Komuniti

“Perkasa Pembimbing, Ubah Masa Depan Anak”: PPDK Saujana Utama Lonjak Agenda Inklusiviti Selangor Menerusi Sokongan Dana Google

Oleh

“Perkasa Pembimbing, Ubah Masa Depan Anak”: PPDK Saujana Utama Lonjak Agenda Inklusiviti Selangor Menerusi Sokongan Dana Google

Pasukan PPDKSU, Mawaddah dan Rakan Kolaborasi – Program #1

SHAH ALAM — Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Saujana Utama (PPDKSU) secara rasmi melaksanakan Program Pemerkasaan Komuniti Chinotore MY 2026 susulan kejayaan mereka dipilih menerima sokongan menerusi ]Google Semarak Malaysia Fund: Selangor melalui platform ChangeX. Program berimpak tinggi ini menawarkan dana permulaan sebanyak RM30,000 bagi memperkasa komuniti tempatan di Selangor.

Penyusunan program ini dianjurkan oleh PPDKSU selaku pemilik projek, dengan kerjasama strategik Mawaddah Biz Sdn Bhd sebagai rakan teknikal dan pengurusan program. Ekosistem kolaborasi ini turut diperkukuh dengan penglibatan Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurich OT Rehab Centre, Solace Homeopathic Wellness Centre, serta jemputan khas daripada Ruth Training & Development Academy.

Program pertama yang bertajuk Kenali Minda, Raikan Potensi. Neurodiversity Open Day & Inclusive Learning Experience telah berlangsung meriah pada 16 September 2026 bersempena sambutan Hari Malaysia di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam. Program ini mengetengahkan lima zon pengalaman interaktif termasuk Chinotore Cognitive Programme, modul Inklusif Matematik dan 3M STEM oleh UPSI, AT-Khas oleh Nurich OT Rehab Centre, serta komponen kesihatan menyeluruh (wellness/homeopathy).

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS), Ar. Kamarul Hisyam Yeop Hashim, manakala ucapan aluan disampaikan oleh Pengerusi PPDKSU, Puan Nor Hasnizam Parman. Penglibatan aktif YANIS dilihat sebagai pemangkin penting dalam menghubungkan usaha akar umbi dengan agenda inklusiviti Kerajaan Negeri Selangor bagi memperkukuh sokongan terhadap individu berkeperluan khas.


Foto Pengerusi PPDKSU, Puan Nor Hasnizam Parman ketika menyampaikan ucapan di program Kenali Minda, Raikan Potensi, Neurodiversity Open Day & Inclusive Learning Experience telah berlangsung meriah pada 16 September 2026 bersempena sambutan Hari Malaysia di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam

Menjelaskan lebih lanjut mengenai falsafah di sebalik inisiatif ini, menurut Pengerusi PPDKSU, Puan Nor Hasnizam Parman menegaskan bahawa usaha ini direka merentasi pelbagai peringkat rantaian sokongan;

“Program ini bukan sekadar satu hari kesedaran. Ia membina satu rantaian daripada memahami neurodiversiti, mengalami pendekatan pembelajaran secara praktikal, membangunkan kapasiti penjaga dan pendidik, sehingga menghubungkan komuniti kepada sokongan yang boleh diteruskan. Apabila kita memperkasakan orang yang membimbing anak, kita memperluas peluang anak untuk terus belajar,” jelas Nor Hasnizam Parman.


Foto Ketua Pegawai Eksekutif YANIS, Ar. Kamarul Hisyam Yeop Hashim hadir ketika menyampaikan ucap tama di program Kenali Minda, Raikan Potensi, Neurodiversity Open Day & Inclusive Learning Experience telah berlangsung meriah pada 16 September 2026 bersempena sambutan Hari Malaysia di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam

Semangat komitmen yang sama turut dizahirkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YANIS, Ar. Kamarul Hisyam Yeop Hashim, ketika merasmikan program tersebut.

“YANIS tekad dan komited untuk terus meneroka amalan terbaik serta pendekatan inovatif dalam usaha membina sokongan ekosistem OKU yang lebih inklusif, progresif dan berimpak tinggi di Selangor,” ujar beliau, sambil menyatakan sokongan penuh terhadap kolaborasi erat antara pihak industri dan komuniti demi memperkasakan potensi insan istimewa.

Inisiatif ini akan diteruskan melalui siri kedua iaitu Program Terapi Sensori-Motor PPKI di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi (SKBBST) pada 21 Oktober 2026, diikuti dengan Bengkel Chinotore Tahap 1 (Modul 1–4) di De Palma Hotel, Shah Alam pada 14 hingga 17 November 2026. Melalui rantaian program yang berterusan ini, pihak penganjur berharap dapat membina kapasiti komuniti SEN secara mampan dan bertanggungjawab di peringkat negeri mahupun nasional.

, ,

Verified by MonsterInsights