Bisnes

Watsons Plus Cawangan Ke-888, Gedung Terbesar Malaysia Ubah Wajah Peruncitan Kesihatan & Kecantikan

Oleh

Watsons Plus Cawangan Ke-888, Gedung Terbesar Malaysia Ubah Wajah Peruncitan Kesihatan & Kecantikan

KUALA LUMPUR – Watsons Malaysia mencipta satu lagi pencapaian penting apabila membuka Watsons Plus di Isetan Lot 10, Bukit Bintang, yang bukan sahaja menjadi cawangan ke-888 jenama itu di Malaysia, malah muncul sebagai kedai Watsons terbesar di negara ini.

Dengan keluasan melebihi 18,000 kaki persegi, Watsons Plus turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Kedai Runcit Kesihatan dan Kecantikan Terbesar, sekali gus menandakan langkah baharu syarikat itu dalam memperluaskan pengalaman pelanggan melangkaui konsep kedai kesihatan dan kecantikan konvensional.

Terletak di lokasi strategik sepanjang Bintang Walk, cawangan baharu itu merupakan antara yang terawal memperkenalkan konsep Watsons Plus, dengan penawaran yang merangkumi produk kesihatan, kecantikan dan gaya hidup, perkhidmatan peribadi, pengalaman interaktif serta ruang mesra keluarga.

Watsons Plus Cawangan Ke-888, Gedung Terbesar Malaysia Ubah Wajah Peruncitan Kesihatan & Kecantikan

Watsons Plus tawar pengalaman membeli-belah generasi baharu di tengah Kuala Lumpur. – Pengarah Urusan Serantau Kesihatan & Kecantikan Asia AS Watson Group merangkap Pengarah Eksekutif Serantau Watsons International, Caryn Loh

 

Pembukaan tersebut turut membawa makna besar kepada perjalanan Watsons Malaysia yang bermula dengan cawangan pertamanya di Johor Bahru pada 1994 sebelum berkembang kepada 888 cawangan di seluruh negara.

Menurut Pengarah Urusan Serantau Kesihatan & Kecantikan Asia AS Watson Group merangkap Pengarah Eksekutif Serantau Watsons International, Caryn Loh, Watsons Plus menjadi sebahagian daripada usaha membentuk masa depan peruncitan menerusi gabungan inovasi, pemperibadian serta pengalaman luar talian dan dalam talian atau O+O yang lebih lancar.

Watsons Plus Cawangan Ke-888, Gedung Terbesar Malaysia Ubah Wajah Peruncitan Kesihatan & Kecantikan

Watsons Malaysia cipta sejarah dengan pembukaan Watsons Plus – Kedai runcit kesihatan dan kecantikan terbesar negara seluas 18,000 kaki persegi.

 

Lebih 17,000 Produk Dalam Satu Destinasi

Watsons Plus menempatkan lebih 17,000 produk merangkumi kesihatan, kecantikan, kesejahteraan dan gaya hidup.

Antara konsep yang diperkenalkan ialah Beauty Verse yang menampilkan trend J-Beauty, K-Beauty dan C-Beauty, selain Luxe Skincare, Mask Library, Malaysian Beauty, Slow Aging, Sleep & Calm, K-Health, Hair Health, Hair Experts, Sustainability Zone serta ruang Watsons Collection yang diperluas.

Pendekatan kedai itu juga menampilkan elemen reka bentuk batik kontemporari sebagai sebahagian daripada identiti ruang, sekali gus memberi sentuhan tempatan kepada pengalaman membeli-belah.

Watsons Plus Cawangan Ke-888, Gedung Terbesar Malaysia Ubah Wajah Peruncitan Kesihatan & Kecantikan

Watsons Plus angkat identiti Malaysia dengan konsep Batik, cenderamata dan Taste of Malaysia.

 

Bukan Beauty Sahaja, Ada Taste Of Malaysia

Watsons Plus turut bergerak melangkaui kategori tradisional apabila memperkenalkan pengalaman Taste of Malaysia, yang mengetengahkan pilihan snek, minuman serta makanan tempatan.

Pelanggan boleh menemui pelbagai produk berasaskan durian, kelapa, coklat, biskut, kerepek, aiskrim, produk tenusu, buah-buahan segar dan minuman di bawah satu bumbung.

Selain itu, ruang Malaysia Cultural Souvenir pula menawarkan pakaian, permainan, barangan koleksi, kelengkapan kediaman, produk penjagaan haiwan peliharaan dan aksesori perjalanan yang diinspirasikan daripada identiti tempatan.

Turut diperkenalkan ialah ASEAN Snacks Corner, yang memberi peluang kepada pelanggan meneroka snek popular dari serata rantau.

Watsons Plus Cawangan Ke-888, Gedung Terbesar Malaysia Ubah Wajah Peruncitan Kesihatan & Kecantikan

Watsons Plus perkenal lounge ahli eksklusif, imbasan kulit dan pelbagai servis premium

 

Dari Scalp Wash Hingga Club Lounge

Antara ciri yang menjadikan Watsons Plus berbeza ialah rangkaian perkhidmatan yang turut diperluaskan.

Kedai itu menampilkan Watsons Club Lounge, kawasan permainan kanak-kanak Fun Zone, Scalp Wash Studio oleh Number76, perkhidmatan kuku, kening dan bulu mata, imbasan kulit serta kulit kepala, selain Watsons Pharmacy yang dipertingkatkan dengan konsultasi dan perkhidmatan kesihatan.

Gabungan ini menjadikan Watsons Plus bukan lagi sekadar tempat membeli produk penjagaan diri, tetapi sebuah destinasi yang menggabungkan shopping, wellness, lifestyle dan discovery.

Watsons Plus Cawangan Ke-888, Gedung Terbesar Malaysia Ubah Wajah Peruncitan Kesihatan & Kecantikan

Watsons Plus tampilkan kafe eksklusif ZUS COFFEE dan pelbagai pengalaman interaktif menarik.

 

ZUS COFFEE Turut Masuk Watsons Plus

Watsons juga menjalinkan kerjasama eksklusif bersama ZUS COFFEE, yang membawa konsep kafe khas ke dalam Watsons Plus.

Antara tawaran istimewa ialah Iced Strawberry Blue Matcha Latté yang dirumus khas, selain sarung cawan dan pek pelekat eksklusif yang hanya ditawarkan di cawangan Watsons Plus, Isetan Lot 10.

Dari Kedai Ke Destinasi Gaya Hidup

Pembukaan Watsons Plus memperlihatkan bagaimana sektor peruncitan kesihatan dan kecantikan sedang berubah daripada konsep transaksi semata-mata kepada pengalaman yang lebih menyeluruh.

Dengan ruang besar, pilihan produk luas, servis peribadi, elemen makanan, budaya tempatan, keluarga dan kafe, Watsons jelas mahu membina sebuah destinasi yang memberi sebab kepada pelanggan untuk datang, meneroka dan meluangkan lebih banyak masa di dalam kedai.

Watsons Plus kini boleh dikunjungi di Tingkat G, Lot 10, 50 Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

, , , , ,

Verified by MonsterInsights