Ikuti Kami:

Fiza Frizzy Perkenal BEKAS @ Plate District, Platform Komuniti yang Satukan Bazaar Preloved dan Vendor Tempatan

Fiza Frizzy Perkenal BEKAS @ Plate District, Platform Komuniti yang Satukan Bazaar Preloved dan Vendor Tempatan

KUALA LUMPUR – Personaliti televisyen dan pengacara popular, Fiza Frizzy bersama suaminya, Fazli Zulkifli, melebarkan sayap dalam bidang perniagaan dan penganjuran acara menerusi pengenalan platform komuniti baharu dikenali sebagai BEKAS @ Plate District.

Mengangkat tema “Barang Lama, Cinta Baharu”, inisiatif berkenaan bakal dianjurkan pada 15 September 2026 bermula jam 6 petang hingga 3 pagi bertempat di Plate District, Jalan Damansara, di sini.

Pesta jualan santai ini diwujudkan sebagai hab komuniti yang menghimpunkan jualan barangan terpakai (preloved), barangan keperluan kanak-kanak, produk jenama tempatan serta aneka pilihan makanan dan minuman dalam satu bumbung.

Fiza Frizzy Perkenal BEKAS @ Plate District, Platform Komuniti yang Satukan Bazaar Preloved dan Vendor Tempatan

Fiza Frizzy dan Fazli buka ruang baharu komuniti menerusi BEKAS @ Plate District.

 

Suntik Nilai Baharu Barangan Terpakai & Kelestarian

Mengulas mengenai penganjuran julung kali itu, Fiza Frizzy menjelaskan bahawa BEKAS diwujudkan atas kesedaran bahawa barangan terpakai yang masih elok tidak sepatutnya dibuang atau dibiarkan tanpa dimanfaatkan.

Fiza Frizzy Perkenal BEKAS @ Plate District, Platform Komuniti yang Satukan Bazaar Preloved dan Vendor Tempatan

Jangan buang dulu! Barangan lama anda mungkin jadi rebutan di BEKAS @ Plate District.

 

“Saya suka idea bahawa barang yang sudah tidak lagi digunakan oleh seseorang masih boleh menjadi ‘beautiful find’ untuk orang lain. Sebab itu saya percaya konsep BEKAS ini menarik, kerana kita bukan sekadar datang untuk membeli barang, tetapi kita juga memberi peluang kepada barang-barang terpakai yang masih elok untuk digunakan semula.

“Dalam masa sama, kami mahu BEKAS menjadi ruang yang santai untuk orang ramai datang, berjalan-jalan, mencari sesuatu yang mereka suka, menikmati makanan dan pada masa sama menyokong vendor serta jenama tempatan,” katanya.

Pendekatan ini secara tidak langsung menggalakkan gaya hidup lestari dan amalan penggunaan berhemah dalam kalangan masyarakat menerusi pemikiran semula nilai barangan preloved.

 

Fiza Frizzy Perkenal BEKAS @ Plate District, Platform Komuniti yang Satukan Bazaar Preloved dan Vendor Tempatan

BEKAS @ Plate District tawar ruang santai untuk membeli, menjual dan berhubung dengan komuniti.

 

Perkasakan Usahawan Lokal & Tapak Acara Dinamik

Selain memfokuskan kepada barangan terpakai, BEKAS @ Plate District turut berfungsi sebagai pemangkin perniagaan kecil tempatan. Platform ini memberi peluang kepada usahawan lokal untuk berinteraksi secara terus dengan pengunjung serta meluaskan capaian pasaran produk mereka.

Penglibatan Fiza dan Fazli dalam pengurusan Plate District bertujuan membangunkan lokasi berkenaan sebagai ruang acara serba guna (multi-purpose event space), merangkumi penganjuran program persendirian mahupun acara dalaman (in-house).

Fiza Frizzy Perkenal BEKAS @ Plate District, Platform Komuniti yang Satukan Bazaar Preloved dan Vendor Tempatan

BEKAS @ Plate District angkat semula nilai barangan terpakai dengan tema “Barang Lama, Cinta Baharu”

 

Tarikan Ambang Hari Malaysia

Pemilihan waktu operasi dari lewat petang hingga 3 pagi direka khas bagi memberi fleksibiliti kepada orang ramai untuk beriadah bersama keluarga selepas waktu bekerja.

Penganjuran yang berlangsung pada malam menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini dimanfaatkan sepenuhnya sebagai peluang untuk warga kota meluangkan masa berkualiti sempena cuti umum.

Maklumat lanjut mengenai aktiviti dan kemaskini acara boleh didapati menerusi saluran media sosial rasmi Plate District.

Loading...