SEPANG – Cindai Gold Palace membuka cawangan pertamanya di Horizon Square, Sepang, sekali gus menandakan langkah awal jenama barangan kemas itu untuk memperluaskan rangkaian perniagaan melalui model francais.
Majlis pelancaran yang berlangsung pada 31 Oktober lalu turut mendapat perhatian lebih 1,000 peserta yang menyertai cabutan bertuah, termasuk peluang memenangi sebuah BMW G30 530 sebagai hadiah utama.
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Cindai Gold Palace, Dato’ Sri Haji Zainal Omar, berkata pembukaan cawangan pertama itu bukan sahaja memberi peluang kepada pelanggan mendapatkan koleksi barang kemas terkini, malah membuka ruang kepada individu yang berminat untuk menceburi perniagaan emas.

Majlis pelancaran cawangan pertama Cindai Gold Palace di sempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif merangkap pengasas Cindai Gold Palace, Dato’ Sri Haji Zainal Omar (kiri)
Sepang Dipilih Kerana Lokasi Strategik
Menurut Zainal, pemilihan Horizon Square dibuat berdasarkan kedudukannya yang strategik dan berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Beliau berkata syarikat mempunyai aspirasi untuk menjadikan lokasi berkenaan sebagai antara hub pelancongan emas utama di Selangor, sebelum mengembangkan konsep itu ke skala lebih besar di Malaysia.
“Kedudukannya amat strategik serta berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Insya-Allah, kami berhasrat menjadikan lokasi ini sebagai hub pelancongan emas utama di Negeri Selangor khasnya, dan di Malaysia secara amnya,” katanya.
Pemilihan lokasi itu juga selari dengan strategi Cindai Gold Palace untuk mendekati pasaran lebih luas termasuk pelanggan tempatan, pelancong serta golongan yang melihat emas sebagai aset simpanan jangka panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap pengasas Cindai Gold Palace, Dato’ Sri Haji Zainal Omar
Fokus Integriti Dan Pematuhan
Dalam membangunkan perniagaan emas, Cindai Gold Palace turut menekankan aspek pematuhan, integriti dan tadbir urus.
Zainal berkata syarikat komited mematuhi garis panduan pihak berkuasa termasuk Bank Negara Malaysia, Majlis Perbandaran Sepang serta agensi kerajaan berkaitan.
Menurutnya, integriti, tadbir urus telus dan pematuhan undang-undang kekal menjadi antara teras utama dalam operasi perniagaan syarikat.
(Kiri-kanan) Ketua Pegawai Eksekutif merangkap pengasas Cindai Gold Palace, Dato’ Sri Haji Zainal Omar bersama selebriti popular, Zara Zya yang dilantik sebagai duta kempen pemilikan emas Cindai Gold Palace sempena pembukaan cawangan sulung entiti perniagaan tersebut.
Pembelian Emas Digital Semakin Relevan
Cindai Gold Palace turut melihat perkembangan pembelian emas secara digital sebagai antara perubahan penting dalam industri berkenaan.
Zainal berkata kemudahan transaksi digital membolehkan pengguna yang sibuk membuat pembelian dengan lebih pantas, selain menawarkan akses lebih fleksibel tanpa perlu hadir secara fizikal ke premis.
“Pembelian emas secara digital sebenarnya memudahkan pengguna masa kini yang mempunyai kekangan masa untuk membuat transaksi emas secara pantas dan selamat.
“Selain itu, ia juga dapat memberi fleksibiliti serta aksesibiliti tanpa memerlukan pelanggan hadir secara fizikal ke kedai emas,” katanya.
Pada masa sama, syarikat mahu memastikan aspek keselamatan, kepercayaan dan ketelusan terus diberi perhatian dalam setiap transaksi pelanggan.
KLIK! – Menang BMW! Cindai Gold Palace Lancar Kempen Cabutan Bertuah Eksklusif
Pemilikan Emas Bermula RM50
Bagi menarik golongan muda serta pengguna baharu, Cindai Gold Palace turut merancang untuk menjadikan pemilikan emas lebih mudah diakses.
Zainal berkata syarikat mahu membina platform pemilikan emas yang lebih mesra rakyat dengan nilai permulaan serendah RM50.
Langkah itu bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai masyarakat untuk memiliki dan menyimpan emas sebagai aset masa hadapan.

Cindai Gold Palace perkenal model perniagaan emas moden dengan sokongan francais lengkap.
Sasar 10 Cawangan Francais Menjelang 2027
Lebih menarik, Cindai Gold Palace kini sudah menetapkan sasaran untuk membuka sehingga 10 cawangan baharu menjelang 2027 melalui model francais.
Menurut Zainal, pengembangan tersebut dijangka bermula di Johor. Program francais yang dirancang akan menawarkan konsep penyediaan sehingga lima kilogram emas, selain sokongan persediaan premis kepada rakan niaga atau pemegang francais.
“Insya-Allah selepas ini, kami menyasarkan pembukaan sehingga 10 buah cawangan baharu menjelang 2027 menerusi perniagaan francais, bermula dari negeri Johor.
“Kami bakal menawarkan program francais berkonsepkan penyediaan 5 kilogram emas serta sokongan lengkap persediaan premis perniagaan emas bersama rakan niaga atau pemegang francais,” katanya.
Strategi itu menunjukkan Cindai Gold Palace mahu berkembang bukan hanya melalui pembukaan cawangan sendiri, tetapi dengan membina ekosistem usahawan emas yang lebih meluas.

BMW jadi taruhan, Cindai Gold Palace tarik lebih 1,000 penyertaan cabutan bertuah sempena pembukaan rasmi cawangan pertama Cindai Gold Palace di Horizon Square, Sepang.
Lebih 1,000 Penyertaan Cabutan Bertuah
Sambutan terhadap pelancaran pertama itu juga dilihat memberangsangkan apabila promosi pembelian emas 10 gram berjaya menarik lebih 1,000 penyertaan bagi cabutan bertuah.
Selain BMW sebagai hadiah utama, hadiah lain termasuk motosikal dan beberapa hadiah iringan turut ditawarkan kepada pelanggan.
Zainal turut menggalakkan masyarakat melihat emas sebagai sebahagian daripada strategi simpanan jangka panjang dan membina portfolio kewangan yang lebih pelbagai.
Dengan pembukaan cawangan pertama di Sepang, perancangan francais serta fokus terhadap pembelian digital dan akses pemilikan emas yang lebih rendah, Cindai Gold Palace kini memasuki fasa pengembangan yang lebih agresif.


