Ikuti Kami:

Dato’ Jalaludin Hassan Kuasai Suku Akhir, Rashdan Baba Dan Maria Tunku Sabri Tersingkir

Dato’ Jalaludin Hassan Kuasai Suku Akhir, Rashdan Baba Dan Maria Tunku Sabri Tersingkir

SHAH ALAM – Pentas Konsert Kilauan Emas Selebriti Minggu Ke-5 (Suku Akhir) malam tadi menyaksikan dominasi mutlak Dato’ Jalaludin Hassan yang berjaya memuncak dalam carta keseluruhan. Dato’ Jalaludin Hassan tampil memukau menerusi lagu klasik Widuri nyanyian asal Bob Tutupoli, sekali gus mengumpul markah tertinggi sebanyak 75.96% daripada barisan juri.

Menyusul di kedudukan kedua, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar memberikan persembahan penuh penghayatan menerusi lagu Epilog Cinta Dari Bromley dengan raihan markah 70.84%.

Persembahan Pembukaan & Juri Jemputan

Konsert Minggu Ke-5 dibuka dengan meriah menerusi persembahan kolaborasi Gelora Cinta dan Mawar Putih Tanda Perpisahan oleh Jamilul Hayat dan Hussain Jamilul Hayat.

Dato' Jalaludin Hassan Kuasai Suku Akhir, Rashdan Baba Dan Maria Tunku Sabri Tersingkir

Hussain bergandingan bersama bapanya Jamilul Hayat pada persembahan pembukaan konsert Kilauan Emas Selebriti peringkat Suku Akhir yang berlansung malam tadi di Auditorium MBSA, Shah Alam.

 

Untuk minggu ini, penyanyi Azmi Saat daripada kumpulan Caliph Busker sekali lagi hadir melengkapi barisan juri sebagai juri jemputan.

Keputusan Rasmi & Senarai Persembahan Minggu Ke-5 (Suku Akhir)

Berikut adalah kedudukan rasmi serta peratusan markah dan lagu tugasan para peserta pada Konsert Minggu Ke-5:

Dato' Jalaludin Hassan Kuasai Suku Akhir, Rashdan Baba Dan Maria Tunku Sabri Tersingkir

Keputusan penuh Konsert Kilauan Emas Selebriti Minggu ke-5. 

 

Persaingan Ternoktah Buat Rashdan Baba Dan Maria Tunku Sabri

Mengusung tema “Lagu Pilihan Kawan-Kawan”, persaingan di peringkat suku akhir ini turut menjadi medan terakhir buat Rashdan Baba dan Maria Tunku Sabri apabila mereka tersingkir.

Persembahan Rashdan Baba menerusi Blues Terengganu Kita (61.18%) serta Maria Tunku Sabri lewat Berdiri Bulu Romaku (57.78%) tidak cukup untuk menyelamatkan posisi mereka di zon berbahaya, sehingga keduanya rasmi terhenti di pentassuku akhir Kilauan Emas Selebriti.

Segmen Bonus & Kemunculan Istimewa

Selain persaingan solo, seluruh peserta tampil bersama membawakan lagu bonus nostalgia karya P. Ramlee & Saloma, Saat Yang Bahagia dan Malam Ku Bermimpi. Suasana panggung semakin meriah lewat segmen ‘Telan Kaset’ yang menampilkan Afee Utopia membawakan Di Sini Pasti dan Maya Percintaan, serta Hatta Junction lewat lagu Akan Ku Kenang.

Dato' Jalaludin Hassan Kuasai Suku Akhir, Rashdan Baba Dan Maria Tunku Sabri Tersingkir

Menjelang babak Separuh Akhir (Semi Final) minggu depan, persaingan dijangka akan berlangsung semakin hebat dan tidak terduga. Dengan konsistensi Dato’ Jalaludin Hassan dan Dato’ Ahmad Tamimi Siregar di papan atas, peserta seperti Zila Bakarin, Amyza Aznan, dan Fazlina Ahmad Daud diperkirakan akan mengambil risiko lebih besar dalam pemilihan susunan vokal untuk merebut tiket ke pentas akhir.

Persaingan di zon tengah yang sangat tipis memperlihatkan bahwa kesalahan kecil dalam penyampaian lagu dapat mengubah susunan keputusan secara mendadak. Siapa bakal melangkah ke finale pentas Kilauan Emas Selebriti 2026? Sama-sama kita nantikan!

Loading...