaku penaja utama, disokong oleh RTM sebagai rakan penyiar strategik, Astro Gempak sebagai rakan digital, serta ERA, ERA Sabah dan ERA Sarawak sebagai rakan radio rasmi.

Bukan Sembarangan! Profil 12 Permata Borneo Serba Boleh

Pentas Borneo Rising menyaksikan kehangatan saingan 12 peserta terbaik dari Sabah dan Sarawak yang memiliki latar belakang profesion dan kisah hidup yang sungguh mengagumkan. Jom kenali dengan lebih dekat peserta pilihan :

Misi Cari Permata Tersembunyi Bermula, Astro Perkenal Borneo Rising

  • Dabra (35 tahun, Likas, Sabah): Merupakan seorang jururawat berpengalaman selama 14 tahun, ibu kepada seorang anak berusia 9 tahun, serta komposer dan penyanyi di Sabah dengan lebih 10 lagu ciptaan sendiri. Juara Sugandoi Peringkat Negeri 2019 ini juga dijadualkan berkolaborasi dengan penyanyi dari Okinawa, Jepun.

Misi Cari Permata Tersembunyi Bermula, Astro Perkenal Borneo Rising

  • Petrova (20 tahun, Papar, Sabah): Pelajar ijazah bioteknologi sepenuh masa di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan anak kepada pasangan doktor perubatan. Beliau merupakan Juara Sugandoi Edisi Inanam, finalis Unduk Ngadau Papar 2026, serta pernah membuat persembahan di Bintang Sudirman Universe 2026.

Misi Cari Permata Tersembunyi Bermula, Astro Perkenal Borneo Rising

  • Syukri (25 tahun, Kinabatangan, Sabah): Merupakan pengusaha SA Barbershop dengan pengalaman gunting rambut 4 tahun dan tukang pasang piring Astro. Beliau yang mempunyai latar belakang nasyid sekolah pernah menjuarai Anugerah Khas mencipta lagu etnik Sungai seluruh Sabah dan sangat rapat dengan abangnya yang merupakan OKU.

Misi Cari Permata Tersembunyi Bermula, Astro Perkenal Borneo Rising

  • Afiq (24 tahun, Sandakan, Sabah): Pemuda berketurunan Brunei yang mula aktif menyanyi sejak sekolah rendah. Kini diserap sebagai bakat di bawah AJ Production menerusi program Bintang Suara Impian, beliau sudah melahirkan tiga buah lagu single termasuk lagu utama bertajuk ‘Aku’.

Misi Cari Permata Tersembunyi Bermula, Astro Perkenal Borneo Rising

  • Joy (23 tahun, Sandakan, Sabah): Penyanyi busker dari kumpulan ID Sandakan Mawar Buskers yang juga usahawan sambal dan influencer. Beliau merupakan finalis tempat ke-6 Bintang RTM 2024 dan mempunyai 3 single ciptaan sendiri.

Misi Cari Permata Tersembunyi Bermula, Astro Perkenal Borneo Rising

  • Harvard (23 tahun, Penampang, Sabah): Pembantu Perubatan di Hospital Picasso, Petaling Jaya yang berkebolehan bermain gitar serta piano. Anak tunggal yang meminati genre Jazz dan Soul ini merupakan finalis pertandingan Sugandoi Negeri Sabah.

Misi Cari Permata Tersembunyi Bermula, Astro Perkenal Borneo Rising

  • Rizzani (22 tahun, Tawau, Sabah): Mempunyai perwatakan happy-go-lucky dan gemar memasak serta berlakon. Beliau merupakan juara Pertandingan Nyanyian Mega Food Festival April 2026 dan Balong Food Festival Mei 2026.

Misi Cari Permata Tersembunyi Bermula, Astro Perkenal Borneo Rising

  • Jecinta (23 tahun, Miri, Sarawak): Bertugas sebagai barista di Time Square Miri dan memegang Sijil Hospitaliti (Pastri) dari IKBN Miri. Mula menyanyi seawal usia 5 tahun, beliau berkebolehan memetik gitar dan pernah menjuarai pertandingan lagu Iban di Boulevard Hyper.

Misi Cari Permata Tersembunyi Bermula, Astro Perkenal Borneo Rising

  • Harris (22 tahun, Kuching, Sarawak): Berpengalaman luas di pentas pertandingan realiti seperti Bintang Kecil RTM, Ceria All Stars, I Can See Your Voice, dan Bintang RTM 2024. Beliau pernah beraksi di pentas mega SUKMA 2024 serta Hari Sarawak 2024 bersama Hafiz Suip.

Misi Cari Permata Tersembunyi Bermula, Astro Perkenal Borneo Rising

  • Aadel (30 tahun, Kuching, Sarawak): Pemilik kedai makan di Jalan Astana, pengusaha katering, serta petarung Muay Thai. Memiliki Diploma Elektrik, beliau pernah bekerja sebagai steward kapal dan melalui dugaan hidup tidur di surau di Sibu tanpa wang makan.

Misi Cari Permata Tersembunyi Bermula, Astro Perkenal Borneo Rising

  • Faris (34 tahun, Kuching, Sarawak): Bekas protege Aizat Amdan dalam Mentor 7 dan semi-finalis Getaran Jiwa TVS. Pernah menggunakan hasil busking untuk menyara keluarga, beliau kini aktif berlakon drama TVS dan tampil dengan single berjudul ‘Angguk’.

Misi Cari Permata Tersembunyi Bermula, Astro Perkenal Borneo Rising

  • Michelle (18 tahun, Landu, Sarawak): Pelajar STPM di SMK Wira Penrissen yang aktif menyertai pelbagai pertandingan nyanyian. Juara Pesta Benak Idol 2024 ini juga aktif dalam acara kebudayaan Bidayuh dan menyertai Miss Tourism Dayung Gawea Tematu 2026.

Dengan himpunan bakat serba boleh dan jalan cerita yang menginspirasikan, Borneo Rising bakal menjanjikan satu fenomena baharu industri hiburan tanah air. Jangan lupa saksikan siaran sulungnya pada 6 September ini!

Loading...