Ikuti Kami:

Durioo+ Belanja ‘Movie’ Percuma Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha!

Durioo+ Belanja ‘Movie’ Percuma Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha!

CYBERJAYA: Cuti penggal persekolahan pertengahan tahun dan sambutan Hari Raya Aidiladha pastinya lebih meriah buat keluarga. Platform penstriman mesra kanak-kanak Muslim, Durioo+, tampil membawakan kempen istimewa “Tonton Movie Percuma di TV” bermula 25 Mei hingga 7 Jun 2026.

Walaupun platform ini kebiasaannya berkonsepkan langganan berbayar, inisiatif ini membenarkan para penonton menikmati beberapa filem animasi popular secara percuma mengikut jadual giliran untuk tempoh yang terhad.

Durioo+ Belanja 'Movie' Percuma Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha!

Cuti sekolah lebih best! Durioo+ bagi akses tontonan filem PERCUMA di TV

 

Antara barisan filem animasi yang ditawarkan adalah Tay The Movie (25 hingga 26 Mei), Bilal The Movie (27 hingga 29 Mei), dan Goldbeak The Movie (30 Mei hingga 1 Jun). Tidak ketinggalan, Cats The Movie (2 hingga 4 Jun) serta karya animasi tempatan kegemaran ramai, BoBoiBoy The Movie dan BoBoiBoy Movie 2 (5 hingga 7 Jun) turut ditayangkan.

Langkah ini menyasarkan untuk menggalakkan lebih ramai keluarga menikmati pengalaman menonton di skrin televisyen bersama-sama di rumah.

Menurut wakil pemasaran Durioo+, musim cuti sekolah dan Aidiladha merupakan waktu yang paling sesuai untuk keluarga berkumpul. Pihaknya mahu menjadikan Durioo+ sebagai ‘Pawagam di Rumah’ pilihan buat keluarga Muslim dengan menawarkan pengalaman tontonan di skrin besar yang selamat, menyeronokkan, dan bermanfaat untuk kanak-kanak.

Pendekatan menjadikan filem blockbuster ini sebagai daya tarikan utama juga merupakan strategi titik mula (entry point) untuk memperkenalkan penonton kepada himpunan kandungan lain. Platform ini padat dengan Durioo+ Originals, siri pendidikan, kartun pilihan, dan hiburan mesra keluarga yang telah ditapis rapi.

Durioo+ Belanja 'Movie' Percuma Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha!

Jangan lepas! BoBoiBoy, Bilal & Lagi kini percuma di Durioo+ untuk tempoh TERHAD!

 

Kempen ini turut diiringi dengan usaha pihak pengurusan yang telah mengoptimumkan serta memperluaskan akses aplikasi Durioo+ di pelbagai jenis peranti penstriman.

Aplikasi ini kini menyokong tontonan melalui Android TV, Apple TV, Roku, Chromecast, Mi Stick, Mi Box, dan Fire TV. Penonton juga boleh mengakses versi Lite pada LG TV dan Samsung TV, atau sekadar menggunakan sambungan HDMI terus ke skrin televisyen.

Pihak Durioo+ yakin bahawa pengalaman menonton di kaca televisyen mampu memupuk interaksi yang lebih sihat dan berkualiti di antara ibu bapa dan anak-anak sepanjang musim percutian ini.

Lebih istimewa, bersempena dengan kempen ini, Durioo+ menawarkan promosi langganan tahunan pada harga runtuh iaitu RM120, menjadikan ia serendah RM10 sebulan. Harga ini ditawarkan untuk tempoh terhad, berbanding harga asalnya iaitu RM19.90 bagi sebulan atau RM140 bagi setahun.

Bagi yang tidak mengenali jenama ini, Durioo+ yang dilancarkan pada Februari 2022 merupakan graduan program pemecut berprestij Y Combinator (W22). Menawarkan platform penstriman atas talian selamat khas untuk kanak-kanak Muslim, aplikasi ini kini memiliki lebih daripada 30,000 kandungan video dan telah berjaya mencatatkan seramai 35,000 pelanggan berbayar sehingga kini.

Loading...