Ikuti Kami:

KL Street Arts Festival 2026: Manifestasi Seni dan Muzik di Dataran Merdeka

KL Street Arts Festival 2026: Manifestasi Seni dan Muzik di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR – Siapkan diri anda untuk satu hujung minggu yang penuh dengan warna dan irama! Kuala Lumpur bakal digegarkan dengan penganjuran KL Street Arts Festival 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 20 Jun 2026 (Sabtu) bertempat di Jalan Raja, Dataran Merdeka.

Festival yang mengangkat tema “Ekspresi Muzik Kuala Lumpur” ini menjanjikan pengalaman seni gaya hidup urban yang menyeluruh buat warga kota dan pelancong. Bermula dari jam 12.00 tengah hari sehingga 11.00 malam, Dataran Merdeka bakal bertukar wajah menjadi hub kreativiti yang menyatukan pelbagai lapisan karyawan seni.

Bagi peminat muzik, segmen KL Street Jam pastinya menjadi tarikan utama dengan barisan persembahan hebat daripada nama-nama sepert Baba Andy, Maman Teacher’s Pet, Aru Peruzza, Muzza’s Velvettone dan Artis & Kombo Budaya DBKL.


Foto : Sidang Media KL Street Arts Festival 2026 bersama penganjur dan barisan artis yang terlibat, Dato’ Freddie Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (foto 3 dari kiri berdiri) juga turut hadir.

Selain persembahan pentas utama, suasana festival akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran buskers dan street performers yang akan beraksi di sekitar tapak acara, memberikan getaran muzik jalanan yang cukup santai dan autentik.

KL Street Arts Festival bukan sahaja tentang muzik, malah ia merupakan wadah buat peminat seni visual dan kraf. Para pengunjung boleh menerokai pelbagai aktiviti menarik termasuk Seni Visual iaitu Pameran karya kreatif daripada artis tempatan, Kraftangan & Booth Kraf dimana pengunjung berpeluang mendapatkan barangan buatan tangan yang unik serta Aktiviti Interaktif iaitu pelbagai pengisian seni urban yang melibatkan penyertaan orang ramai.

Bagi mereka yang ingin mendalami ilmu industri kreatif, festival ini turut menyediakan Seminar & Perkongsi Seni. Sesi seminar ini bakal menampilkan tokoh seperti Cheb Ali, Mr Labu, dan Yosh Studio yang sedia berkongsi pengalaman serta inspirasi dalam dunia seni.

Acara berprestij ini mendapat sokongan padu daripada organisasi besar seperti Yayasan Hasanah (yayasan di bawah Khazanah Nasional) dan turut melibatkan kerjasama strategik bersama Warisan KL serta Visit KL.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kehangatan seni jalanan Kuala Lumpur.

Tandakan kalendar anda untuk 20 Jun ini dan marilah kita sama-sama menyokong ekosistem seni tempatan dalam suasana festival yang penuh bertenaga.

Loading...