Ikuti Kami:

Langkah Terhenti! Ani Maiyuni & Viviana Tersingkir, 6 Peserta Mara Ke Separuh Akhir TTMM 2

Langkah Terhenti! Ani Maiyuni & Viviana Tersingkir, 6 Peserta Mara Ke Separuh Akhir TTMM 2

SHAH ALAM – Perjalanan pasangan manager-artist Ani Maiyuni dan Viviana dalam program realiti Talk To My Manager 2 (TTMM 2) terhenti di pertengahan jalan apabila mereka diumumkan tersingkir pada pentas Konsert Minggu kelapan (Suku Akhir) malam tadi.

Keputusan penyingkiran itu menyaksikan hanya enam pasangan yang berjaya menempah tiket untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Pada konsert minggu tersebut, Ani Maiyuni dan Viviana yang ditugaskan membawakan lagu Jai Ho! (You Are My Destiny) nyanyian asal Ar Rahman dan The Pussycat Dolls terpaksa akur apabila berada di kedudukan tercorot, iaitu di tangga ketujuh keseluruhan.

Sementara itu, persembahan memukau daripada pasangan Dato’ A. Aida dan Azeva yang mendendangkan lagu Bad Romance nyanyian Lady Gaga berjaya meletakkan mereka di kedudukan pertama. Kejayaan pasangan manager-artist itu tidak terhenti disitu apabila mereka turut diumumkan sebagai pemenang Anugerah Inspirasi Kasih ‘Eskayvie’ untuk konsert minggu ke-8 dan membawa wang tunai RM2 ribu.

Mengekori rapat di kedudukan kedua pula disandang oleh Jamilulhayat dan Hussain yang menghiburkan penonton dengan lagu That’s What I Like (Bruno Mars). Pasangan manager-artist ini  turut diumumkan sebagai sebagai ‘Manager Paling Perform’ untuk konsert minggu ke-8 TTMM .

Langkah Terhenti! Ani Maiyuni & Viviana Tersingkir, 6 Peserta Mara Ke Separuh Akhir TTMM 2

Selain pasangan Dato’ A. Aida & Azeva dan Jamilulhayat & Husain, empat lagi pasangan yang turut mara ke pentas separuh akhir ialah:

  • Kedudukan Ketiga: Adira dan Anggrek yang menyanyikan lagu Cak Cak Cekuk (Wani Kayrie).
  • Kedudukan Keempat: Pak Azad dan Amarra yang membawakan lagu MWA! (Dolla).
  • Kedudukan Kelima: Safura dan Kim Khairii dengan lagu Good Boy (G-Dragon X Taeyang).
  • Kedudukan Keenam: Dato’ Sri Vida dan Cik B menerusi lagu Aspalela (Saiful Apek).

Konsert minggu kelapan itu mengangkat tema tugasan pengurus iaitu “Malam Ini Ku Ingin Jatuh Cinta”. Menerusi tema ini, kesemua peserta diuji dengan lagu-lagu rancak di mana mereka wajib mempamerkan tarian atau groove sambil menyanyi.

Langkah Terhenti! Ani Maiyuni & Viviana Tersingkir, 6 Peserta Mara Ke Separuh Akhir TTMM 2

Nasib para peserta diadili sepenuhnya oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada dua juri tetap iaitu CP Sarimah Ibrahim dan Dato AC Mizal, serta dibantu oleh penyanyi terkenal Hael Husaini serta Bella Astillah yang diundang sebagai juri jemputan.

Siapa bakal mara ke peringkat akhir TTMM? Sama-sama kita nantikan kejutan dan strategi baharu daripada setiap ‘Manager’ dan artis mereka di pentas Separuh Akhir konsert  TTMM minggu hadapan !

Loading...