PETALING JAYA — Jenama terkemuka dari Sweden yang terkenal dengan produk gaya hidup aktif, Thule, telah mengadakan Thule Expo 2026 bertempat di JioSpace, Petaling Jaya baru-baru ini. Acara berprestij ini berjaya menghimpunkan seramai 180 tetamu yang merangkumi 80 pengedar rantau Asia Pasifik, rakan perniagaan tempatan, serta wakil media bagi memperkukuhkan lagi pengaruh jenama tersebut di rantau ini.

Pelan jangka panjang Thule di Malaysia menerusi pengedaran ini turut melibatkan peluasan jejak kaki (footprint) produk yang merangkumi pelbagai kategori gaya hidup baharu. Selepas bertapak selama 26 tahun di pasaran tempatan, Thule komited untuk terus memperkenalkan rangkaian produk yang lebih luas selain daripada barangan pengembaraan tradisional merentas pelbagai kategori gaya hidup moden.

Majlis peluncuran ini turut diserikan dengan ucapan pembukaan oleh Naib Presiden Jualan Thule, Daniel Larsson, serta demonstrasi langsung produk oleh Pengurus Produk, Ahmad, yang mengetuai pertunjukan peralihan kerusi keselamatan bayi kepada sistem kereta sorong. Barisan produk inovatif yang diketengahkan merangkumi koleksi kerusi keselamatan baharu yang dinanti-nantikan iaitu Thule Maple, Thule Elm, dan Thule Palm.

Selain itu, Eugene Wong selaku Wakil Pengedar Utama Jenama Thule Malaysia daripada TSEA Lifestyle Sdn Bhd, di mana beliau berkongsi strategi perniagaan syarikat dalam melindungi margin keuntungan peruncit tempatan. Menurut beliau, penekanan diberikan kepada usaha menawarkan lebih banyak elemen nilai tambah serta pengalaman pelanggan yang premium, sekali gus membolehkan pihak peruncit mengekalkan margin keuntungan yang sihat tanpa perlu bergantung kepada strategi diskaun harga.
Dari aspek penawaran harga, barisan produk kerusi keselamatan kanak-kanak ini bermula pada harga sekitar RM1,790 dan kesemuanya telah lulus piawaian serta diluluskan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pengesahan ini memberikan keyakinan penuh kepada pengguna tempatan terhadap aspek keselamatan bertaraf antarabangsa memandangkan undang-undang di Malaysia mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan untuk kanak-kanak.
Ia sebahagian daripada strategi penembusan pasaran yang agresif, Eugene Wong turut menjelaskan bahawa Thule memperkukuh kerjasama dengan pelbagai jenama automotif utama, barangan bayi, serta sebagai rangkaian pusat sehenti di seluruh negara. Selain itu, beliau turut merancang pembukaan cawangan atau outlet baharu di Klang Valley bagi merapatkan lagi jurang akses kepada pelanggan menjelang penghujung tahun.
Selain mengetengahkan inovasi kerusi keselamatan kanak-kanak (child seat) yang menjadi tumpuan utama, Thule turut memperluaskan penawaran produk mereka kepada barangan perkhemahan yang fleksibel, beg (bags), serta kategori basikal (bike). Peluasan rangkaian produk ini mencerminkan komitmen berterusan jenama dari Sweden tersebut dalam menyokong gaya hidup aktif pengguna secara menyeluruh. Dengan menggabungkan fungsi praktikal dan reka bentuk moden, Thule terus menjadi pilihan utama bagi keluarga dan individu yang mengutamakan keselamatan, keselesaan, serta gaya semasa meneroka pelbagai aktiviti luar.





