Ikuti Kami:

Watsons Get Active Carnival Kembali Gegar Stadium Merdeka, Himpun 10,000 Pencinta Gaya Hidup Sihat

Watsons Get Active Carnival Kembali Gegar Stadium Merdeka, Himpun 10,000 Pencinta Gaya Hidup Sihat

KUALA LUMPUR – Stadium Merdeka bertukar menjadi laut kecergasan dan kegembiraan apabila lebih daripada 10,000 pencinta gaya hidup sihat membanjiri lokasi bersejarah berkenaan sempena penganjuran edisi ke-11 Watsons Get Active Carnival 2026.

Penganjuran tahun ini tampil lebih gah dan meriah berbanding sebelum ini, sekali gus menjadi sebahagian daripada pengisian istimewa sempena meraikan legasi cemerlang AS Watson yang kini genap berusia 185 tahun.

Berpaksikan inspirasi global ‘Look Good, Do Good, Feel Great’, karnival tahunan ini terus komited memperkasa rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan umur untuk mengamalkan gaya hidup aktif, sihat dan seimbang.

 

Watsons Get Active Carnival Kembali Gegar Stadium Merdeka, Himpun 10,000 Pencinta Gaya Hidup Sihat

Larian Santai & Cabaran Sukan Nostalgia Malaysia Book Of Records

Acara dimulakan dengan kehangatan Larian Santai 5KM dan 10KM yang menyaksikan penyertaan bersemangat daripada ribuan peserta pelbagai peringkat umur. Namun, keunikan edisi kali ini paling terserlah menerusi segmen Hari Sukan: Permainan Nostalgia. Segmen ini membawa para peserta mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak menerusi pelbagai permainan tradisional popular seperti Lari Tiga Kaki, Lompat Guni, dan Cabaran Tiang Slalom.

Bukan sekadar mengimbau memori lama dan memupuk semangat berpasukan, para peserta yang mencatatkan pencapaian terbaik dalam permainan tradisional berkenaan turut berpeluang mencipta nama sebagai pemegang rekod individu dalam Malaysia Book of Records (MBR)!

Watsons Get Active Carnival Kembali Gegar Stadium Merdeka, Himpun 10,000 Pencinta Gaya Hidup Sihat

Health & Beauty Bazaar: Pemeriksaan Kesihatan & Khidmat Pakar

Selain aktiviti fizikal, para pengunjung turut membanjiri ruang Health & Beauty Bazaar yang menyediakan pelbagai pengalaman interaktif bersama jenama-jenama terkenal. Antara kemudahan dan tarikan yang disediakan termasuk:

  • Pemeriksaan & Khidmat Nasihat Kesihatan: Khidmat perundingan percuma daripada ahli farmasi Watsons serta pemeriksaan kesihatan berkala.
  • Sesi Pensampelan Produk: Pengunjung berpeluang mencuba pelbagai produk kesihatan dan kecantikan baharu di pasaran.
  • Rakan Kerjasama Strategik: Sokongan padu daripada rakan penaja utama seperti KPJ Healthcare dan Sports Direct yang turut menjayakan pelbagai aktiviti interaktif di lokasi.

Watsons Get Active Carnival Kembali Gegar Stadium Merdeka, Himpun 10,000 Pencinta Gaya Hidup Sihat

Kesihatan Menyeluruh: Fizikal, Mental & Komuniti

Mengulas mengenai kejayaan karnival tersebut, Pengarah Urusan Serantau, Health & Beauty Asia, AS Watson Group merangkap Pengarah Serantau Exclusives, Watsons International, Caryn Loh, menegaskan bahawa Watsons sentiasa komited menjadikan aspek kesejahteraan mudah diakses oleh semua.

“Ketika kami meraikan ulang tahun ke-185 legasi global AS Watson yang berpaksikan tujuan, kami terus komited untuk memperkasa komuniti agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih bahagia. Watsons Get Active Carnival mencerminkan komitmen tersebut dengan menghimpunkan masyarakat melalui pengalaman kesejahteraan yang menyeronokkan, interaktif dan mudah diakses.

“Di Watsons, kami percaya kesejahteraan bukan sekadar kecergasan fizikal, malah turut merangkumi kesejahteraan mental, pembinaan komuniti yang lebih kukuh serta gaya hidup yang lebih sihat untuk semua,” jelas beliau.

Secara keseluruhannya, Watsons Get Active Carnival 2026 membuktikan bahawa aktiviti kecergasan tidak semestinya membosankan, sebaliknya mampu menjadi wadah penyatuan masyarakat yang penuh warna-warni, nostalgia, dan ganjaran kesihatan.

Loading...