Ikuti Kami:

Khadam Raih RM1.2 Juta, Catat Kutipan Pecah Panggung Sejak Hari Pertama

Khadam Raih RM1.2 Juta, Catat Kutipan Pecah Panggung Sejak Hari Pertama

KUALA LUMPUR — Industri perfileman tempatan sekali lagi dikejutkan dengan kebangkitan luar biasa sebuah naskhah seram terbaharu, Khadam, yang kini secara rasmi dinobatkan sebagai filem tempatan nombor satu di Malaysia.

Baru sahaja membuka tirai tayangannya di pawagam, filem yang sarat dengan elemen debaran dan seraman ini telah berjaya mengumpul kutipan pecah panggung sebanyak RM1.2 juta. Permulaan yang amat bertenaga ini sekali gus menyaksikan Khadam terus mendominasi carta pawagam di seluruh negara.

Sambutan luar biasa yang diterima ini membuktikan bahawa penonton tempatan sentiasa menghargai naskhah seram yang segar dan berkualiti tinggi. Malah, gelombang sokongan padu ini memperlihatkan satu anjakan positif di mana karya lokal tidak lagi sekadar menjadi pilihan alternatif, sebaliknya menjadi pilihan utama yang mampu mengungguli saingan sengit filem-filem antarabangsa yang ditayangkan serentak.

Khadam Raih RM1.2 Juta, Catat Kutipan Pecah Panggung Sejak Hari Pertama

Sorotan media sosial kini dibanjiri dengan pelbagai reaksi, ulasan positif, serta pujian daripada netizen dan penggiat industri seni sendiri yang menyifatkan Khadam sebagai sebuah penanda aras baharu bagi genre filem seram Malaysia.

Antara ulasan menarik daripada netizen di aplikasi Threads menunjukkan sambutan yang amat positif terhadap filem Khadam. Pengguna @nvst1 menyifatkan filem ini sebagai “beautifully crafted”, menggambarkan kualiti pembikinan yang halus dan terperinci.

Pandangan sama turut dikongsi oleh @my_zurah yang menyatakan sudah tiba masanya untuk filem seram Melayu tampil dengan kualiti sebegini, sambil memuji Khadam sebagai sebuah naskhah yang memenuhi jangkaan tersebut.

Khadam Raih RM1.2 Juta, Catat Kutipan Pecah Panggung Sejak Hari Pertama

Sementara itu, @mohdjayzuan pula melihat Khadam sebagai karya yang bukan sahaja gemilang dalam konteks tempatan, malah berdiri setara dengan filem-filem antarabangsa.

Lebih menarik, @budicitawan mengakui bahawa walaupun elemen seram sememangnya dijangkakan, apa yang benar-benar mengejutkan adalah tahap perhatian terhadap setiap aspek pembikinan filem tersebut.

Sentimen ini diperkukuh lagi oleh @rewanishak yang menegaskan bahawa Khadam merupakan sebuah filem dengan kualiti menyeluruh yang lengkap, daripada segi teknikal mahupun penceritaan.

Khadam Raih RM1.2 Juta, Catat Kutipan Pecah Panggung Sejak Hari Pertama

Bukan sekadar mencuri hati penonton biasa, filem Khadam turut mendapat pengiktirafan hebat daripada pengarah dan pelakon veteran tanah air. Pengarah tersohor negara, Erma Fatima memberikan gred yang tinggi kepada filem ini dan menyifatkannya sebagai “sebuah naskhah yang cukup rasa”.

Sentimen yang sama turut dikongsi oleh pelakon popular, Sofea Jane yang meluahkan rasa kagumnya terhadap kualiti skrip naskhah tersebut. “Rindu buat penulisan yang baik terubat dengan Khadam,” ulas Sofea Jane.

Susulan kejayaan awal ini, pihak penerbit menzahirkan rasa syukur dan penghargaan yang tidak terhingga atas sokongan padu rakyat Malaysia yang menjadi tunjang utama kepada angka kutipan RM1.2 juta berkenaan.

Khadam Raih RM1.2 Juta, Catat Kutipan Pecah Panggung Sejak Hari Pertama

Momentum positif ini dijangka akan terus meningkat menjelang hujung minggu ini, didorong oleh impak tular serta perkongsian yang semakin rancak dalam kalangan netizen. Bagi peminat tegar filem seram, Khadam menjanjikan sebuah pengalaman sinematik yang mendebarkan di samping mengundang pelbagai persoalan untuk dirungkai penonton.

Orang ramai dijemput untuk menyaksikan sendiri misteri yang menjadi bualan hangat ini di pawagam seluruh negara dan merasai sendiri perjalanan cerita yang bakal membuatkan anda terus berfikir walaupun selepas tayangan berakhir.

Jangan lupa untuk terus menyokong filem tempatan dan kongsikan pandangan anda menggunakan tanda pagar #Khadam dan #JanganSampaiJadiTuan. Untuk perkembangan terkini serta kandungan eksklusif, ikuti platform media sosial rasmi Primeworks Studios dan Khadam The Movie.

Loading...