Gaya

Transformasi Kediaman Impian Kini Lebih Mudah dan Berbaloi Bersama SSFHOME

Oleh

Transformasi Kediaman Impian Kini Lebih Mudah dan Berbaloi Bersama SSFHOME

KUALA LUMPUR – Rumah bukan sekadar tempat berteduh, malah merupakan cerminan gaya hidup, personaliti, dan keselesaan sesebuah keluarga. Memahami hakikat bahawa setiap keluarga berhak memiliki kediaman yang cantik dan selesa tanpa perlu berbelanja di luar kemampuan, jenama kelengkapan rumah terkemuka, SSFHOME, kini melancarkan kempen terbaharu mereka bertajuk “New Style, Big Value”.

Menerusi kempen ini, SSFHOME terus memberikan wawasan baharu dalam dunia hiasan dalaman dengan menawarkan pelbagai pilihan perabot, dekorasi, serta aksesori kediaman berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan.

Sebagai jenama yang telah bertapak dan dipercayai rakyat Malaysia selama lebih tiga dekad, SSFHOME sentiasa menjadi destinasi utama buat pelbagai lapisan masyarakat. Sama ada pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga mahupun keluarga yang mahu menaik taraf ruang legar kediaman, pelbagai koleksi moden dan praktikal seperti sofa, meja makan, kabinet, lampu hiasan, langsir, hinggalah ke karpet sedia memenuhi cita rasa serta bajet pengguna.

Jenama ini turut membuktikan keyakinan pengguna terhadap kualiti mereka menerusi prestasi perniagaan dan pertumbuhan jualan yang kukuh dari tahun ke tahun.

Bagi merealisasikan ruang impian anda, kempen “New Style, Big Value” ini turut menawarkan tawaran istimewa khas buat ahli SSFHOME VIP, termasuk pilihan produk bulanan pada nilai terbaik serta diskaun hebat sehingga 50% bagi barangan terpilih.

Kini, memiliki kediaman yang indah dan bergaya bukan lagi satu impian yang sukar dicapai. Orang ramai yang ingin memberi nafas baharu kepada ruang kediaman dipelawa untuk mengunjungi cawangan SSFHOME berdekatan di seluruh negara atau membeli-belah secara dalam talian menerusi laman rasmi mereka di www.ssfhome.com bagi menikmati pelbagai promosi menarik yang ditawarkan.

Verified by MonsterInsights