Ikuti Kami:

‘Last Man Standing’! Dato’ Awie Sedia Gegar Stadium Merdeka Raikan 4 Dekad Takhta ‘Raja Rock’

‘Last Man Standing’! Dato’ Awie Sedia Gegar Stadium Merdeka Raikan 4 Dekad Takhta ‘Raja Rock’

KUALA LUMPUR – Legenda rock tanah air, Dato’ Awie bakal mengukir satu lagi lipatan sejarah apabila dijadualkan menggegarkan Stadium Merdeka menerusi penganjuran konsert berskala mega, ‘AWIE ROCK KING – LAST MAN STANDING 2026’.

Konsert epik yang meraikan perjalanan empat dekad karier seninya itu bakal berlangsung di lokasi ikonik tersebut pada 12 September 2026, bermula jam 8.30 malam. Penganjuran bersejarah ini berjaya direalisasikan hasil sentuhan penganjur Bombbay Legend Worldwide dengan kerjasama Ultimate Media.

Dato’ Awie Kembali Ukir Sejarah, Stadium Merdeka Jadi Saksi Konsert Rock Berskala Mega 2026

Pengarah Eksekutif Bombbay Legend Worldwide, Zamberi Shaari atau lebih mesra disapa Bombay berkata, konsert tersebut menjanjikan himpunan elemen muzik, naratif, dan produksi berskala mega di atas satu pentas.

Menurutnya, pemilihan tajuk “Last Man Standing” membawa maksud mendalam yang melambangkan keteguhan teguh Dato’ Awie mengharungi pelbagai fasa, perubahan era, serta transisi daripada penyanyi berkumpulan hingga ke arena solo. Walau apa jua rintangan melanda, figura itu tetap ampuh mempertahankan identiti seninya.

“Sementara itu, gelaran ‘Rock King’ pula melambangkan sumbangan besar Dato’ Awie dalam membawa satu era baharu bagi genre rock di Malaysia, sama ada sebagai penyanyi berkumpulan mahupun solo,” jelas Bombay yang sudah menjalin kerjasama dengan penyanyi itu selama hampir 40 tahun.

Dato’ Awie Kembali Ukir Sejarah, Stadium Merdeka Jadi Saksi Konsert Rock Berskala Mega 2026

Bagi Dato’ Awie sendiri, konsert ini bukanlah sekadar sebuah persembahan biasa, sebaliknya ia merupakan satu refleksi tulus kepada segala jatuh bangun dan evolusi yang ditempuhinya sepanjang bergelar anak seni.

Beliau menzahirkan rasa terharu dengan sokongan padu peminat yang tidak pernah putus sejak awal pembabitannya bersama kumpulan Wings, menelusuri karier solo, sehinggalah ke hari ini. Konsert ini disifatkan sebagai dedikasi istimewa buat peminat dan individu yang sentiasa menyokong legasinya agar terus hidup dan relevan merentasi pelbagai generasi.

Bagi memastikan konsert ini mencapai status sebuah masterpiece, pihak penganjur telah merangka susunan persembahan dengan penuh ketelitian dan perancangan rapi. Setiap elemen dirangka bukan sahaja untuk menghiburkan, malah bagi mencerminkan nilai seni dan legasi Dato’ Awie yang telah bertahan lebih empat dekad dalam industri muzik tanah air.

Dato’ Awie Kembali Ukir Sejarah, Stadium Merdeka Jadi Saksi Konsert Rock Berskala Mega 2026

Antara tarikan utama pada malam konsert tersebut ialah kehadiran barisan penyanyi undangan yang menghimpunkan artis popular daripada generasi lama dan baharu. Setiap artis jemputan akan membawakan karya-karya ikonik Dato’ Awie sebagai tanda penghormatan dan tribute terhadap sumbangan besar beliau dalam dunia muzik rock tempatan.

Konsert ini juga akan menampilkan puluhan pemuzik berkaliber yang terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas serta mempunyai latar belakang genre berbeza seperti rock, pop dan variasi muzik lain. Pendekatan ini membolehkan setiap segmen konsert memiliki identiti tersendiri, sekali gus menjadikan keseluruhan persembahan lebih segar dan dinamik.

Dari segi susunan muzik, repertoir konsert telah dirangka secara teliti bagi membawa penonton menyelusuri evolusi muzik Dato’ Awie daripada era awal hingga ke fasa terkini. Gabungan elemen nostalgia bersama gubahan dan interpretasi baharu dijangka memberikan pengalaman mendalam yang bukan sahaja mengimbau kenangan, malah menawarkan nafas segar kepada karya-karya legenda tersebut.

Dato’ Awie Kembali Ukir Sejarah, Stadium Merdeka Jadi Saksi Konsert Rock Berskala Mega 2026

Harga tiket ditawarkan mengikut pelbagai kategori iaitu bermula dari RM98 (CAT 1), RM148 (CAT 2 & CAT 6), RM298 (CAT 3), RM348 (CAT 4), RM398 (CAT 5), RM448 (CAT 7), RM648 (CAT 8), dan RM1,198 (CAT 9). Pakej tempat duduk eksklusif turut disediakan pada harga RM2,998 untuk Couple Seat dan RM5,998 bagi pakej Table of 4.

Peminat yang ingin menjadi sebahagian daripada sejarah persembahan epik ini sudah boleh mendapatkan tiket menerusi platform rasmi, iLasso Tickets.

Loading...