Ikuti Kami:

Lagu Tahun Lahir Jadi Penentu! Adam Nazmie Pukau Juri, Sabrina Tersingkir Di Big Stage Minggu Ke-3

Lagu Tahun Lahir Jadi Penentu! Adam Nazmie Pukau Juri, Sabrina Tersingkir Di Big Stage Minggu Ke-3

SHA ALAM : Konsert Minggu 3 Big Stage Rocketfuel malam tadi menyaksikan persaingan sengit dalam kalangan 10 peserta menerusi tugasan bertemakan ‘Timecode’. Menerusi cabaran ini, setiap peserta ditugaskan untuk menyampaikan lagu yang dilancarkan pada tahun kelahiran masing-masing.

Pada malam penentuan tersebut, pasangan adik beradik Adam Nazmie berjaya menempatkan diri mereka di kedudukan teratas, manakala peserta di tangga terbawah, Sabrina, terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pentas Big Stage.

Adam Nazmie membuktikan kehebatan mereka menerusi lagu ‘Raikan Cinta’, nyanyian asal Dato’ M. Nasir yang dilancarkan pada tahun 2001. Persembahan cemerlang itu berjaya memikat hati ketiga-tiga juri yang terdiri daripada Aisha Retno, Akim Ahmad, dan Hael Husaini.

Lagu Tahun Lahir Jadi Penentu! Adam Nazmie Pukau Juri, Sabrina Tersingkir Di Big Stage Minggu Ke-3

Raikan Cinta bawa tuah, Adam Nazmie rangkul gelaran Juara Minggu 3.

 

Mereka meraih markah tertinggi daripada Aisha Retno sebanyak 80 markah, diikuti 73 markah daripada Hael Husaini, dan 70 markah daripada Akim Ahmad. Kutipan angka tersebut membolehkan Adam Nazmie mengumpul markah keseluruhan sebanyak 74.33% untuk mengungguli konsert minggu ketiga.

Mengekori rapat di kedudukan kedua ialah Ranisha yang membawakan lagu tahun 2000 berjudul ‘Against All Odds’, nyanyian asal Westlife bersama Mariah Carey. Ranisha memperoleh markah keseluruhan sebanyak 73.00%, hasil kutipan 79 markah daripada Hael Husaini, 75 markah daripada Aisha Retno, dan 65 markah daripada Akim Ahmad.

Tempat ketiga pula menjadi milik Qilo dengan kutipan markah sebanyak 69.67% menerusi lagu ‘Generasiku’ nyanyian OAG yang dilancarkan pada tahun 2005. Qilo menerima 72 markah daripada Aisha Retno, 70 markah daripada Hael Husaini, dan 67 markah daripada Akim Ahmad.

Dalam saingan kelompok pertengahan, Hussain menamatkan persembahan di kedudukan keempat dengan jumlah markah 68.33 peratus menerusi lagu ‘Here Without You’ nyanyian kumpulan 3 Doors Down yang diterbitkan pada tahun 2003. Persembahan tersebut memperoleh 69 markah daripada Aisha Retno, 65 markah daripada Akim Ahmad dan 71 markah daripada Hael Husaini.

Lagu Tahun Lahir Jadi Penentu! Adam Nazmie Pukau Juri, Sabrina Tersingkir Di Big Stage Minggu Ke-3

Keputusan penuh markah peserta Big Stage Rocketfuel konsert Minggu ketiga

 

Di tangga kelima pula, Danial Kifli meraih 67.00 peratus hasil persembahan lagu ‘Bukan Cinta Biasa’ nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang dilancarkan pada tahun 2003. Danial menerima 72 markah daripada Aisha Retno, 60 markah daripada Akim Ahmad dan 69 markah daripada Hael Husaini.

Aliff Kimiey pula menduduki tempat keenam dengan jumlah markah 65.67 peratus menerusi lagu ‘Dambaan Pilu’ nyanyian Khai yang diterbitkan pada tahun 2003. Persembahan tersebut berjaya meraih 68 markah daripada Aisha Retno, 64 markah daripada Akim Ahmad dan 65 markah daripada Hael Husaini.

Di kedudukan ketujuh, Danny mengumpul 65.33 peratus selepas membawakan lagu ‘Bintang’ daripada Budak Kaca Mata yang dilancarkan pada tahun 2002. Persembahannya menerima 68 markah daripada Aisha Retno, 62 markah daripada Akim Ahmad dan 66 markah daripada Hael Husaini.

Sementara itu, Rieffa melengkapkan kelompok lapan terbaik apabila berada di tangga kelapan dengan jumlah markah 65.00 peratus. Menerusi lagu ‘Hanya Kau Yang Mampu’ nyanyian Aizat Amdan yang diterbitkan pada tahun 2008, Rieffa memperoleh 65 markah daripada Aisha Retno, 63 markah daripada Akim Ahmad dan 67 markah daripada Hael Husaini.

Di tangga dua terbawah, Yad – Z menduduki tempat kesembilan dengan markah keseluruhan sebanyak 64.00% selepas menyampaikan lagu tahun 1998, ‘Rindu Serindu Rindunya’ nyanyian Spoon. Yad – Z menerima 71 markah daripada Aisha Retno, 57 markah daripada Akim Ahmad, dan 64 markah daripada Hael Husaini.

Lagu Tahun Lahir Jadi Penentu! Adam Nazmie Pukau Juri, Sabrina Tersingkir Di Big Stage Minggu Ke-3

Sabrina berada di tangga terakhir  sekaligus jadi peserta kedua tersingkir di pentas Big Stage Rocketfuel

 

Namun, nasib tidak menyebelahi Sabrina yang berada di kedudukan kesepuluh dan tercorot menerusi lagu ‘Ke Hujung Dunia’ nyanyian asal Siti Sarah yang dilancarkan pada tahun 2002. Beliau terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada persaingan ini apabila hanya meraih markah keseluruhan sebanyak 59.00%. Sabrina menerima markah terendah daripada ketiga-tiga juri, iaitu 64 markah daripada Aisha Retno, 58 markah daripada Hael Husaini, dan 55 markah daripada Akim Ahmad.

Dengan penyingkiran Sabrina, Ranisha kini menjadi satu-satunya peserta wanita yang masih bertahan di pentas Big Stage. Mampukah Ranisha mengungguli konsert minggu hadapan setelah dua kali berada di tempat kedua. Apa pula kejutan yang bakal disajikan minggu hadapan? Sama-sama kita nantikan persaingan yang semakin membara di pentas Big Stage Rocketfuel!

Loading...