56 Cawangan dan Terus Berkembang, Ahmad’s Fried Chicken Perkenal Mad’s Sausage
- oleh Editor MYBUZZ
- 4 Apr 2026 11:21 pm
GOMBAK – Jenama ayam goreng tempatan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, Ahmad’s Fried Chicken (Ahmad’s), terus membuktikan penguasaannya dalam pasaran makanan segera dengan pembukaan rasmi cawangannya yang ke-56 di Prima Gombak.
Majlis pelancaran yang penuh bermakna itu telah disempurnakan oleh pengasas jenama berkenaan, Taufik Khairuddin dan Lailatul Sarahjanna Mohd Ismail.Pembukaan outlet terbaharu ini bukan sekadar lambang pelebaran sayap perniagaan, sebaliknya ia turut melakar sejarah dengan pengenalan produk terbaharu mereka iaitu Mad’s Sausage.

Menurut Taufik, pengembangan agresif jenama itu membawa misi yang jauh lebih besar daripada sekadar membuka kedai makan. Beliau menyifatkan langkah ini sebagai satu gerakan untuk memperkasakan penjenamaan lokal.
Beliau menegaskan bahawa setiap outlet Ahmad’s yang dibuka adalah simbolik keupayaan jenama tempatan untuk berdiri setanding dengan jenama antarabangsa, malah mampu berada lebih dekat di hati rakyat Malaysia.
Pemilihan Prima Gombak sebagai lokasi pembukaan outlet ke-56 dibuat berdasarkan tinjauan pasaran yang teliti dan perancangan strategik yang menyeluruh. Kawasan ini dikenal pasti sebagai salah satu hotspot penting dengan potensi besar untuk pertumbuhan jenama Ahmad’s.
Antara faktor utama yang diambil kira adalah kepadatan komuniti setempat yang tinggi, sekali gus menjadikannya kawasan yang aktif dan mempunyai aliran pelanggan yang konsisten. Selain itu, permintaan terhadap sajian makanan segera di kawasan ini juga didapati sangat menggalakkan.
Tambahan pula, Prima Gombak turut memiliki potensi pertumbuhan ekonomi dan demografi yang positif pada masa hadapan, selari dengan strategi Ahmad’s untuk memperkukuhkan kehadiran jenama di kawasan komuniti berimpak tinggi.

Enggan berpuas hati dengan kejayaan menu ayam goreng semata-mata, Ahmad’s mengambil langkah berani untuk memperkukuhkan variasi sajian mereka menerusi pelancaran Mad’s Sausage. Inisiatif ini mencerminkan komitmen jenama tersebut dalam terus berinovasi serta memenuhi cita rasa pelanggan yang semakin pelbagai.
Sosej premium ini diolah khas bagi menampilkan profil rasa yang lebih berani (bold), tekstur yang padat dan juicy, serta kualiti premium yang setanding dengan piawaian menu antarabangsa. Ia dibangunkan dengan penekanan terhadap pengalaman rasa yang mampu meninggalkan impak kepada pelanggan.
Pembangunan produk terbaharu ini turut didorong oleh tiga objektif perniagaan utama. Antaranya ialah menawarkan pilihan sajian alternatif kepada pelanggan yang mahukan kelainan selain ayam goreng, sekali gus memperluaskan tarikan menu sedia ada.
Selain itu, Mad’s Sausage disasarkan untuk menarik minat segmen pasaran yang lebih luas, merangkumi pelanggan dengan cita rasa berbeza. Dalam masa yang sama, langkah ini turut bertujuan meningkatkan nilai ulangan (repeat value) dalam pengalaman pelanggan, seterusnya memupuk kesetiaan jangka panjang terhadap jenama Ahmad’s.
Taufik menambah, inovasi Mad’s Sausage ini hanyalah permulaan ke arah lebih banyak pengenalan produk baharu, kerana mereka mahu pelanggan merasai sendiri pengalaman menikmati hidangan di Ahmad’s yang sentiasa berevolusi mengikut peredaran selera masa kini.
Dengan momentum pertumbuhan yang agresif dan konsisten , disokong oleh produk berkualiti, sistem operasi yang tersusun, serta penjenamaan yang utuh , Ahmad’s kini berada pada landasan yang tepat untuk muncul sebagai salah sebuah jenama F&B lokal yang paling dominan di pasaran Malaysia.
